Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1335

Jumaat Memijak Bumi Kota Kinabalu Lagi.

$
0
0
Jumaat Memijak Bumi Kota Kinabalu Lagi.
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.

Berjalan di Taman Sarang Semut di Tuaran tempoh hari.

Jumaat hari ini 25 Jan 2019, sekali lagi kami ke Kota Kinabalu, bersama anak-anak dari Asrama langsung ke Kota Kinabalu. Kami kali ini ke Kota Kinabalu  atas tujuan menghantar Irfan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu kerana cuti sem 1 Irfan telah tamat. Irfan akan meneruskan kuliahnya di UNIMAS Sarawak. 

Kami bertolak dari Jam 2 lebih selepas solat wajib Jumaat. Dan mengambil keputusan menginap di Hotel Zarah di Sambulan. Inilah antara Hotel di Kota Kinabau yang sering kami kunjungi berteduh semalam atau dua malam,

Setiba di Kota Kinabalu, situasi jalan raya amat sesak. Hujan agar lebatrberlanjutan hingga masa sekarang masih hujan rintik-rintik. Nasihat Etuza PANDULAH DENGAN SELAMAT, SAYANGI JIWA ANDA DAN INGAT ORANG YANG TERSAYANG.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1335