" Dine-in" Makan Di Restoran
Berita sekali lagi memberikan rasa lega kepada masyarakat apabila hanya individu yang lengkap Dua Dos Vaksin dibenarkan masuk ke setiap permis termasuk restoran. Individu hendaklah menunjukkan paparan skrin handphone menerusi aplikasi MySejahtera. Jika benar infor dua dos benar maka dibenarkan meneruskan urusan. Dan keadaan ini Etuza telah melaluinya. Kita faham semua itu adalah undang-undang norma kehidupan masa kini. Jelas kepada kita bahawa wabak Covid-19 ada dalam kumuniti masyarakat. SOP dengan menutup mulut tidak bersalam tetap diguna sebagai VAKSIN penularan wabak ini.
Kita mulai tersenum apabila kelongaran dalam banyak perkara telah diumumkan oleh kerajaan. Tetapi berfikir juga ya, perlukan kerap ke restoran. Rasanya kita sendiri mampu menjawab persoalan ini. Tanya hati tanyalah selera anda. Dine-in rasanya perlu dilakukan apabila kita bermusafir apabila kita berada jauh dari rumah kediaman. Dengan syarat hati-hati memilih tempat makan seperti restoran yang menyajikan pelbagai menu juadah makanan untuk pelanggan. Pilihan di pihak anda. Lakukan Dine-in tetapi berjaga-jaga, namun jika tidak mendesak buat lah keputusan makan bersama keluarga di rumah. InshaAllah pasti banyak rahmat dan akan membentuk keluarga bahagia. ~etuza~