Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Akhirnya setelah 10 minggu membuat persembahan peserta atau artis hebat Gegar Vaganza Ke 8 2021 telah memartabatkan artis Alif Aziz sebagai JUARA menerusi penjurian juri terkenal seperti Datuk Ramli MS, Hetty Konsindang (Bonda) Datuk Sysfinaz Selamat dan Zul Fizo pada malam ini 23/1/2022.Syabas Alif Aziz.
Sebagai penonoton sejak awal, seakan dapat dijangka artis Alif Aziz bakal JUARA GV 8 2021. Artis lain yang cukup hebat bersaing seperti Nikki Palikat dari Sabah, Adibah Nor,Suki Low,Azan,Awiera dan artis lain juga cukup memberi saingan pada minggu -minggu berikutnya.Hingga ada saat ketika gelombang pertasi artis ini kadang naik turun mengikut persembahan mereka. Bakat Alif Aziz memang tidak dinafikan amat terserlah menerusi program realiti GV ini.
Tentang Alif Aziz, saya memang meminati Alif Aziz, melihat wibawa dia sangat berubah. Nampak sangat ikhlas dan jujur dalam membuat persembahan dan terbuka menerima kritikan hangat dari juri.
Sebagai peminat Alif Aziz, tahnia dan teruskan usaha berseni suara, syukuri nikmat dan anugerah malam ini. 100k itu cuma sedikit berbanding Alif Aziz mensyukuri nikmat bakat menghargai bakat yang Allah anugerahkan, justeru sentiasalah memuji Allah mengaggungkan Allah .Gunakan kemenangan untuk mara dan teruskan hubungan yang terbaik dengan Allah. Mohon tidak terpedaya pada anasir yang merosakkan keimanan dan agama, dan sentiasa melangkah walau di mana dengan sentiasa memohon rahmat kasih sayang Allah.
1 Malaysia bangga dengan Alif Aziz juga 1 Malaysia bangga dengan semua artis GV8. Sebagai peminat kami akan mengikuti perkembangan artis GV 8.Tahnia dan teruskan berseni anda.