Fllowers Segar Kembali. Terima Kasih Google
Gembira bila angka 502 telah berlalu..
Asalamualaikum Semua.
Bersua kembali di arena blog. Hari ini selasa 31 Nov 2017 hari yang indah dan ceria. Sesuai dengan perasaan gembira dan riang sekali melihat sesuatu yang jelas dalam laman blog kita semua. Semalam dan pagi hari ini dalam kesempatan Etuza klik laman Etuza, terasa sangat gembira bila melihat ruangan FOLLOWERS kelihatan kembali segar dengan memperlihatkan ramai imej FOLLOWERS blog kita masing-masing. Kenapa dan mengapa agaknya lama menapak angka 502 tempoh hari. Bukan di laman Etuza sahaja tetapi juga di laman blog kawan blogger lain. Jawapan yang paling jelas ialah kemungkinan capaian line di tempat Etuza hari itu tidak lancar atau perlahan dan capaian amatlah lemah. Maka itu sebab angka 502 keluar sebagai isyarat kepada kita.
Selain Etuza blogger hebat yang kita boleh katakan sebagai OTAI BLOG WANITA Mia Liana juga ada memperihalkan tentang angka 502 dalam blog dia. Alhamdulillah kerana kini sudah selesai dan kita dapat tarik nafas lega kerana telah berakhir serangan angka 502 yang tidak sedap dipandang di dalam blog. Boleh lah lagi cari folloer lain, bestnya.
Dengan kembalinya ruangan followers itu tiba-tiba ternampak imej blogger hebat dari Keningau iaitu Blogger CalrasePatrick yang dalam gambar ini. Etuza rasa hendak kongsikan imej sahabat blogger ini kerana gembira melihat RUANGAN FOLLOWERS kembali segar. Dengan itu Etuza ucapkan TERIMA KASIH kepada GOOGLE yang perihatin dengan keperluan dan kehendak semua bloggers dalam menampilkan laman blog mereka dengan menarik sekali. Sekali lagi TERIMA KASIH GOOGLE.
Dan satu lagi Etuza hendak cakap iaitu walaupun ledakan alat komunikasi sosial maya yang ada berbagai seperti Face Book, Tweeter, Instgram , What supp dan lain-lain, Etuza tetap pertahankan minat mendalam sebagai blogger yang beroperasi secara sederhana. Medan blog sesungguhnya mempunyai keistemewaannya yang tersendiri. Hidup Bloggers di mana jua berada teruskan usaha anda updatedkan blog anda.
Blogger Hebat Dari Sook, Keningau. Calrase Patrick.
Apa khabar? Di mana kini anda belajar ?