Syukur Alhamdulillah Sampai Di Keningau.
Asaalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Pagi ahad, bukan di rancang hendak balik ke Keningau, secara tiba-tiba hendak balik ke Keningau sebaik selesai solat subuh hari ini. Perancangan balik ke Keningau hari Isnin iaitu esok, sebab ahad masih cuti dan boleh lah sama-sama dengan anak sulung di rumah dia. Nampaknya keadaan berubah, apabila Etuza minta agar membenarkan kami semua empat orang balik ke Keningau.
Syukur alhamdulillah kepada Allah, sepanjang pemanduan lancar dan keadaan jalan raya Kota Kinabalu selepas highway kawasan Putatan menuju ke Papar agak lengang dan tidak jammed.Triton di pandu dengan penuh cermat. Subahanallah..semuanya atas berkat rahmat dan kasih sayang Allah.

Etuza tadahkan tangan bersyukur pada Allah..dengan rahmatNya
dan izinya kami selamat sampai di Keningau petang ahad
hari ini dari Kota Kinabalu Sabah.
Sama-sama menjamu selera di restoran baru di SKC Plaza Tuaran.
Restoran Ikan Bakar
Kenyang perut suka hati kan...
Antara gambar kenangan Etuza dan isteri bersama
4 orang anak tersayang..alamak mulai rindu lah pula..
baru berpisah..
Nak Hadiah KLIK SINI