Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Detik 24hb Dis Telah Tiba Selawat Dan Salam Ke Atas Baginda Rasulullah SAW & Hari Lahir Irfan

$
0
0
Detik 24hb Dis Telah Tiba Selawat Dan Salam Ke Atas Baginda Rasulullah SAW & Hari Lahir Irfan
Hari ini 12 Rabiuawal hari lahirnya putera junjungan
Selawat dan salam kita tasbihkan untuknya..
Kesempatan setiap detik memuji kekasih Allah ini..
Dialah Rasulullah SAW role model insan terbaik..
Sunahnya wajib kita teladani ..sepanjang zaman..

ASALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA ( klik entri SINI )Kepada anakanda Irfan, ayah ibu ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buatmu. Semoga Irfan akan menjadi anak lelaki remaja yang solleh dan sentiasa menjaga diri, peribadi dan kesihatan. Selain itu semoga anakanda Irfan merasa hidup bahagia dilahirkan oleh kami di dunia ini. Semoga hendaknya Irfan berjaya dengan cemerlang dalam kejar kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga berjaya mencapai cita-cita dan cemerlang keputusan SPM menjelang awal tahun 2016. Mohon maafkan ayah dan ibu andai pernah menyakiti hati anakanda Irfan.Salam kasih sayang dari ayah dan ibu serta adik kakak dan abang Irfan. Ami Ya Rabbal alamin.

Pesan : Sepanjang hari ini, Etuza tidak online kerana membuat persediaan Kenduri Doa Selamat & Sambutan Maulidur Rasul di rumah Etuza seiring dengan hari lahir Irfan.Disamping sebagai kesyukuran menyambut tahun 2016 serta kembalinya anak-anak ke sekolah dan di Universiti. Blogwalking kemudian akan di atur selepas Majlis Murni ini. Harap maklum. 

Cerita Semalam 12 Rabiuawal 1437H /24 Disember 2015

$
0
0
Cerita Semalam 12 Rabiuawal 1437H /24 Disember 2015


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam yang berlalu, hanya menjadi kenangan yang mampu menjadikan kita bahagia mengingatinya. Semalam itu adalah kehidupan sehari yang kita lewati dalam kehidupan. Mungkin berbagai situasi dan pasti ada berbagai rasa manis, gembira dan tawa ria. Usahlah bersedih bagi insan lain yang merasakan kepahitan hidup lewat kemarin.

Kadangkala  Ada Kebetulan & Amat Menggembirakan Kita.

Semalam 12 Rabiulawal 1437 H, sejarah dalam kalender Islam Nabi Muhamad SAW dilahirkan ( Maulidurrasul ) Dunia mengingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Duni bertasbih dan berzikir selawat ke atas nabi kita. Sila klik laman INI,INI, INI dan INI untuk membaca 30 KEAJIABAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W. Semoga membawa dan memandu kita agar lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah serta melakukan selawat sebagai zikir harian.Dan kebetulan tarikh 24hb Disember juga merupakan hari lahir anak lelaki Etuza bernama Irfan. Alhamdulillah sambut majlis kemarin 2 dalam 1. Sambut hari ulang tahun anak dan membesarkan hari keputeraan nabi Junjungan dengan berselawat beramai-ramai.

Ucapan Terima Kasih Tulus Ikhlas 

* Kehadiran keluarga Ustaz Rais Justi
* Kehadiran keluarga Ipar Zulkifle Supar
* Kehadiran Keluarga Biras Johari Laji
* Kehadiran Keluarga Hasimi Haisin & anak-anak
* Kehadiran Keluarga Ipar Jahidin 
* Kehadiran Anak Ipar Dumisah 

( Adik-adik Etuza ramai tidak hadir kerana bercuti Di Sandakan, Kota Kinabalu, di Tambunan , Tamparuli Sabah dan di Spitang Sabah )


5 Keping Gambar Berbicara Peristiwa Semalam 

1. Sambutan hari lair Irfan ke 17 tahun
2.Majlis Doa Selamat dan Berjanji ( selawat Ke Atas Nabi Muhammad
- Diketuai Oleh Ustaz Rais Justi )
* Tazkirah mengenai Rasulullah oleh Ustaz Rais Justi
* Doa Selamat Dan Doa Arwah Khasnya Kepada Arwah Ibu Mentua Etuza
* Berselawat / Berjanji - Selawat ke atas nabi junjungan
* Bacaan doa makan oleh Afif ( anak lelaki Etuza ke 3 )
* Jamuan makan / makan kek hari lahir Irfan
3. Sesi bebas / berbual/ bergambar/ kakak Etuza datang jual cadar RM 100.00 satu set. Mama beli 2 set RM 200.00. ( cadar baru untuk anak-anak )
4. Jam 11.00 malam tetamu sudah balik ke rumah masing-masing.





Etuza Ambil Gambar Kabus Pagi 25 Disember 2015

$
0
0
Etuza Ambil Gambar Kabus Pagi 25 Disember 2015




Karyacipta Etuza: Kabus pagi...

Azam & Angan 2016 Rebutlah Peluang

$
0
0
Rajin Komen Murah Rezeki Di Blog Etuza Warna - Warna Kehidupan.

Hadiah itu pasti milik yang bijak merebut peluang..
lihat imej ada kapal terbang..
Asalamualaikum & salam sejahtera...

Disember 2015 hampir melabuhkan tirainya. Ramai antara kita menghitung hari kerana mereka akan raikan detik 12 tengah malam menyabut era 2016. Azam baru dan semangat baru. Tidak mustahil ada yang sanggup bersengkang mata masak memasak menyediakan juadah sambutan detik 12 tengah malam, di Malaysia walau di mana-mana berada.

Sambut Tahun 2016 Dengan Doa 

Tiada apa benda sangat yang Etuza fikirkan hal sambut era 2016.Sambut dengan rasa bersyukur sangat mensyukuri nikmatNya yang masih lagi lanjutkan usia kita umur kita, itulah sebenarnya kasih sayang Allah kepada kita semua.

Selalu Etuza dengar orang sambut tahun baru detik 12 tengah malam dengan berhibur, menyanyi dan bersukaria sambil meletupkan mercun yang ada. Di rumah Etuza boleh lihat warna-warni bunga api berdentuman dari kejauhan di Bandar Keningau sebaik tengah malam ( 12 tengah malam ). Setiap tahun akan begitu fenomena di Bandar Keningau. 

Tetapi kita umat Islam, selalunya doa awal tahun dan doa akhir tahun. Sambut tahun baru kalendar Islam 1437 Hijrah juga seperti itu.Adakan kenduri doa selamat dan bersedekah, niat yang baik demi mencari keredahaan Allah. Doa lah apa sahaja akan Allah kabulkan. Apa sahaja yang baik yakin Allah mendengarkannya. Cepat atau lambat anda capai sesuatu idaman atau cita-cita anda itu bukan ukuran tetapi usaha anda yang tidak kenal putus asa. InshaAllah anda akan perolehi kejayaan itu.

Azam & Angan Etuza 2016

InshaAllah semua cita-cita dan doa semua yang baik-baik, hindari segala bala kejahatan. Memohon kepada Allah agar beri kebahagiaan dan kegembiraan dengan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka Manfaatkan 5 situasi semasa masih hidup kita. Pasti semuanya terkandung dalam doa kita  sentiasa dan hadapi dengan tenang apa juga permasalahan.Ingat Allah kala senang dan kala susah.

1. Manfaatkan sihat sebelum sakitmu
2. Manfatakan kayamu sebelum miskinmu
3. Manfaatkan mudamu sebelum tuamu
4. Manfaatkan hidupmu sebelum matimu
5. Manfaatkan masa lapangmu sebelum sibukmu. ( Sila klikSINI)
Subahanallah subahanallah subahanallah . Alhamdulillah kehadiran 2016 disambut dengan kesyukuran yang tiada taranya, kerana 2016 adalah anugerahNya.

Pertama Kali Membeli Online Di Go Shop Malaysia

$
0
0
Pertama Kali Membeli Online Di Go Shop

Alat Shimono  Vacuum  Cleaner  sedang di pasang 
Asalamualaikum semua teman maya walau di mana.

Handhold Vacuum Cleaner Shimono.

Begitu hebat pengiklanan berbagai alat canggih di Go Shop menerusi iklan yang non stop di Astro Chanel 118, selalu  yang melihat iklan atau promosi ini ialah anak-anak Etuza. Manakala Etuza hanya menjeling sesekali kerana asyik membaca di blog teman maya. Tetapi sekali pandang dengan iklan mengenai Handhold Vacuum Cleaner Shimona, Etuza melekat tengok berkali-kali. Ha kena penangan lah dengan produk Go Shop. 

Kalau beginilah, rasanya akan ada kedai jual peralatan rumah khasnya peralatan dapur akan tutup, disebabkan ramai masyarakat Malaysia semua berpusu-pusu membuat pembelian produk di Go Shop. Harap-harap tidak lah sampai begitu kan. Terbaru Etuza lihat iklan produk berharga RM300 lebih boleh di oder online dengan bayaran ansuran 3 kali bayar. Ini lagi satu tawaran hebat Go Shop, siapa lah yang tak tertarik hendak beli tu.Hebatnya GShop ini.

Alkisah Vaccum Shimono berharga RM199, Etuza oder secara oline menggunakan ipad. Etuza pilih delivery cash ( sampai produk baru bayar ) menggunakan perkhidmatan  Kurier. Pos laju. Memang sangat hebat dalam masa dua hari sahaja Etuza sudah kena call ambil produk di GDX cawangan Keningau, yang berada di lokasi Apolo bersebelahan dengan bangunan RHB Bank di Keningau.Apapun tambahan bayaran kena juga, sebab perkhidmatan penghantaran ke Sabah, oleh itu Etuza bayar RM231.00. Masih berbaloi. Hebatkan.

Kini Vaccum Shimono ini menjadi kesayangan anak-anak Etuza. rajin mereka membersihkan carpet dalam rumah serta lantai yang berhabuk. Bilik mereka juga dibersihkan dengan Vacuum Shimono luar biasa ini. Terima kasih Go Shop. Ada rezeki akan oder pula produk lain. Tunggu!.

Terbaik Go Shop Malaysia..Terima Kasih, Idaman hati
kini dalam tangan..membantu membersihkan habuk di dalam rumah..
Anda berminat oderlah cara online dengan Go Shop..

Larangan Memetik Bunga Di Taman Pertanian Sabah ( Tenom )#6

$
0
0
Larangan Memetik Bunga Di Taman Pertanian Sabah ( Tenom )#6

Katanya tak sabar nak petik bunga..alamak! habislah kena sound!..
Cek dulu CCTV....
Asalamualaikum teman mayaku.

Larangan Petik Bunga Di Taman Pertanian Sabah.

Nampaknya harapan untuk membeli benih bunga di Taman Pertanian Sabah, Tenom tinggal harapan sahaja. TPST ini suatu masa dahulu pernah ke sini dan masa tu ada jualan anak benih bunga oleh pegawai di TPST ini. Itulah antara impian mama ke TPST ini. Nampaknya tiada pula anak benih bunga di jula pada masa kami melawat ke TPST pada 22 Disember lalu.

Awal-awal kena sound, DI LARANG MEMETIK BUNGA. Amaran keras hingga kena pangkah lagi. Gerun betullah nampak amaran keras ini. Tetapi apa yang melucukan ialah keinginan mama untuk memetik bunga yang ada di hadapan mama duduk itu. Katanya nak petik satu pun cukuplah, nak buat benih bunga ini. Cantik sangat lah tu ya sampai nak duduk bergaya sakan.Rupanya petik bunga, nak juga petik bunga. Alamak..habislah..mujur tidak kena siren . Dapat jugalah mama memetik dua tiga jenis bunga merayap ni, rasanya bunga jenis ini sekarang meletup lah ramai yang menyukai bunga ini. Sebab penuh watsup Etuza kena tag imej bunga jenis ini. Geng blogger wanita ada tak memiliki bunga ini. Di laman Etuza baru tanam lah. Senang ja tanam bunga ini. tanam guna batang sahaja. Batang pun lembut dan mudah berakar. 

Baiklah jemput lihat gambar-gambar dapatan Etuza di TPST ini. Menarik juga kelihatannya. Dalam gambar jarang kelihatan Afif ( anak ke 3 lelaki Etuza) tak minat diambil gambar. Etuza faham..tak paksa sebab itu hak dia, apapun kadang perlu gambar beramai-ramai, sedih juga jika ada yang tidak bekerjasama. Apapun itulah Afif tidak suka bergambar sangat. Walhal masa kanak-kanak dahulu dialah raja klik, sampai full memori  kamera Etuza. Hahaha...biasalah kanak-kanak emosi lain remaja lain tu.

Etuza pula teruja dekat dengan Dinosaur
masa ni anak-anak dah penat dan kepanasan..

Gambar Etuza yang ini irfan main rambang ja klik..
dah puas ambil gambar Irfan pula kena kan Etuza..ok lah kongsi
masa ni tunggu mama bagi juadah..hahaha nak di layan juga tau!..
so duduk rapi ..tiba2 kena klik..his!!!
Tidak tahu lah apa nama buah ni..aroma pun kurang
enaklah di hidu..lama2 pedih hidung pekat sangat aromanya..
Boleh makan ke tak tahu..Semua pelawat seorang pun tak
bertanya sesama..just klik2 gambar ..luculah...

Pesan: Mohon maaf atas typo. Akan kembali ke entri itu dan baiki ejaan. Mohon usah rasa jelik ya. Biasalah manusia yang ada saja kelemahan diri.Tahnia blogger yang ejaan perfect dalam tiap entri. Namun tidak dinafikan ada juga blogger lain yang ada typo. Tak apa Etuza tidak perlu sebut nama sebab typo terbanyak dalam entri Etuza. Maafkan saya ya... 

Ucapan Selamat hari Natal 2015 & Tahun Baru 2016 Oleh Perdana Menteri Malaysia

$
0
0
Ucapan  Selamat Hari Natal & Tahun Baru Oleh Perdana Menteri Malaysia


Asalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Menonton TV sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat pengumuman ucapan Selamat Menyambut Hari Natal 2015 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 kepada seluruh rakyat yang menyambut Hari Natal dan semua rakyat Malaysia yang menyambut ketibaan Tahun 2016.

Datuk Najib Tun Razak, meminta rakyat Malaysia agar saling menghormati perayaan di Malaysia  dan mengekalkan perpaduan kaum. 

Admin Blog Etuza Warna-Warna Kehidupan

Etuza juga mengambil kesempatan mengucapkan semoga Rakyat Malaysia yang menyambut hari Natal 25hb Disember 2015, bergembira dan bahagia dengan keluarga masing-masing ketika menyambut hari Natal anda. Sebanrnya perayaan Natal seperti juga perayaan lain yang dianuti oleh agama lain, iaitu antaranya dirayakan bersama keluarga masing-masing. Sesungguhnya setiap agama mendidik kita agar saling menghormati dan mematuhi tiap larangan agama. Agama itu adalah pegangan hidup oleh individu menurut kepercayaan masing-masing.

Etuza juga mengucapkan Semoga Bahagia dan Gembira teman blog yang merayakan hari Natal. Raikanlah hari Natal anda dengan perasaan gembira ketika bersama saudara dan sanak saudara. Teringat pula Etuza ketika pergi ke Tenom Sabah pada 22hb Disember 2015, ternampak satu kenyataan pada sebuah kereta iaitu "NALAN-NALAN NAKAP AKAN" Etuza cuba ertikan iaitu " JALAN-JALAN CARI MAKAN"Ha ini lah masa jalan-jalan cari makan di rumah terbuka Hari Natal. Betulkan....

Klik SINIdan SINITahniah diucapkan kepada yang diijabkabul. Semoga berbahagia hendaknya. 

Selamat malam, jumpa lagi esok.Bye2.

Sumbangan RM20,000 Kepada Kelab Media Di Sabah

$
0
0
Sumbangan RM20,000 Kepada Kelab Media Di Sabah

Salam Sejahtera semua, Kota Kinabalu: Menteri  Luar Datuk Seri Anifah Aman menyumbang sebanyak RM10,000 masing-masing kepada Persatuan Wartawan Sabah ( SJA) dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu ( KKJA).

Sumbangan itu adalah sebagai penghargaan terhadap peranan media dalam membuat liputan acara kementerian, kata Anifah Aman.

Dalam satu majlis makan malam bersama media Sabah sekitar awal Disember berkata amat gembira dengan liputan media terhadap apa juga acara kementerian. Anifah berkata media Sabah amat profesional dalam menjalankan tugas dan memastikan ketepatan fakta dalam liputan adalah keutamaan. Selain daripada itu liputan media Sabah itu sebenarnya merupakan hubungan perantara yang sangat tepat memberi maklumat dan hubungan kepada orang ramai. ( Sumbar Sabah Times bertarikh 7hb Disember 2015)

Soalan Cepu Emas : Blogger ni boleh kah dikatakan agen Media juga? Atau blogger ni merupakan penyebar media di laman sosial yang tidak perlu dihargai? Jika dapat ada ke sesiapa blogger di Sabah yang mahu tubuhkan Kelab Blogger Sabah? Mengarut pertanyaan kan...Best juga jika ada kelab Blogger Sabah. Baiklah ..lupakan, mari kita baca doa awal pagi di bawah ini.Terima kasih.



Selamat Menyambut Tahun 2016

$
0
0
Selamat Menyambut Tahun 2016

Perlu berani untuk berubah.Apatah lagi 
Semangat  yang tinggi untuk Istiqomah...

Klik SINI dan SINI 

Kisah Orang Wara'q Pilihan 9 & 10

$
0
0
Kisah Orang Wara'q Pilihan 9 & 10

Asalamualaikum Semua.

kisah 9.

Adalah diertikan bahwa pada kaki seorang wara' ada bisul.Menurut pendapat doktor bedah kalau kakinya tidak dipotong, penyakitnya mungkin membawa maut . Ibunya mencadangkan supaya pembedahan dilakukan sedang dia khusyu' bersolat. Ini dilakukan dan dia tidak merasa sakit barang sedikitpun.

kisah 10

Adalah diertikan bahwa seorang sayyed terus menerus bersolat selama 12 hari dengan satu wudhu' . Selama 15 tahun beliau tidak membaringkan dirinya di tempat tidur. Juga beliau bertapa berhari-hari lamanya di mana beliau tidak makan suatu apapun.

    Peristiwa-peristiwa yang seumpama ini banyak sekali didapati di kalangan ahli-ahli mujahadah, yang bercita-cita bagi berhasrat untuk mendapatkan darajat mereka itu, adalah suatu perkara yang anih lagi sukar dicapai kerana sememangnya Allah S.W.T menciptakan mereka untuk mujahadah yang demikian itu.

     Jika seandainya seseorang daripada mereka yang dirinya sentiasa sibuk dengan urusan-urusan agama dan di samping itu juga dengan urusan -urusan dunia diikuti dengan jalan mujahadah yang mengkagumkan , maka janganlah kita mengikutinya , kerana ianya suatu perkara yang luarbiasa.

      Bersama-sama lah kita berfikir sejenak setelah membaca kisah - kisah orang wara'q ini. Mampu kah kita sebegitu, sesungguhnya orang wara'q ini telah tinggalkan kenikmatan Dunia yang bersifat sementara. Dan keyakinan begitu mantap bahawa alam akhirat yang dijanjikan oleh Allah menjadi dambaan mereka. Hebatnya iman dan taqwa orang yang wara'q ini. Subahanallah.Semoga kita mampu kekalkan keimanaan kepada Allah.

Sumber Rujukan: Buku Fazaile-Amal -Himpunan Kitab-Kitab Fadhail. Oleh Fazal Mohammed Bros.( Semuah kisah orang wara'q 1 hingga 10 - di rujuk dalam buku ini)

" Aku Berlindung Dengan Allah"

$
0
0
" Aku Berlindung Dengan Allah"
Salah satu Majsjid tercantik di Hong Kong..
Asalamualaikum dan salam sehati sejiwa. 

     Etuza tertarik hendak kongsikan satu tajuk yang menceritakan perbuatan sunnah Nabi apabila berlaku ribut taupan. Dan pernah terjadi dalam sejarah Dunia bahawa tragedi Tsunami suatu masa lalu meranapkan semua apa yang ada di tepi lautan Acheh serta meragut begitu ramai nyawa manusia. Tetapi amat hebat hanya sebuah Masjid yang masih terselamat dan mengalami kerosakan sedikit sahaja, sedangkan ombak laut menghempas terlalu kuat serta banjir lumpur berlaku. Hebatnya kuasaNya menyelamatkan Masjid satu tempat dilaungkan azan dan tempat jemaah bersolat. Mari baca cerita ini.


Amal Perbuatan Anas Waktu Ribut Berlaku.

Diceritakan oleh Nadhir b. Abdullah.
   " Pada suatu hari, ketika Anas masih hidup,cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil  bertanya. " Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasulullah?" Dia menjawab." Aku berlindung dengan Allah. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut, kami akan bersegera ke Masjid takut kalau-kalau berlaku Hari Kiamat!"

Abu Darda Bercerita : 
" Apabila angin kencang bertiup, Nabi Muhammad S.A.W. akan berasa cemas. Dia akan pergi ke masjid." Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh ummat Islam sekarang, sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan suatu sunnah Nabi.Marilah amalkan Sunnah Nabi yang amalan selalu datang ke masjid atau surau. InshaAllah.

Planner Baru 2016 Semuanya Terbaik

$
0
0
Planner Baru 2016 Semuanya Terbaik
Planner 2016 milik Etuza Family...2016
Asalamualaikum semua.

Hari ini sejujurnya baru Etuza berkesempatan membeli planner 2016 atau lebih dikenali sebagai Dairi pada setiap tahun. Ada berbagai bentuk dan corak kulit pada dairi 2016 ini. Semuanya ada keunikan tersendiri. Etuza selalunya mesti membeli planner setiap tahun, kerana memikirkan ada perkara yang hendak di catat setiap hari, atau akan mencatat suatu peristiwa yang klta lalui pada 2016. Sekurang-kurangnya ada lah alternatif lain cara hendak catat no phone teman baru. Mana tahu kan ipad anda atau phone anda tidak ada line atau charge 

Azie  dapat planner 2016 dengan cara oder online berharga RM 20.00, manakala Etuza dan Irfan membeli di kedai buku Adamas di Keningau. Berbagai warna cover pun ada, tetapi Etuza berminat beli yang sederhana kecil, mudah hendak bawa ke mana-mana dengan masukkan ke dalam beg yang sesuai. Jemput beli planner 2016, kerana planner buku 2016 tetap ada kegunaannya walaupun kita sudah memilik ipad atau phone yang canggih.Klik SINI dan SINI. semoga ada manfaat kepada anda semua.

Lompat Yahoo!! Best Kata Aliya

$
0
0
Lompat Yahoo!! Best Kata Aliya


Asalamualaikum & Salam sejahtera.

Best sangat kata Aliya apabila Etuza ajukan pertanyaan tentang lawatan di Taman Pertanian Sabah di Tenom baru-baru ini. Dulu ayah dan mak ada ke taman ini, kenapa tidak bawa Aliya? Katanya bertanya, Aliya bertanya kerana mendengar kakaknya Azie bercerita dengan mama di satu lokasi di Taman Pertanian Sabah ini,tentang pengalaman lalu ke sini

"2004 Aliya belum lahir lah..Alya lahir 2005.." Segera Azie menjelaskannya. Aliya ketawa pula rasa lucu Azie segera memberitahu dengan tegas, Hadui...." Ooooo iya lah pula " Kata Aliya sambil berlari dan melompat HURRY!!!! YAHOOO!!!...alamak. Best sangat lah kan Aliya. 

Rasa gembira pula nampak si kecil berusia 10 tahun ini. Semoga Aliya membesar dengan sihat dan hormat dengan ibubapa. Serta menjadi anak yang solehah di Dunia dan di Akhirat. Amin. Ha tengoklah aksi Aliya..penghibur hati Etuza dan mama serta seisi keluarga. Semua abang dan kakak selalu lah usik Aliya. geram!! betullah Aliya dengan abang dan kakak dia tu. Kuat usik Aliya..Usik sayang Aliya lah tu...

1,2,3 hurry!!! klik ha jadi dah..Aliya lompat

Sampai Bila Aku Dibelai Penuh Kasih Sayang - Moiza

$
0
0
Sampai Bila Aku Dibelai Penuh Kasih Sayang - Moiza

Aku merayu pada tuanku agar selalu lah sayangi aku... Aku tak dapat bayangkan bagaimana aku dibuang di hutan dengan kejam oleh tuanku yang pertama, aku dipisahkan dengan ibu susuanku..Aku takut pada ular dan binatang seolah ingin membunuh aku..Aku terkejut akhirnya perjalanan menemukan aku ..Ya menemukan aku rumah sebuah milik Etuza, yang menyambut Kehadiranku walau aku berbau busuk waktu itu..( Ha sedarpun kau ya Moiza-memang busuk ketika baru sampai....) 
Gambar Moiza setelah 3 bulan di rumah Etuza
Usia ku kini menurut kiraan ku iaitu 3 bulan di rumah tuanku Etuza dan sebulan lebih aku di rumah tuanku yang pertama. Ya aku tidak pernah beritahu tuanku Etuza siapa nama tuanku yang pertama sebab aku takut aibkan tuanku itu. Tapi yang pasti tuanku itu manusia juga, sayang sekali dia tidak menyayangi aku. Aku menangis bila ingat adik aku Tiger hingga buta mata kerana kurang disayangi.Aku malu dan tiba-tiba aku dapat melihat keindahan hati manusia seperti keluarga Etuza dan anak-anaknya terutama Aliya yang selalu tidur dengan aku, belai aku dan dukung aku. 

Ya Allah..aku sangat terharu dan amat bersyukur dipelihara oleh keluarga Etuza. Ya Allah ..sungguh luarbiasa ..bau busuk aku kini sudah tiada, lama sudah bau badan ku harum dengan syampu mandian..Aliya mandikan aku...aku tak pernah degil dan mengiau..aku tahu aku perlu mandi seminggu sekali... Lihat muka aku..aku termanggu seketika merasa kan nikmat hidup dengan sajian makanan yang cukup setiap hari. Bila aku lapar dengan adikku Tiger..kami tidak mencuri apa-apa dalam rumah tuanku Etuza.

Aku di beri nama Moiza, kata tuanku Etuza, nama Moiza itu nama kucing kesayangan Nabi Junjungan Muhammad SAW. Aku kurang pasti sebab aku tidak pandai membaca. Kata tuanku aku semakin comel, cantik dan berbulu gebu. Entahlah sampai bila aku akan di sayangi, dibelai dan di manja oleh keluarga Etuza.Umurku kini sudah hampir 5 bulan. Badan aku agak gemuk dan pejal..aku mengakui bulu aku tebal berbanding bulu Tiger yang buta mata sebelah itu. Mungkin aku kucing betina maka Aliya amat menyayangi aku. Aku malu sebenarnya, sebab itu aku tidak berapa nak buka mata pada kamera yang tuanku Etuza halakan pada wajahku. Maafkan aku..aku hanya kucing yang mampu berbunyi "Miow miow dan miow"
Baiklah..kepada teman maya blog tuan ku Etuza..inilah gambar ketika aku kecil dan setelah 3 bulan dipelihara oleh keluarga Etuza...aku bangga semua anak-anak Etuza menyayangiku..Subahanallah..sebab itu aku perlu serlahkan siapa aku sebenarnya..
Comel kan aku masa dua bulan ..hehehehe..

Sampai Bila Aku Dibelai Penuh Kasih Sayang - Moiza

Prestasi Blog Sehingga Disember 2015

$
0
0
Prestasi Blog  Sehingga Disember 2015


Asalamualaikum semua.
     Bersiaran di udara maya sekarang dengan hati yang ikhlas. Biasa juga membuat aktiviti blogwalking dari blog ke blog. Satu saja yang Etuza hendak komen, hal line internet yang sangat melemahkan semangat, ketika ini.Blog kegemaran belum terpapar semua, ruangan komen juga sukar di klik, ada sahaja halangan yang akhirnya dalam minda berfikir, baik buat entri dahulu, blogwalking kemudian.

     Kali ini Etuza hendak buat satu analisis prestasi blog milik Etuza. Rasanya sesuai untuk tiap blogger buat sedikit analisis tentang pencapaian blog anda masing-masing, khasnya blogger yang masih baru. Etuza sebenarnya sudah agak lama juga berblog tetapi, tidak berterusan atau tidak maintain disebabkan keadaan mood yang kurang merangsang berblog.Anda boleh klik ruangan arkib atau gallery blog Etuza ini untuk melihat bukti Etuza tidak maintain berblog.

Prestasi Blog Sehingga Disember 2015.

Followers ( Pengikut Blog )
* telah mencapai 400 orang ahli. ( terima kasih yang sudi follow blog Etuza)

Catatan ( Entri ) Dalam Blog 
* Telah mencapai 1000 Catatan Orginal Etuza. ( Jumlah yang agak banyak )

Pengikut Google Plus
* Telah mencapai 516 pengikut Google Plus ( terima kasih yang sudi mengikuti URL blog Etuza.

Bloglist Blog
* Terdapat 2 bahagian utama bloglist utama iaitu Bloglist 1 dan Bloglist 2.

Setakat ini sahaja analisis kajian Etuza tentang blog kesayangan Etuza. Blog anda bagaimana pula. Pencapaian berbagai follower dan sebagainya dalam  blog anda, lebih hebat dari pencapaian blogger Etuza. Kita teruskan berinformasi dalam blog dan berusahalah agar blog anda mampu menjadi medan atau laman web yang menjadi kegemaran berbagai lapisan masyarakat. Klik SINI dan SINI. Salam hormat dan jumpa lagi pada entri berikutnya. Entri yang ke 1001.

Hello ! Tarikh Balik Sekolah Bertanda Merah Ya.. Dah Ready Ke?

$
0
0

Hello ! Tarikh Balik Sekolah Bertanda Merah Ya.. Dah Ready Ke?

 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tinggal asrama, kena balik 03hb Jan 2016 dan terus tinggal di asrama. Jika tidak tinggal di asrama kena ke sekolah pada 04hb Jan 2016( Isnin ) minggu depan. Hello! adik-adik semua dah ready ke balik belajar semula bagi sesi 2016. Usah pula asyik seronok bercuti sampai lupa dah nak ke sekolah.

Ada baca buku ke masa cuti ni? 
Ada tak buat kerja yang mak suruh?
Ada tak buat kerja berfaedah masa cuti ni?
Ha ada tak?..
Alat tulis, buku tulis dan sebagainya dah ready ke dek?

Ok sekali lagi say Hello!! dah ready ke balik belajar pada 04hb Jan 2016?.Gurau saja ya....
Selamat malam.

Dengar Radio Klasik Nasional

$
0
0
Dengar Radio Klasik Nasional 


Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Awal pagi lagi dah bersiaran radio stesen kegemarannya Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Memori.  Lagu-lagu berkumandang silih berganti. Lagu-lagu merdu dan sedap di dengar dari ramai penyanyi klasik di Malaysia. Lagu-lagu pula amat bermoral tinggi, seperti lagu-lagu Salamiah Hasan, lagu arwah Sharifah Aini dan Sudirman serta ramai lagi. Betul lagu yang ke udara mengingatkan kita dengan nostalgia lalu.

Penyanyi lama..tiada mereka tiada yang baru...ha jangan lupakan amalan mendengar Radio.Klik lah Klasik Nasional bila - bila masa.

Siapa lagi dalam rumah ini yang asyik mendengar lagu di Radio Klasik Nasional kalau bukan mama, sambil memasak di dapur dapat dengar radio Klasik Nasional. Sesekali berita ke udara dapat juga informasi terkini di Malaysia atau di luar negara. Hebatkan. Ha..tiada radio tiada lah berita terkini di dapur. Kami membesar dengan siaran radio pada masa era 70an 80an, 90an hingga kini masih guna radio khasnya di dapur.Klasik Nasional sebenarnya benar -benar Menggamit Memori. 

Rumah Kebudayaan Suku Kaum Murut Di Tenom Sabah

$
0
0
Rumah Kebudayaan Suku Kaum Murut Di Tenom Sabah

Inilah pintu gerbang masuk ke rumah kebudayaan
Suku Kaum Murut di Tenom Sabah

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.


Apa khabar? Petang ini sekali lagi ke udara maya. Entri kali ini ialah tentang Rumah Kebudayaan Suku kaum Murut di Tenom Sabah. Inilah keadaan pintu gerbang Rumah Kebundayaan Suku Kaum Murut di Tenom. Besarnya pintu gerbang. Masuk ke dalam bukan percuma tetapi kena tiket.

Untuk Pelajar RM 3.00 seorangDewasa RM 5.00 seorang.

Untuk keluarga Etuza 6 orang Etuza bayar RM41.00 sahaja. Berbaloi juga datang ke rumah kebudayaan orang Suku Kaum Murut di Tenom Sabah.

Unik kan pintu gerbang ke Rumah Kebudayaan di Tenom Sabah
Inilah tangga masuk utama ke dalam Rumah
Kebudayaan Suku kaum Murut Sabah.. Unikkan...
gerun juga lah besarnya rumah ni..
Bertuahnya Suku Kaum Murut Di Sabah

Etuza tidak menyangka akan singgah di rumah kebundayaan suku kaum Murut di Tenom Sabah. Etuza mulanya hanya nampak dari tepi jalan menuju ke Tenom pintu gerbang tersergam indah itu. Namun Etuza memang tahu bahawa terdapat Rumah kebudayaan Orang Murut di Tenom Sabah, ekoran selalu tersiar di TV. dan tempat ini di bawah jagaan Jabatan Belia dan Kebudayaan Negeri Sabah. 

Tempat ini di jaga dari segi kebersihan dan keunikan sebagai daya tarikan pelancong ke Tenom khasnya. Semasa Etuza pergi ke Masjid Ar Rahman di Tenom terserempak dengan seorang pensyarah di IPGM Kampus Keningau. Kami sembang seketika. Tuan Pensyarah itu kata nak singgah lagi di Rumah Kebudayaan Suku Kaum Murut bila balik ke Keningau. Sebab itu lah juga Etuza mengekori pesyarah dari IPGM Kampus Keningau ke tempat di tuju.Bertuah suku kaum Murut di Sabah ada Rumah Kebudayaan yang dijaga oleh Kementerian Belia Sukan & Kebudayaan Sabah.Etuza sekeluarga datang memberi sokongan.Tahnia.

Rumah Kebudayaan itu umpama satu Muzium tempat tinggal, budaya dan keunikan pakaian serta kehiduppan orang Murut dari dahulu hingga sekarang. Memang unik tempat ini dengan kekalkan khazana suku kaum Murut di Sabah.Etuza masa ke Rumah Kebudayaan Suku kaum Murut sempat lah juga bergambar dengan gadis-gadis berpakaian Tradisional orang Murut. Nak lihat jemput tengok ya...

Inilah corak pakaian Tradisional Pakaian Wanita Suku kaum
Murut di Sabah..mereka dah bersedia buat persembahan tu...


Kami sekeluarga bergambar di dalam ruang bergambar dalam
Rumah Kebudayaan Murut di Sabah..masa ini dah dekat Krismas
Oleh itu tema dalam latar ruang bergambar kelihatan tema Krsmas...
Kami sekadar bergambar sahaja...

Kejutan Dari Sahabat Blogger Malaysia

$
0
0
Kejutan Dari Sahabat Blogger Malaysia


Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Kejutan Kerana Masih Disimpan
        
Pada Etuza tindakan blogger yang masih menyimpan reka ciptanya dalam blog itu adalah perbuatan mengkagumkan dan sangat hebat. Bayangkan header blog kita sendiri yang dibuat oleh blogger tersebut masih ada dalam simpanan dan diletak pula paling atas berdekatan dengan header pemilik blog itu. Bukan kah itu sesuatu yang sangat mengharukan! atau bagi anda itu langsung tidak bernilai, tiada harga dan tidak perlu pun kecoh satu Malaysia khabarkan sesuatu yang pernah anda lihat pun sebelum ini. (Huuu!! Intro meletup)

Cuba tengok slide bergerak di atas ( gambar / imej) bermula blog Hikayat Seorang Budak, Blog Mila Hilas, Blog Anamizu, Blog Acik watie, Blog Dr. Shikin Zainal dan lastly Blog Etuza Pesona & Mustika. Etuza sangat terkejut kerana Blogger Safirulamar yang Etuza kenali sejak 2013 RUPANYA ( ha besar kan perkataan) masih lagi simpan banner Etuza Pesona & Mustika itu dalam blog Safirulamar. Sejujurnya Etuza amat hargainya kerana sedar atau tidak satu Malaysia melihat slide bergerak itu dan antara yang terukir adalah header blog Etuza. Bukanlah kita riak ujub bila ada perkara ini, tetapi Safirulamar buat Etuza termanggu sejenak. Sebab sebenarnya Etuza ada menyepi sejak Mac hingga Ogos 2015 dari berblog. haram satu pun tiada entri Etuza dalam blog selama itu. Tapi Ya Allah..syukur masih ada blogger yang masih ingat dengan Etuza rupanya iaitu Blogger Safirulamar.( Klik Blog Saf)

Ucapan Terima Kasih Blogger Safirulamar.

Lagi satu nak bagi tahu, Blogger Sabahan ini jarang mendapat tempat dan kedudukan di hati para blogger Malaysia, apatah lagi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Antara faktor nya ialah Blogger Sabahan, tidak aktif dan jarang melibatkan diri dalam pertemuan antara blogger sebagaimana di Semenanjung Malaysia yang sering kita lihat karisma mereka dalam membuat pertemuan dan makan amal bersama sesama blogger.Boleh dikatakan blogger di Sabah antaranya Etuza berblog sekadar minat dan ikut mood. Ada idea ada entri,tiada mood berbulan bertahun tidak updatedkan blog.TETAPI Blogger Safirulamar..luarbiasa headar Etuza ( blogger Sabah) dia tidak ketepikan langsung. Masih ada dalam simpanan laman blog Safirulamar. Hebat kan..Anda tidak rasa kah ukuhuwa itu?..Sayang jika anda tiada langsung perasaan menghargainya.

Kepada Safirulamar, ayuh kemudikan layar blog anda semula. Welcome back dan lontarkan apa juga entri yang bermanfaat kepada diri, kepada umum di Malaysia ini khasnya. Safirulamar sekali lagi TERIMA KASIH save header Etuza Pesona & Mustika itu. Bagaikan satu mustika kepada Etuza.

Sahkan Maklumat Sebelum Sebar Di Media Sosial Baru Blogger Profesional

$
0
0
Sahkan Maklumat Sebelum Sebar Di Media Sosial Baru Blogger Profesional

Gambar sebenarnya sekadar hiasan berdasarkan entri..
Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ini, pada siaran di TV pada awal pagi hari ini sebelum ke bandar Keningau, Etuza sempat menonton rancangan yang di hoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. Rancangan itu satu program khas Aznil datang terus ke rumah kediaman Datuk Jnis Shamsuddin membuat liputan mengenai pelakon lama ini. 

Menurut Datuk Aznil, maklumat yang mengatakan tersebar meluas hal Datuk Jnis Shamsuddin telah meninggal dunia adalah tidak betul.Buktinya ialah Aznil sedang berada di rumah Datuk Sri Jnis Shamsuddin dan keluarganya. Tengoklah apa yang telah berlaku, memang bahaya sangat sebarkan berita palsu, berita yang belum sah benar atau tidak.

Ada berbagai berita yang belum pasti, sebenarnya diviralkan di laman sosial. Soalnya siapakah yang gemar ya sebarkan maklumat palsu ini. Malu juga kita sebagai blogger biasa yang memang salurkan berita sebenar hasil dari dapatan sendiri di tempat tertentu atau perkara yang berkisar kejayaan atau anugerah dan sebagainya dalam blog kesayangan Etuza ini. Siapa yang malu sekarang apabila di andaikan 75 % dalam medan sosial adalah maklumat yang tidak betul. Alahai jadi 35 % sahaja ke berita yang betul di laman sosial.( Sumber Berita Harian bertarikh 28 Dis 2015, muka surat 14) Malu rasanya kita agen maklumat dalam arena blog terbaca dalam berita atau akhbar baru-baru ini.Hentikanlah penyebaran maklumat salah dalam media sosial ini. Malu sangat rasanya, bila kedapatan laman sosial yang sebar maklumat tidak benar.

Entahlah pula jika buat berita palsu, lepas tu di viraliseme dalam whatssup , facebook, di blog atau di Instagram. Selepas diketahui umum beritu itu palsu individu itu jadi seronok pula. Halamak! buat kita risau lah jika demikian kan.

Hentikan Berita Palsu 

Hentikan berita palsu, kerana berita palsu yang di muatkan dalam sosial hanya akan memburukkan keadaan. Selain..
1. Ramai masyarakat tertipu,
2. Menyebabkan jika kedapatan individu itu boleh disaman oleh pihak tertentu.
3. Jika dibuat secara sengaja pasti dapat hukum dosa.
4. Menghuru harakan negara - kes begini lagi berat. Bahaya sangat.
5. Mengakibatkan pergaduhan. 
6. Individu itu di benci.

Marilah memurnikan laman sosial dengan sebarkan berita yang sah atau berita-berita sebenarnya. Jika hendak dapatkan status terkenal di laman sosial bukan dengan cara sebarkan berita palsu atau berita yang tidak benar. Pastikan sah maklumat sebelum sebar di media sosial. Pasti bahagia menjadi blogger atau apa wartawan, baru anda layak digelar blogger profesional.
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live