Sejadah Baru
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum kita hendak ke suatu tempat baru, perkara penting yang harus kita fikirkan ialah adanya kelengkapan tempat solat yakni di Surau, Masjid mahupun tempat tinggal kita menginap. Dan yang paling kita terfikir ialah hala arah KIBLAT untuk kita mudahkan bersolat nanti.
Alhamdulillah di rumah anak Etuza telah sedia ada arah KIBLAT dan memudahkan kita menunaikan ibadah. Cuma sejadah yang kurang, hanya satu sahaja. Alhamdulillah Etuza telah pun membeli SEJADAH BARU yang harganya menarik dengan nilai RM15.00 sehelai. Murah tu di One Borneo semalam.
Inilah pilihan warna sejadah baru yang Etuza berkenan, hijau dan purple. Sejadah ni letak di rumah anak nanti. Boleh juga nanti beli lagi sejadah baru untuk Etuza sedekahkan di Masjid yang memerlukan tambahan sejadah. InshaAllah.
Sejadah baru di beli di One Borneo Kota Kinabalu
Ada banyak pilihan sebenarnya pilih warna hijau dan purple
Semua dah beli apa yang di inginkan..biasalah jika wanita ni
ada saja hendak di beli - Di One Borneo Kota Kinabalu
Arah kiblat di rumah anak Etuza.Mudahlah bersolat wajib