Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1302

Blog Walking Bloglist Terbaik 1 ( Sesi Klik Klik Blog )

$
0
0
Blog Walking Bloglist Terbaik 1 ( Sesi Klik Klik Blog )
Asalamualaikum Semua..
Klik Dahulu SINI
Imej dari FB Etuza. Gambar sekadar hiasan. Blog Walking Klik-Klik Blog 
pada BLOGLIST TERBAIK 1.Siapa mereka klik2 lah mereka ya.

Apa khabar pembaca yang dihormati?. Semoga sihat ceria dan mulakan apa juga aktiviti hari ini dengan senyuman senang hati dan ikhlas. Baru aman damai.

Baiklah, Etuza hendak beri infor tentang Blog Walking Etuza ke Bloglist Terbaik 1 dalam sisi kanan blog Etuza sejak pagi kelmarin dan semalam telah selesai mengklik klik atau mengelidah blog tersebut. Etuza dapati ada blog yang kini BLOK habis habisan kehadiran  Etuza dari melihat blog dia. Adui sedihnya. Tetapi tidak apa kerana itu hak blogger itu dia sudi atau tidak kita datang terserah kan. Kita semua boleh buat seperti itu bila-bila masa tetapi apa lah ertinya perkongsian kita jika tidak ada yang datang membaca. Begini lah ada ayat mengatakan bahawa " SAMPAIKAN LAH ILMU BIAR SEPATAH " Berdasarkan kata-kata itu lahir keikhlasan Etuza untuk semua. Cuma mohon kerjasama gambar-gambar milik dalam blog ini jangan di ganggu atau print ( alamak mana ada yang suka print kan kan kan!)

Keduanya ada blog yang memang aktif tetapi tidak naik ke atas sebagai blog baru muat naik artikal. Hal ini Etuza tidak sure mengapa. Google begitahu lah anda keadaan ini pasti anda dapat melaluinnya. 

Ketiga, ada blog yang pihak BESTARI NET tidak lepaskan maksud Etuza tidak membenarkan siaran blog itu dengan menggunakan WIFI BESTARI NET KPM di sekolah Etuza bila Etuza menggunakan line internet capaian itu. Adoi sedihnya, sebab itu lambat Blog Walking Etuza selesai. Menanti balik rumah baru guna WIFI sendiri baru dapat jejak blog kawan-kawan.

Keempat, Blog Walking ini sebenarnya rutin TERBAIK seorang bloggers. Ianya aktiviti sihat yang menjadikan blogger tersebut kaya dengan ilmu dan dapat melihat keindahan rumah atau blog orang lain. Bestkan.

Kelima, melalui Blog Walking ini iaitu kita klik klik macam katak melompat ke blog dan blog lainnya kita berpeluang besar FOLLOW blog baru dan blog yang lama. Bukan kah ini yang kita wajib buat baru ada followers di blog kita sendiri. Akan bertambah dengan sendirinya kesan dari kita klik klik blog teman lain. Hebatkan. Dengan itu usah lah malu-malu lakukan Blog Walking seperti Etuza.

Keenam dan terakhir, jika hendak drop komen  terserahlah pada blogger tersebut. Cuma Etuza adalah antara blogger yang suka komen blog orang.  Komen membina beri sokongan kepada blog yang hebat tanda jejak kasih kita ke blog tersebut. Dan ruangan komen kalau sudah terhampar maka kita kena komen sesuai dengan entri blog tersebut, apapun bukan kemestian lah ya. Satu saja nasihat, mohon komen yang mesra kawan , komen membina juga boleh pada Etuza kukuhkan kemahiran itu pastinya ada pahala Allah beri kepada blogger yang komen kesilapan kita di blog. Ok beres!!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1302

Trending Articles