Bonzai Cantuman Bunga Kertas
Asalamualaikum & Salam sejahtera semua.
Hobi Etuza agaknya ramai pembaca tahu, iaitu gemar menanam bunga-bungaan dan herba, termasuklah paling gemar menanam bunga kertas yang pelbagai warna bunga dan corak daunnya ini.
Terbaru Etuza telah memberanikan diri mengorek pokok bunga kertas yang batang pokoknya sudah besar. Bunganya rimbun dan ranting tinggi dan kelihatan sangat kuat akar tunjang nya berpaut di tanah. Oleh kerana tuntutan kehidupan di mana tempat Etuza tanam pokok ini menghalang dan kini tempat ditanam diolah untuk guna pakai tempatnya maka pokok bunga kertas ini perlu di korek dan dipindahkan.
Pokok bunga kertas ini digelar Bunga Kertas Sanggul Fatimah bunga merah. Memang keras batang pokok Bunga Kertas jenis ini. Etuza korek dan tanam pada pasu lawa seperti di gambar. Apabila sudah menunjukkan ranting atau pucuk baru, Etuza usahakan buat cantuman pada dua jenis bunga kertas lain. Akhirnya ini lah kejadian hasil cantuman tersebut. Jadilah juga Bonzai Cantuman Bunga Kertas Etuza. Kini menghiasi laman dan ramai yang tertarik pada pokok ini dan menawarkan harga, tetapi Etuza memang pelihara untuk halaman rumah Etuza sahaja, tiada niat untuk dijual.
Pokok Bonzai Cantuman Bunga Kertas Etuza
hasil cantuman bunga kertas menjadi tiga warna bunga ..cantik tu
subahanallah...Dia lah yang cipta semua keindahan alam.
Lebih jelas ...
keadaan pangkal batang dan akar melingkar..
Kelihatan pangkal akar semakin membonjol..unik..
selalu Etuza letak baja dan gamburkan tanah..
~etuza~