Solat Jumaat Musim PKP Bersyarat
Asalamualaikum & Salam SejahteraÂ
22/5/2020 bersamaan hari Jumaat, minggu lalu telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, bahawa dibolehkan kini mengadakan solat jemaah Solat Jumaat di Masjid dengan bilangan jemaah seramai 12 orang sahaja. Penjarakan satu meter dan menutup mulut hidung juga harus dilakukan oleh semua jemaah yang terdiri dari AJK Masjid atau Surau di merata tempat di Sabah. Selain di imbas dahi untuk mengesan suhu badab dan tangan harus di sanitasi kan dahulu baru masuk ke dalam Masjid. Satu keadaan yang harus di patuhi.
Etuza bersyukur kerana dalam lingkungan jemaah AJK Masjid Al Mahabbah dapat lah bersolat Jumaat dalam keadaan norma baru. Semua SOP tersebut adalah jalan menghalang dan mengelak dari wabak menular. Syukur rasa lega sangat bila dapat bersemuka dengan teman yang memang ahli masjid di kampung. Cuma sedih kerana tidak dapat lakukan solat jemaah solat sunat Hari Raya tahun ini, di masjid tetapi di lakukan di rumah masing-masing.
Solat Jumaat Jarak Satu Metar di Masjid tempat Etuza.
Meja petugas telah awal disediakan..Borang catat nama juga telah disediakan.
Solat Isyak juga hanya 4 orang AJK buat masa ini di benarkan.