Memori Majlis Pertunangan Azizi Di Kampung Pinousuk Ranau, Sabah.
Gambar hantaran kedua belah pihak..
Proses 1: Ambil tempat duduk bersila di lantai lagi baik.
2. Asalam dan menyatakan maksud kehadiran biasa dimulakan oleh
pihak rombongan lelaki. Ibubapa sangat penting memainkan peranan.
3. Pihak ibubapa perempuan dan lelaki memulakan perbincangan.
Fasa Hantaran / Berbalas Dulang & Menyarung Cinci
1. Pihak ibubapa lelaki mendahului acara tukar hantaran. Pengiring pada kedua belah pihak menyambut secara satu persatu dengan tertib.
2. Pihak ibu lelaki menyarungkan cincin ikatan pertunangan di jari manis pihak perempuan.
3. Bersalaman dan mengambil gambar..
Bacaan Kesimpulan Hasil Perbincangan -
Penting Sebagai Ingatan Bersama Kedua Belah Pihak.
Fasa terakhir selepas menyarungkan cincin. Acara memotong Kek dibuat bagi meriahkan majlis pertunangan kedua pihak.
Selepas menyarungkan cincin dan memotong kek biasa acara bergambar bersama keluarga kedua belah pihak.
Terakhir sekali kedua belah pihak akan membacakan adat lain seperti tindakan andainya salah seorang berundur diri dalam masa pertunangan maka syarat yang dibacakan harus dipatuhi.
SELAMAT BERTUNANG AZIZI DAN GADIS PILIHANPADA 01.NOV 2015 BERSAMAAN HARI AHAD.
![]() |
Semoga dimudahkan olehNya nanti. Amin |