Umpama Bina Masjid Baru Untuk Ayah Mentua Etuza
Asalamualaikum Semua...Apa khabar?
Ini lah keadaan dapur baru ayah mentua Etuza selepas dirobohkan. Ini adalah kehendak Etuza dan isteri untuk memberikan ayah mentua sebuah dapur yang lebih selesa dari asal. Etuza beri 100 % keizinan kepada isteri untuk menyatakan niat ini kepada ayah mentua.
Hari ini hari sabtu Etuza dan isteri datang melawat dapur yang sedang di bina oleh 4 orang pekerja yang diupah untuk membina semula dapur yang telah dirobohkan. Mulanya Etuza tidak berkeyakinan untuk membantu isteri memandangkan ada ipar lelaki Etuza dan ramai adik beradik isteri Etuza, tetapi semuanya sudah berkahwin dan tinggal berjauhan dengan ayah mentua. Etuza fikir tidak apa lah jika semua adik beradik isteri Etuza tidak dapat dihubungi untuk membincangkan niat murni Etuza dan isteri. Alhamdulillah ada seorang ipar perempuan iaitu adik kepada isteri Etuza yang memberi respon baik dan hari ini ( 14hb Nov 2015 ) datang ke rumah ayah mentua untuk menyerahkan wang sebanyak RM3000 kepada ayah mentua. Alhamdulillah.
Pendek cerita inilah gambar situasi jalan menuju ke rumah ayah mentua. Sebenarnya rumah ayah mentua berada di satu bukit dan jauh dari perkampungan. Dari bukit tempat rumah ayah mentua nampak pemandangan desa kelahiran isteri Etuza. Cuba anda tengok suasana ke rumah atau ke lokasi rumah kediaman ayah mentua.Siapa yang tidak pernah mendaki anak bukit rasanya sakit kaki naik ke puncak ( hahaha bukanlah puncak sangat) rumah ayah mentua. Apabila berada di atas atau tempat rumah ayah mentua kita akan melihat pemandangan perkampungan yang indah.
Inilah dapur yang sedang di bina itu. Tapak asal
80% di bongkar ...
* Kelihatan salah seorang pekerja sedang
bertungkus lumus mengambil dan memunggah bata .
* Cuba tengok jari telunjuk itu. Ha itulah isteri Etuza
termengah-mengah naik bukit..menuju ke rumah
kediaman ayah mentua.
* Dekat rumah ayah mentua dapat lihat beberapa ayam..anak-anak ayam yang comel..
* Pokok nangka yang lebat berbuah...
* Tiga buah motor bersusun milik pekerja yang diupah oleh Etuza dan isteri Etuza.
* Batu-bata dan zink spandik masih belum dipasang semuanya.
* Rangka dapur yang kelihatan agak luas..
Etuza mengambil kesempatan untuk menegur pekerja dengan sopan agar minta pelan sebenar dapur agar dapat diikut. Sebaik zink spandek di pasang ( bumbung ) Etuza dan isteri akan datang lagi untuk menyerahkan diposit pertama ( Upah ) kepada mereka atas kerja-kerja membina semula dapur ayah mentua. Kini dalam perkiraan Etuza 60% disiapkan. Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga dimudahkan urusan.
Etuza andaikan kami sedang membina MASJID untuk ayah mentua. Seronok pula melihat dapur ayah mentua yang sedang dibina.

Nampak tak nangka tu...lebatnya berbuah...