Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Menjadi Diri Sendiri Lebih Baik

$
0
0
Menjadi Diri Sendiri  Lebih Baik

Gambar kenangan yang lalu. Sekadar menghiasi blog kesayangan ini.

Bertemu lagi di ruangan maya. Detik 12 malam baru line lancar. Jenuh menunggu agar lebih lancar dan selesa untuk menekan pena di komputer ini. Di sebab kan line lambat memungkinkan ada sahaja kesilapan ejaan yang memburukkan paparan artikal seseorang blogger. Mohon maaf kesilapan ejaan serta kesalahan lain di blog ini. 

Menjadi diri sendiri lebih baik, jika itu yang lebih memberi ketenangan dan kebahagiaan maka jadilah diri sendiri tanpa di pengaruhi atau tertarik untuk lebih dekat dan seumpamanya. Menurut minda ini lebih baik menjadi diri sendiri dari mengikut hawa nafsu disebabkan adanya kuasa membawa ke arah satu ikatan yang tidak pasti. Ikatan persahabatan antaranya atau menjalinkan keakraban yang hanya kita mengharap. Umpama bertepuk sebelah tangan berbunyi. Sedihnya jika kita di pinggirkan, pilu hati bila kita tidak dihiraukan dan lebih zalim lagi jika kita yang ikhlas di benci akhirnya. Sebab itu lebih baik menjadi diri sendiri.

Kehidupan realiti ini kita tidak inginkan kesepian, bersendiri dalam takuk sendiri tiada teman untuk berbicara dan kosongnya hati dirasai apabila sahabat yang dulu amat di kasihi di sayangi dan selalu dekat bagaikan melupakan kita dan tidak sudi lagi memandang ke arah kita. Sungguh rawan hati jika benar keadaan ini berlaku.

Kadangkala ada ketika kita tewas juga, tewas mempertahankan diri dari merosakkan iman di hati. Apabila kita melihat realiti kehidupan yang kelihatan ramai kini manusia di sekeliling kita seolah suka mementingkan diri sendiri. Memusnahkan kemesraan persahabatan atau perkenalan sesama insan seislam sedaerah. Sayang sekali apabila kita tidak dihirau sedangkan kita ingin mendekati lantas bersalaman penuh ikhlas. Ya Allah rapuhnya hati bila keadaan kita tidak dihirau maka terfikirlah terjangkalah buruk sangka lah kita pada insan itu, sedangkan kita sesungguhnya lemah dalam menilai dia. Keadaan itulah yang menjadikan kita lemah akhirnya berfikir sesuatu di luar kemampuan. Atagfirullahhalazim.

Baiklah, tanpa memanjangkan emosi ini, cukuplah teman blogger dapat memahami bahawa tindakan kembali kepada diri sendiri adalah tindakan lebih baik agar tiada kesusahan kesedihan bersarang di hati. Biarlah situasi apa sahaja tidak difikirkan dan kita tetap merasa di kasihi oleh Allah yang maha tahu. Itu lebih bijak dari sentiasa memikirkan sahabat yang dulu akrab kini menjauhi kita.
Menjadi diri sendiri dalam pengertian di minda ini ialah mengurus kehidupan sendiri dalam berkeluarga, mengurus kebutuhan hidup, merancang dan melaksanakan apa sahaja tuntutan hidup mengikut kemampuan tanpa pening memikirkan karenah manusia di sekeliling kita, tetapi masih tetap memahat dalam hati bahawa kita masih seperti dulu, yang sukakan kemesraan sukakan ukuhuwa sesama manusia dan sesama Islam apa lagi sebagai hambaNya dan pengikut  ajaran Rasulullah yakni Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles