Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1302

Bahaya Tertinggal Gauze ( Gumpalan Kain ) Dalam Rahim - Segarkan Ingatan

$
0
0
Bahaya Tertinggal Gauze ( Gumpalan Kain ) Dalam Rahim - Segarkan Ingatan Etuza, Tidak Menyangka Kejadian Ini Juga Berlaku Kepada Wanita Lain.

Gambar Sekadar  Menghiasi Laman
Mama dan anak-anak. Afif yang bertopi
lahir tahun 2000.15 tahun sudah berlalu...
Subahanallah permata hati dari Allah
Asalamualaikum semua. Etuza blogwalking ke blog kegemaran dan pasti akan klik babab.net yang menjadi baclink blog Etuza. Sangat bersyukur dan berterima kasih kepada admin babab.net. Alhamdulillah membantu menerima dan promot apa juga entri di blog Etuza.

Mohon Berhati-Hati, Melibatkan Nyawa.
   Tahun 2000 anak lelaki Etuza bernama Afif mama lahirkan di hospital. Alhamdulillah kerana mama melahirkan bayi sihat dan cukup sifatnya. Air mata menyambut Afif bergenang di pipi. Masih terasa detik itu amat bahagia sekali bila dua nyawa selamat bersama. Setelah semuanya diurus kebenaran keluar wad kami bergerak balik ke rumah.

Malam selepas mama melahir, mama mengadu sakit perut bahagian bawah perut dan menyatakan sukar untuk buang air kecil. Bila rasa hendak buang air kecil mama tidak lawas dan keluar sedikit sahaja. Keadaan menambah kesakitan apabila mama sukar membuang air kecil.Hal ini berlarutan hingga 7 hari, Etuza sangat pelik memikirkan dan rasa begitu simpati. Etuza fikirkan kesan urat saraf biasa di rahim wanita sebaik baru melahirkan baby. Etuza tidak merasai peritnya melahir tetapi rasa pelik dengan mama  kali ke lima melahirkan baby kelihatan dia sungguh kesakitan menahan dalam rahim. 

Mama berpaut pada dinding di bilik air setiap kali mama ke bilik air, Etuza rasa ada sesuatu yang berlaku. Etuza bertanya kepada mama sakit bagaimana? Mama cakap seperti keras bawah pangkal rahim katanya.Tidak pernah mama begini katanya. Lain betul rasanya seolah ada benda menyumbat. Etuza tidak pula terfikir benda lain tetapi segera Etuza berdoa dan berdoa, pergi menemui ibubapa dan memberitahu keadaan mama.Etuza langsung tidak terfikir ada pihak nurse yang melakukan kesilapan. Jauh sekali bersangka buruk pada setiap mereka. Sebab ini pengalaman ke lima kali melahirkan anak.

Kemudian Etuza menemui Tuan Haji Karno ( Kini Arwah - Alfatihah pada arwah )Masa itu Tuan Haji ini memberikan sebotol air doa kepada Etuza. Segera kamu beri minum kepada isteri kamu katanya. Masa itu mama masuk  hari ke tujuh hari. Petang hari mama masuk ke bilik air, katanya pangkal bawah rahim sangat sakit dan seperti ada benda hendak keluar. Mama berfikiran benda yang akan jatuh adalah gumpalan darah nifas di rahim seperti selalu yang dia alami. Tapi apa yang berlaku mama amat terkejut apabila belum sempat mama masuk biliuk air satu benda berbunyi jatuh dari rahim mama. Ya Allah segumpal kain berlumur darah seperti gambar yang ada dalam cerita yang dikongsi oleh Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25  klik ohmyduniaku untuk anda lebih mengetahuinya.

Etuza mohon agar tiap wanita  berhati-hatilah dan pastikan segera berjumpa ke hospital bila ada sesuatu yang pelik berlaku. Etuza segera memberitahu seseorang yang Etuza kenali memberitahu hal apa yang berlaku kepada mama. Individu itu mengatakan tidak apa tidak perlulah ke hospital katanya, kerana mama sudah selamat. Etuza pendamkan niat bersemuka dengan pihak yang bersama mama melahirkan bayi. Kenapa ya tidak berhati-hati? Proses itu kan diketahui, di pelajari dan diperaktikkan, kenapa ya? Sanggupkan melihat ada nyawa terkorban akibat perbuatan leka seperti itu. Semoga perkara ngeri ini tidak berlaku kepada sesiapa sahaja. Etuza berpesan ingat yakinlah bahawa Allah akan beri petunjuk apabila kita menemui jalan buntu pada masalah kesihatan kita.Dialah yang maha mengetahui.Terima kasih ya Allah.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1302