Ranum Lazat & Projek Memberi
بسم الله الرحمن الرحيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Buah ini jika di Sabah dan dari suku kaum Kadazan Dusun adalah buah Timadang ( Buah Tarap ) Pokok buah ini tinggi dan berdaun tebal-tebal. Pokok Tarap di kebun Etuza tanpa di sedari berbuah rupanya. Tidak lah lebat sangat kerana berbuah ketika musim kemarau. Tapi buah-buahnya tidak habis untuk di makan. banyak juga tu kerana kami di rumah hanya ada 5 orang sahaja masa ini.
Buah tarap boleh di masak sayur walaupun buah muda, malah sangat sedap di makan apabila dibuat sup ayam dan letak biji tarap muda. Satu lagi apabila tarap ini masak, semakin ranum semakin sedap di makan. Boleh juga di masak gaulkan dengan tepung gandum biji buah tarap jadilah kuih yang sangat sedap di makan.
Ya Allah syukur alhamdulillah dapat lah merasa nikmat dan lazatnya buah tarap masak ini. Hasil tuaian petang Sabtu sebaik balik dari Kota Kinabalu. Mama kata nak bagi adik dia Hasmi dan Ipar Johari. Memandulah Etuza hantar mama semata-mata hendak memberi lebihan buah tarap masak dan buah tarap muda. Alhamdulillah bersedekah ni mudah, sekalipun sekadar sebuah SENYUMAN YANG IKHLAS.
Tengok buah tarap kami..banyak juga kan.
Ha adalah projek kecil kami nak MEMBERI..
ALHAMDULILLAH