Sentiasa Dalam Ingatan
Bukan cucu ya Anak Buah..anak adik Etuza (gambar 2018)
Asalamualaikum & Salam Sejahtera kepada teman blogger yang menjadi keutamaanku di laman Blog Etuza. Salam hormat kepada pengklik maya dan pembaca di laman Blog Etuza. Alhamdulillah bertemu lagi pada pagi Ahad yang sungguh indah hari ini.
Rizky Mikail, Resty Rianna dan Restella (gambar 2018)
Hidup kini dikatakan kehidupan alaf baru dan ada juga dikatakan Kehidupan Norma baharu. Dimana keadaan hidup masa kini jauh sangat berbeza pada kehidupan kita yang telah berlalu. Bukti beza hari ini ialah berjalan ke mana-mana HARUS MEMAKAI PELITUP MULUT DAN HIDUNG . Tujuan menghindari dari gejala jangkitan wabak C-19. Fahamkan.

Etuza Family..(gambar 2018)
Namun keadaan hidup Norma Baharu, bukan mengubah rasa rindu, ingatan dan rasa kasih dan sayang ini kepada insan yang kita kenali, apatah lagi mereka itu sedarah sedanging kita atau dari rumpun generasi pertama kita. Diringkaskan kata ini, sebagai anak yang kita lahirkan, bila berjauhan apa yang terjadi ialah kita SENTIASA INGAT dan RINDU pada anak kita di kejauhan.
Ingatan itu sama juga kepada ANAK BUAH KITA, yakni anak yang dilahirkan oleh adik kita, anak dari kakak atau abang kandung kita. Sama sahaja. Mengingati mereka, menyayangi mereka itu dalam rumpun keluarga kita.
Tidak semua hidup ini sama kita lalui, tetapi Allah telah aturkan takdir hidup kita masing-masing. Anak itu adalah rezeki terhebat Allah kurniakan. Sungguh tidak dinafikan adanya anak menjadikan hidup sebuah pasangan bertambah bahagia dan gembira.
Cuma kadangkala berlaku keadaan rezeki seperti anak yang dilahirkan itu bukan berada disisi kita, bukan berada disamping kita. Anak berada dalam jagaam si ibu atau juga dalam jagaan si ayah. Situasi ini paling jelas apabila berlaku PERPISAHAN ATAU PENCERAIAN sepasang suami isteri. Berpisah atas kerelaan dan kehendak kedua belah pihak, mungkin bunyinya senang dan penjagaan kepada anak itu kita tahu dipihak ibu atau ayah kepada anak itu.
Bagaimana jika perpisahan dituntut oleh pihak isteri?. Pasti proses ini memakan masa di Mahkamah bukan?. Ternyata bukan mudah untuk seorang lelaki bergelar ayah mnceraikan isteri yang menuntut cerai. Perit rasanya untuk melepaskan talak itu. Cuma harus di ingat harus didengar kenapa isteri menuntut cerai. Hal ini harus di telusi dan dibicarakan di Mahkamah.
Justru terjadilah perebutan hak penjagaan anak yang menjadi mangsa cerai. Pada hemat Etuza wanita itu yang melahirkan anak, bukannya suami. Dan menang tanggungjawab lelaki melindungi wanita yakni isteri dan anak-anak. Berpisah itu amat sakit, perit sangat. Dan bayangkan apabila si ibu berpisah dengan anak dan tidak dapat bersua dengan anak-anaknya dalam masa yang amat panjang. Bertahun tidak berjumpa dengan anak, memang sangat membuat hati dan perasaan amat amat merindui anak.
Abadikan kenangan keychan kereta di rumah Ipar
Ya Allah, Etuza pohon padaMu, andai ada wanita yang bergelar IBU kepada anak-anak yang jauh dari IBU anak-anak ini, pertemukan mereka ya Allah, walaupun bukan lagi bersama dalam rumahtangga mereka. Berilah peluang dalam perancanganMu Ya Allah, dalam situasi yang mudah dan senang temukanlah ibu dan anak-anak nya yang ibu itu lahirkan. Ya Allah sesungguhnya Engkau maha mendengar dan memahami doa ibu yang berjauhan dengan anak-anaknya, dengarkan dan sebaik-baik perancangan adalah PERANCANGANMU Ya Allah. Aamin ya rabbal alamin.