Kenapa Kota Paris Diserang? Serahkan Kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Dunia digemparkan dengan serangan di Kota Paris pada 13hb Nov ( Jumaat ) yang menyebabkan banyak kerosakan dan menyebabkan kematian serta kerosakan di Wilayah Paris. Sangat terkejut berita hari ini yang memperlihatkan bagaimana serangan itu berlaku. Setakat ini belum diketahui kenapa serangan di Paris itu secara tiba-tiba berlaku.
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Jika disebabkan kerana hal agama, maka amatlah menyedihkan. Islam ini adalah Agama Allah.Agama yang melarang peperangan dan pembunuhan seperti agama-agama lain. Atau inikah dunia akhir zaman sudah tidak risau adanya pertumpahan darah dan tidak lagi takutkan kemurkaan Allah. Dunia kepada negara maju..hentikan angkara membedil negara lemah. Mohon agar pihak tertentu tampil untuk seruan keharmonian dan kedamaian sejagat, agar manusia bebas kemana di bumi Allah tanpa peperangan. Amin.

Wisata Terpopular Di Paris.
Etuza memetik di lamanINI. ( Sila Klik ) Lelaki bersenjata dan bertutup kepala menyerbu pejabat sebuah majalah satira mingguan yang terkenal dengan persendakan radikal Islam, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk dua anggota polis dalam serangan militan yang paling teruk di Perancis dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Salah seorang daripada lelaki bersenjata itu dirakam dalam video menjerit "Allah!" sewaktu empat das tembakan bergema.