Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Perihal Ayam Berkokok Di Tengah Malam

$
0
0
Berdoalah Mohonlah Yang Baik Kepada Allah Apabila Mendengar Ayam 
Jantan Berkokok Bersahutan.
Ayam Jantan Cantik daripada Google 

Asalamualaikum...salam hari Jumaat Penghulu segala hari.Diharapkan sihat sejahtera semua. Dan Selamat menunaikan ibadah solat subuh hari.
Semalam lewat jam 11 lebih malam, baru Etuza menunaikan solat Ishak. Pada awalnya menonoton TV rancangan berita yang disampaikan oleh pemberita. Etuza amat ngeri dan merasakan sangat tidak masuk akal apabila terdapat berita yang berlaku di seberang sana " Bayi baru lahir dimasukkan ke dalam mesin basuh" Ya Robbi. Siapakah gerangan wanita itu yang beranak senyap-senyap lalu membuang bayi tidak berdosa itu ke dalam mesin basuh. Syukur ke hadrat Alla ada seorang Pakcik menemukan bayi dalam mesin basuh milik di rumahnya. 

Etuza langsungkan aktiviti berblogging, sempatlah singgah diblog kegemaran dan terasa amat besar hati hendak terjah semua teman maya yang Etuza kasihi.Ramai blogger menjadi idamanku kesayangan Etuza. Semuanya baik hati.
"Tapi Etuza akan terjah lagi mengikut giliran dan teman blogger usah risau Etuza pasti datang membaca catatan blog anda" Kemudian updated kan blog setelah selesai naik ke atas selepas ambil wuduk untuk solat ishak. Ya Allah ampuni Etuza agak terlewat berbicara denganMu melalui Solat Kewajiban Lelaki.namun banyak hikmahnya solat malam.Antaranya:-
1. Lebih khyusuk kerana suasana sunyi sepi
2. Lebih dalam ingatan kepadaNya.

Luar Biasa Dari Biasa Semalam Etuza Mendengar Ayam Berkokok Banyak Kali.
1. Ekoran dari mendengar ayam jantan berkokok Etuza segera buat kajian pada awal pagi subuh.
2. Nampaknya Etuza menemukan jawapan dan mari kita mendalami lagi pembacaan pada 4 url laman sosial termasuk blog Mizz Aiza ada menyatakan hal ayam jantan berkokok waktu tengah malam kenapa?
3. Ambillah hikmah. Sungguh Allah itu maha mengetahui sedang kita terlalu keterbatasan. InshaAllah kehidupan lebih tenang dan aman dengan harap redhaNya.

Teruskan perjuangan kehidupan ini adalah sementara dan dunia ini bagaikan pentas percaturan hidup. Allahu Akbar.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles