CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS
Sejujurnya Etuza tidak berani hendak membuat Entri hal Nuffnang, sebuah syarikat terbesar pengiklanan yang mendominasi laman sosial di internet.Untuk membuat entri hal Nuffnang secara ringkas dan apa itu Syarikat Pengiklanan Nuffnang di Malaysia ada Etuza buat tetapi untuk CPUV pada Iklan Nuffnang di laman Blog Etuza tidak pernah beri kenyataan.
Kalau lihat gambar sedang memegang dagu dan seperti sedang berfikir. Bayangkan seperti itulah lagaknya Etuza pada iklan Nuffnang di laman Etuza. Seolah Etuza ada berbagai andaian. Betul kah apa yang Etuza lihat dalam blog teman maya. Dengan gembiranya mereka kata ada bonus dari Nuffnang siap dengan cek lagi. Siapa lah tidak tertarik. Sekurang-kurangnya adalah rezeki kita berblogging. Sedikit pun amatlah bersyukur jika dapat.
Log In Akaun Nuffnang Berjaya Petang Ini.
Petang ini Etuza cuba lagi log in akaun Nuffnang Etuza. Sejak bulan Mac hingga Oktober Etuza gagal log ini. Kerana line internet tidak lancar. Mybe menyebabkan Etuza tidak tembus masuk ke laman Nuffnang pada akaun Etuza yang terdaftar. Amat terkejut semakin naik dan naik. View blog naik dan Unik Klik juga semakin bertambah. Ini lah semangat keberanian timbul pula dalam hati. Ya lah rupanya ini benda yang teman blogger kata itu.
Ok Etuza akan tunggu payment pertama dari Nuffnang nanti.Seperti anda gembira begitu hendaknya Etuza. Namun bukan lah mengharap sangat, jika rezeki Etuza tidak kemana. Untuk anda Etuza akan klik dengan ikhlas Nuffnang di laman anda dan bolehlah juga anda klik Nuffnang Etuza itu. Kepada yang klik Nuffnang Etuza hingga ke hari ini terima kasih. Antara wajah yang Etuza lihat ialah Blogger Kamsiah dan Umi Alya serta ramai lagi yang Etuza belum kenali.
Nuffnang anda bagaimana? Pasti lebih hebat dari Etuza. Etuza baru belajar, banyak benda hal teknologi yang Etuza masih belum menguasinya. Berilah bimbingan pengetahuan kita kongsi sedikit ilmu. Pasti indah kehidupan kita.Terima kasih Nuffnang!! terbaik sekali.