Sistem Baru KPM Peperiksaan Tahap 1 Ditiadakan
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Awal pagi ini, YB Dr. Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitter miliknya tentang peperiksaan murid tahap satu yang akan dimansuhkan
Menurut kenyataan tersebut, Dr. Maszlee Malik mengatakan bahawa setiap peperiksaan bagi murid Tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga akan mula dimansuhkan bermula tahun 2019.
Ianya juga bakal digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan. Kenyataan YB Dr. Maszlee Malik menerusi laman Twitternya.
Gambar hiasan sahaja..Naik Klik Lagi SINI
Apapun perubahan tugas guru adalah mendidik murid di sekolah agar berdisiplin serta berubah menjadi murid yang cerdik pandai dalam aspek membaca, menulis dan mengira. Tak lama lagi kembali ke sekolah. Sudah ready ke dengan RPT & RPH .