Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1334

Kuliah Semestar 3 2019

$
0
0
Kuliah Semestar 3 2019
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.

Jumaat, 18 Jan 2019 jam 11.00 malam baru Etuza berjaya updatedkan blog kesayangan ini. terasa rindu hendak klik blog kawan-kawan yang sering bertandang di laman Etuza. Malam ini baru ada kesempatan membuat satu cerita kehidupan dalam keluarga Etuza. Di mana ketika ini kami berada di Kota Kinabalu bersama anak-anak untuk mengiringi anak kami yang belajar di Terengganu. Esok jam 12 tengahari merupakan masanya untuk flight ke KLIA dan seterusnya ke Kuala Terengganu, anak Etuza meneruskan Kuliahnya di semestar 3 yang akan bermula pada 21 Jan 2019.

Oleh kerana itu kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk naik ke Kota Kinabalu dan menginap di rumah sewa anak sulung kami. Alhamdulillah kami selamat sampai di Kota Kinabalu tanpa ada halangan. semuanya atas izin dan kasih sayang Allah ( rahmatNya) pada kami sekeluarga.Syukran ya Allah.

Etuza dan seisi keluarga mendoakan agar anak-anak di rahmatinya walau di mana berada. Semoga sentiasa sihat dan bahagia dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Esok selamat kan semua penumpang kapal terbang yang mereka naiki, hanya padaMu ya Allah tempat kami meminta. Baiklah ada beberapa gambar kenangan anak Etuza diblog Etuza. Selamat berhujung minggu Sabtu dan Ahad.

Anak lelaki Etuza yang ke 3..

Junaidi kawan seUniversiti anak Etuza..

Inilah dia anak lelaki Etuza yang ke 3


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1334