Blog Etuza Lebih Kepada Paparan Suka - Suka Bukan Blog Yang Terbaik Untuk Anda. Maaf kan Etuza.
Monolog Etuza.
Teman maya ku, malam ini Etuza memohon maaf dengan penuh ikhlas, harap Etuza dapat dimaafkan. Sudah sekian lama terfikir akan kehadiran blog kecil ini, bagaikan menyemak di alam maya. Kerana setiap kali ke udara dengan entri yang kononnya baru dari minda Etuza pasti sarat memuatkan gambar-gambar berbagai jenis. Kemungkinan gambar-gambar yang banyak itu menjadikan loading komputer teman maya terasa lambat dan berat. Maafkan Etuza yang masih belajar dalam dunia informasi blog.Itu antara masalah yang timbul.
Teman maya ku, Etuza hendak sampaikan pesan minta lah agar teman maya memahami kenapa Etuza bersuara dan berpesan seumpama malam ini di blog Etuza. Kepada teman maya yang hendak ketawa membaca catatan ini, ketawalah kerana terasa lucu mungkin bagi anda tetapi tidak pada Etuza. Blog Etuza ini sebenarnya bukan yang terbaik bagi anda, jika ada antara teman maya yang sukakan entri Etuza diucapkan terima kasih.Sungguh amat hargainya.
Tetapi teman mayaku, Etuza bukanlah hendak berperasangka dengan sesiapapun. Tidak sama sekali tetapi ini hak Etuza menyuarakan apa di hati dengan ikhlas.Etuza hendak berpesan kepada teman maya dan sesiapa sahaja agar bertindak lupakan blog Etuza, tinggalkan blog Etuza atau usah klik sama sekali andai anda adalah insan yang TIDAK SUKA GAMBAR-GAMBAR DI BLOG sama ada blog Etuza atau blog yang lain. Etuza faham amat faham jika ada antara kita yang sangat menjaga mata ( penglihatan) hatta melihat wajah lelaki atau perempuan dirasakan amat BERDOSA. Jika itu berlaku ...mohon agar tinggalkan blog Etuza yang sememangnya banyak gambar pembuktian sosial Etuza atau gambar kenangan Etuza.InshaAllah anda akan lebih tenang apabila berpindah ke blog yang hanya paparan catatan tanpa secalit gambar.
Teman maya ku, blog Etuza lebih kepada yang ada dalam gambar, sila baca. Bukan hendak gemparkan Dunia maya dengan riak. Mohon bukan itu tujuan Etuza. Etuza lakukan kerana inilah antara cara Etuza zahirkan kesyukuran kepada Allah yang anugerahkan apa yang ada pada Etuza. Segalanya kan kita pinjam sahaja, tiada yang abadi, amalan yang baik, keimanan letaqwaan juga yang abadi.
* Etuza tahu ramai teman yang tidak balas follower Etuza.
* Etuza tahu juga ada blog yang Etuza belum follow dan tidak follow, kerana tiada jejak yang nyata.
* Etuza tahu ada blog yang sering Etuza drop komen, kerana blog itu Etuza gemari. Etuza terus komen walau tidak tahu pemilik blog itu suka komen Etuza atau tidak , kerana tiada respond walau sepatah.
* Etuza tahu blog itu lebih terkenal dan sangat terkenal, Etuza tetap komen dengan rasa ikhlas kerana ruang komentar disediakan dengan kemas.
*Etuza tahu ramai blogger wanita,sebab itu elakkanlah dari klik blog Etuza ini kerana memang diakui banyak gambar dalam catatan Etuza.Itu habit Etuza yang tidak dapat di Elakkan. Tanpa gambar Etuza tidak berapa dapat berfikir cungkil idea.
* Etuza tidak mahu menjadi bisu di laman maya, perlu bertegur sapa, perlu berukuhuwa dalam blog walking. Kalau ada yang gelar Etuza kepoh mulut tak berkunci Etuza terbuka terimanya.
* Hanya satu sahaja "orang yang mengeji insan lain, sedang insan itu tidak tahu, insan yang mengeji itu umpama sedang memakan daging insan yang di keji" Marilah fikirkan hal ini.Kita tidak lari kemana melainkan kita dapat kemurkaan Allah. Terima lah blog Etuza dengan hati terbuka walaupun bergambar banyak.Terima kasih.
