Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
6/5/2020 bersamaan hari rabu, pelajar dari Luara Negara warga Keningau telah selamat sampai di Daerah Keningau dan terlebih dahulu dihantar di IPGM Kampus Keningau, Sabah untuk tujuan SWAB Test yang dikendalikan oleh kakitangan Hospital Daerah Keningau, Sabah. Gambar ini dihantar oleh En. Raming salah seorang wartawan atau penulis berbakat di Daerah Keningau menerusi khidmat what supp dalam group keluarga Etuza.
Etuza melihat gambar merasa kan agak ramai ya, pelajar dari Daerah Keningau belajar di Luar Negara. Pasti mereka semua belajar dalam berbagai bidang sebagaimana anak pertama Etuza suatu masa dahulu. Alhamdulillah berkat usaha dia kini anak Etuza berkhidmat sebagai salah seorang Doktor. Pelajar dari Keningau ini pastinya dari pelbagai tempat, dekat dan jauh. Paling jauh sekali adalah dari Pensingan, rasanya ada pelajar dari sana yang berpeluang belajar di Luar Negara.
Pelajar dari Luar Negara ini sebenarnya berkumpul di IPGM Kampus Keningau, Sabah untuk SWAB test Covid-19. Semestinya mereka kena test dan kuarantin selama 14 hari sebelum balik ke rumah masing-masing. Memang tertekan dengan keadaan seumpama ini. Dulu sebelum wabak berlaku tidak ada situasi serupa ini. Apa kan daya kita tidak boleh melanggar peraturan yang digariskan oleh KKM dan kerajaan. Jika melanggar pertauran ini, boleh merosakkan kesihatan ramai orang hingga melibatkan masyarakat akibat jangkitan Covid-19. Justru kita kena berjaga-jaga dan bertanggungjawab bukan sahaja pada diri sendiri tetapi tanggungjawab terhadap negara agama, dan bangsa.
Amalan ini harus di lakukan, InshaAllah kita kekal sihat
keluarga bahagia. Kita boleh lakukannya.