Sabar Itu Iman-Blogger
Salam blogger Malaysia, Salam kepada semua pembaca maya. Malam kian beredar dan beredar hingga akhirnya ke pagi subuh hari. Masih termanggu melihat paparan blog sambil blogwalking ke blog teman maya. Semoga siap kerja sampingan menabur infor di persada maya.
Penat atau tidak seorang blogger, harus hadapi dengan tabah, tenang dan SABAR. Sabar itu satu cabang iman. Kunci untuk tenang dan akan bahagia adalah SABAR. Ya bersabar saat hadapi sesuatu keadaan yang kita rasa kurang berpuas hati.
Sabar itu iman ~Etuza~ Gambar sekadar hiasan blog .
Etuza termanggu, termenung seketika, ya melihat paparan template blog Etuza. Bukan seperti dahulu. Lain benar situasinya. Nak kata comot masih berseri, nak kata pudar masih ada warna cerah biru tersenyum seribu bahasa. Nak kata buruk tak lah juga. Untuk senang kan hati Etuza blog paparan ini sekadar biasa dan sederhana sahaja.
Bukan nak sangat lawa atau cantik blog, cantik paparan blog itu BONUS, tetapi lagi TERBAIK penuh informasi walau sekadar paparan biasa tampilan blog. Untuk itu Etuza, putuskan agar redha pada paparan template baru agak kebiruan ini.
Apapun andai Etuza menemui semula template yang mampu terima HEADER ISLAMIK Etuza, akan Etuza urus juga blog paparan blog ini agar keseriannya bertambah cahaya senang kan pembaca maya menekan punat pada skrin smart phone atau punat PC Note Book mereka.
Salam sayang jumpa lagi. Selamat malam. Moga esok bangun dengan semangat baru.
Monolog Etuza.