Buah Cinta Di Pekan Kundasang
1 hb Nov 2015, sejarah dalam keluarga Etuza apabila anak saudara telah sempurna menjalinkan pertunangan dengan orang dari Ranau.
Ketika balik Etuza terus lalui jalan Kundasang dan singgah di Kundasang Ranau, niat hendak tunaikan hajat mama untuk beli sayur dan benih bunga-bungaan.
Selain itu hendak bagi ayah rasa gembira melihat Pekan Kundasang yang puluhan tahun belum di jejaki selain ketika masa remaja ayah.
Keunikan Pekan Kundasang
Bersiaran di Kundasang ternampaklah Buah Cinta. Ini rupanya buah cinta, agak merah isinya tetapi belum Etuza rasa buah cinta ini. Ambil gambar untuk menghiasi laman Etuza. Lawa kan buah cinta.
Di Pekan Kundasang ada banyak buah dijual masa itu dan hingga sekarang.Madu asli hutan juga ada dijual di Pekan Kundasang.
Langsat mama beli, wow!!! memang manis yang cukup lazat. Subahanallah.
Jika anda ke Pekan Kundasang, rugi jika tidak datang melihat-lihat jualan yang ada. Pastikan anda memiliki gambar buat kenangan ketika di Pekan Kundasang yang unik ..kerana Kundasang berada di lembah Gunung Kinabalu.
Nota Pesanan : Alamat anda, dari blogger yang mendapat anugerah komentar unggul. Mohon kerjasama untuk kelancaran pengiriman. Terima Kasih.