Semak Keputusan UPSR 2018
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Khamis, 29 November 2018, merupakan berakhirnya debaran kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2018. Kepada yang berjaya mendapat 6 A dan keputusan yang lain dan membanggakan pasti merasa lega apabila mendapat keputusan UPSR hari ini. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang cemerlang dalam akademik. Semoga kejayaan itu menjadi peransang agar teruskan lagi kejayaan di sekolah menengah. Semak result UPSR dengan khidmat pesanan dengan cara dalam banner di bawah.
Berita lain yang Etuza telah perolehi, bahawa pelajar di sekolah Etuza hanya seorang bernama Ayu Athiera Jaafar yang berjaya mendapat 5A 1B, makala adik Madiha Sainin hanya mendapat 4A 2B manakala adik Mazian Zulfatirah hanya mendapat 3A3B sahaja. Mereka bertiga merupakan pelajar harapan yang dijangka mendapat 6A.
Copy paste banner dari telegram Etuza
Ucapan lain yang Etuza dapati dalam telegram ialah ucapan SELAMAT BERCUTI SEKOLAH 2018. Pesanan KPM ialah :-
" Tambahkan kemahiran adik-adik dengan membantu ibu bapa mengemas rumah serta melakukan aktiviti yang berfaedah "
Sekarang ini Etuza dan anak-anak berada di Kota Kinabalu, bercuti di rumah anak di Kota Kinabalu. Semoga percutian dalam beberapa hari di Kota Kinabalu membawa kegembiraan kepada kami sekeluarga dan bertambah erat hubungan kami dalam keluarga. Insha Allah.
Cedok banner ini di Telegram