Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Photo Shoot Ayah Dan Ibu

$
0
0
Photo Shoot Ayah Dan Ibu 
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.
Ayah dan ibu inilah yang bertanggungjawab melahirkan Etuza. Mereka insan biasa sahaja, tetapi memiliki jiwa besar dalam mendidik 8 orang anak mereka. Mereka ini idola Etuza, ketegasan mereka sukar Etuza ikut. Mereka pukul dengan hati iklhas bila anak-anak bersalah, dengan tujuan MENDIDIK kami masa itu. Itu cara orang lama mendidik anak, begitu berkesan. Di pukul sekali pasti kami tidak akan mengulangi lagi kesilapan. Terima kasih ayah dan ibuku. Syurga di telapak kaki ibu dan ayah. Kemarin Etuza datang menemui ibu dan ayah yang hanya tinggal berdua di desa. Melihat wajah mereka Etuza merasakan diri ini kini bertambah usia. Senyuman mereka menjadi penawar kegelisahan Etuza. Ya Allah ampuni ayah dan ibu Etuza, limpahkan kesihatan kepada mereka saat ini. Aamiin.

Ini wajah ayah Etuza  2017. Bermanja dengan cicit pertama 
dan cucu pertama kakak sulung Etuza

Ini gambar ibu Etuza dengan adik Etuza yang ke- 2.
Photo shoot ala-ala kampung saja 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles