Sedih Sekali Komen Tergendala Dengan Halangan Pastikan Bukan Robot
Asalamualaikum semua.
Etuza sedih hari ini, sejak petang hari ini, semua komentar Etuza di blog kegemaran tidak menjadi. semua kena halang dengan teguran "Pastikan Bukan Robot" Halangan dan cabaran sudah juga di buat iaitu matchingkan imej mengikut imej yang diminta. Contohnya tanda arah jalan, Etuza kliklah yang ada tanda arah jalan. Hadui!! tidak juga masuk komentar Etuza.
Jika begini, elok buat Entri ini. Terhasilah entri sedih Etuza seperti tajuk di atas. Sedih sangat. Dengan itu Etuza hendak memohon maaf, seolah Etuza tidak memperduli teman bloggers yang amat-amat menyokong blog Etuza.
Macam kena saja gambar Etuza ini,pagi hari ini jadi model seketika di laman Etuza.akar-akar bunga orkid berjuntaian, lalu Etuza buat post seperti dalam gambar. Macam kena saja kan..seolah Etuza tak dapat keluar seperti dalam komen Etuza tak lepas...
![]() |
Gambar Etuza hari ini..menghiasi laman Etuza sekadar hiasan..harap terima seadanya.. |
Antara blog yang Etuza telah drop komen tetapi tidak tembus ialah blog ini:-
1. Blog Jari Manis - Sangat terkejut hadiah komentar Unggul kini menghiasi laman Jari Manis. Katanya hadiah sudah sampai dan Jm sangat menyukainya. Tahnia dan terima kasih ya JM.
2. Blog Cik Akak - Nampaknya bertalu-talu komentar Cik Akak di laman Etuza. Sayang Etuza tak mampu membalas komentar dengan segera kerana halangan Pastikan Bukan Robot. Payah betul lah arahan ini. Hampir putus asa.
3. Blog Perdu Cinta - Blog ini wajib Etuza hendak terjah banyak kemurnian blog ini. Banyak perkara dalam entri PC yang membawa Etuza muhasabah diri dan ingatkan diri kepada yang kuasa.
4. Blog TK Kelembutan- Ada perkara hendak sampaikan padanya. Hadiah komentar Unggul antara yang terlate adalah kepada TKK. Mohon maaf. Etuza ada menyatakan secara peringkat-peringkat. Harus dipercepatkan tetapi kita tidak tahu ada saja halangan membatasi .maafkan Etuza belum terhantar. Isnin pasti dalam acara kehidupan Etuza ke pos laju. Untuk PC dan TKK. Sabar ya dek...
5. Ke blog dalam bloglist 1. Semua hendak terjah dan drop kan komentar sekurang-kurang drop 1 komentar. Sayang sekali. Tidak mampu melawan situasi kemungkinan line ini tidak power. Lemah aliran ke laman Etuza maka keadaan permintaan bukan robot diperlukan atau kenapa ya terjadi adanya keperluan bukan robot?
Penat pun ada, tipu jika kita katakan tidak penat. Penat menunggu, jenuh menunggu terganggu masa hendak cepat selesaikan blogwalking. Apakan daya Etuza manusia biasa. Maafi Etuza bukan sengaja tidak drop komentar tetapi terhalang sangat dengan keperluan Pastikan Bukan Robot tetapi tidak juga tembus. Apa lah!!!
Ada tak blogger lain rasai apa yang Etuza alami ini.