Ibubapa Boleh Semak Keputusan Peperiksaan Anak Di SAPS
Klik SINI untuk log in ke laman NKRA
Klik INI YA jika hendak terus ke semakan IBUBAPA.
Kini semuanya dihujung jari anda. Tanpa datang ke sekolah bagi merujuk prestasi akademik dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibubapa kini terus sahaja dapat maklumat tentang pencapaian anak-anak dalam bidang pelajaran.
Semua sudah maklum peperiksaan akhir tahun adalah peperiksaan yang paling ditunggu kerana akan ada berbagai majlis penganugerahan kepada masayarakat pelajar di sekolah. Di mana hari penyampaian dan ucapan akan di adakan pada minggu akhir sebelum bercuti sekolah bagi sesi tahunan semasa.
Kepada ibubapa yang bersemangat hendak melihat prestasi anak anda, klik lah SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah secara online yang tapaknya disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuba lah dan berilah motivasi dan sentuhan kasih sayang kepada anak anda jika berjaya dengan cemerlang. Etuza ucapkan tahniah dan jika kurang memuaskan ingat teruskan usaha tanpa putus asa. Pasti ada kejayaan bagi mereka yang tidak berputus asa. Selamat melihat markah anak-anak di SAPS.
Anak-anak adalah genarasi Teraju Negara Suatu Masa.
Berikan motivasi tanpa berputus asa.