Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Ikhlaskan Memberi Kepada Yang Memerlukan

$
0
0

 Ikhlaskan Memberi Kepada Yang Memerlukan 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Kepada sesiapa yang mengalami banjir di mana-mana Di Malaysia baru-baru ini, addmin ucapkan agar bersabar saat ini, masih dalam keadaan memulihkan keadaan kepada suasana rumah yang bersih dan selamat didiami semula.

Banjir yang mengejutkan, hingga meneggelamkan banyak rumah, ramai naik atas bumbung rumah dan berjam-jam di atas bumbung rumah baru diselamatkan. memang rasa simpati yang mendalam, kasihan dan amat terasa betapa berat ujian ketika alami banjir tersebut di Shah Alam dan di Kuala Lumpur. Keadaan banjir besar juga pernah berlaku di Malaysia pada tahun 2014. Dan sekali lagi hujung tahun 2021 berlaku lagi di Malaysia hingga banyak rumah ranap, kereta di sana sini tenggelam dan alami kerosakan harta benda.

Addmin menyeru agar hulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Tidak dapat dengan tenaga tetapi kita masih dapat salurkan bantuan dengan membuat derma kewangan menerusi akaun bank di dalam gambar yang addmin sertakan dalam blog ini. Ikhlaskan memberi kepada yang memerlukan,jom menderma dengan kadar yang kita mampu.

Selamat menderma dengan ikhlas hati anda



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1301

Trending Articles