Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1331

Bahagianya Terasa Melihat Anak Tersenyum Gembira Di Hari Pernikahannya.

$
0
0
Bahagianya Terasa Melihat Anak Tersenyum Gembira Di Hari Pernikahannya.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Lama sekali Etuza menyepi diri, salam kemaafan yang tidak terhingga seandainya ada yang terasa ternanti-nanti artikal Etuza dalam ruangan pena blog ini. Jika tidak ada yang ternanti-nanti, Etuza rasa syukur kerana tidak memberikan beban kepada sesiapa sahaja.

Baiklah kali ini, infor kali ini ialah kesinambungan acara anak sulung lelaki Etuza bernikah masa awal Jun 2020. Alhamdulillah sudah terlaksana dan selesai semua urusan baik di pihak keluarga perempuan atau di pihak keluarga Etuza sendiri. Nampaknya bernikah masa PKP ini banyak hikmah tersembunyi, walau rasa terkilan kerana terhalang memanggil teman dan kenalan serta semua keluarga baik yang dekat dan yang jauh, tidak dapat menjemput semua atas kekangan dan halangan musim PKP, justru harus kita akur patuhi perintah ini.

Banner yang dapat Etuza sediakan untuk memberi rasa
bahagia dan gembira kepada anak dan menantu.Simple saja..

Sebenarnya meskipun  keadaan majlis nikah anak Etuza dan wanita pilihannya, dalam keadaan sangat simple, tetapi rasa bahagia itu amat terasa di hati kami ibubapa. Kami rasa kebahagiaan dan kegembiraan yang sangat luar biasa, kerana dengan izin Allah sesungguhnya anak lelaki Etuza selamat diijab kabulkan pada 2/6/2020 ketika Dunia dan terkesan Negara Malaysia menghadapi wabak yang sangat mengerikan ini." Syukur ya Allah atas izinMu anak kami selamat bernikah dengan keadaan aman dan damai". Alhamdulillah. Apatah lagi kami menerima keluarga baru iaitu menantu kami. Alhamdulillah.

Sebab itu perasaan gembira, bahagia tetap terasa di hati ini. Etuza berdoa semoga anak Etuza dan isterinya bahagia dan gembira hingga ke anak cucu. Dengan cara ini atau ketika wabak melanda Dunia, mereka tetap Allah satukan Allah beri restu kerana perkahwinan ini adalah Sunnah Nabi Muhammad Selepas seminggu mereka di nikahkan anak Etuza dan isterinya terus ke Kuantan Pahanag, kerana bertugas di negeri Pahang. InshaAllah ada masa Etuza dan isteri akan melawat mereka di Kuantan Pahang. Salam kasih sayang, salam hormat dan ayuh kita bantu negara kita menghalang penularan Covid-19. semoga masyarakat di Malaysia selamat terhindar dari covid-19.



Gambar ini kami usahakan untuk menyambut menantu..
Sempat juga menyiapkan banner seringkas-ringkasnya.

Dua pasangan berbaju biru menawan duduk di singgah sana.
Mereka berdua dan kedua ibubapa turut menyaksikan persembahan 
Silat Sambut Tamu ..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1331