Memori Purple Etuza
Asalamualaikum & Salam Sejahter.
Bersiaran lagi di laman Blog Etuza. Hidup ini semestinya ada moment indah, memori yang indah, yang ada kalanya berlegar diingatan. Bila di lihat lukisan kenangan indah menerusi gambar, terasa mencuit hati, terasa bahagianya detik-detik kehidupan yang kita lalui.
Kadang tidak mahu kenangan itu dilupakan, kerana kenangan itu amat memberi kesan bahagia sebuah keluarga yang ditakdirkan olehNya. Ingin sering bersama dalam keadaan bahagia, gembira, tetapi tuntutan kehidupan menjadikan ada masa terpisah juga. Saat bersama itu lah yang menjadi memori. Jadilah sebuah kenangan indah.
Gambar kenangan Gempak Purple Family Etuza, ketika ini mereka semua dalam meniti keremajaan. Hati mereka harus disantun, dijaga dan diperhatikan. Justru pada Allah memohon agar mereka ini generasi Etuza menjadi hambaNya yang SOLLEH dan SOLLEHAH. Memori Purple Etuza ini menggamit kenangan silam. Subahanallah. Terima kasih ya Allah yang memberikan takdir kami bersama.