Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1323

Gaji Pokok Pekerja Pastikan Hak Anda

$
0
0
 Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Gaji Pokok Pekerja Pastikan Hak Anda
Gaji Minimum Kebangsaan telah berkuat kuasa untuk kebaikan semua!
gambar di copy dari portal gaji minimum
Dasar gaji minimum telah meningkatkan gaji pokok semua pekerja ke kadar minimum sebanyak RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini bermakna sebagai seorang pekerja di Malaysia, anda berhak untuk mendapat gaji pokok minimum.
Dalam kajian yang dilakukan admin blog Etuza, mendapati telah dikuatkuasakan arahan menerusi Portal gaji Minimum pekerja di Sabah telah ditetapkan sebanyak RM800 dan di Semenanjung bermula gaji pokok RM 900. Kepada pekerja walau di bidang apapun sekalipin anda sebagai pekerja angkat barang di stor sebuah supermakert atau di kedai kecil andai anda bekerja di tempat tersebut pastikan hak anda gaji minimum ialah RM800 atau RM900 mengikut tempat anda berada. Semoga anda tidak dijadikan pekerja yang ditipu dengan gaji yang tidak sama dengan tetapan gaji sebenar. Jika ini berlaku anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa. 

Seperkara lagi yang harus pekerja tahu ialah potongan dari KWSP. Anda harus tahu berapa yang telah disalurkan oleh majikan atas nama daftar anda di KWSP. Pekerja harus tahu kerana ini adalah hak anda yang sangat penting. Diharapkan majikan tidak curi tulang pekerja kerana tindakan sebegitu amat ditegah, pastikan majikan membayar upah kepada pekerja mengikut tarikh perjanjian majikan dan pekerja untuk menerima upah atau gaji anda.
Penundaan telah diberikan kepada ahli-ahli organisasi tertentu dan syarikat individu seperti yang ditetapkan olehPerintah Gaji Minimum (Pindaan) 2012Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2013Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.2) 2013 dan Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.3) 2013. Perintah Gaji Minimum 2012 adalah tidak terpakai kepada perantis dan pekhidmat domestik (cth., pembantu rumah, tukang kebun, pemandu peribadi) seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]. Sumber dari Portal gaji Minimum 
Gaji Pokok Pekerja Pastikan Hak Anda.Lihat Jadual
KADAR GAJI MINIMUM
KAWASANBulananMengikut JamHarian
(Seperti di dalam Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012)
Bilangan hari kerja setiap minggu
654
Semenanjung MalaysiaRM900RM4.33RM34.62RM41.54RM51.92
Sabah, Sarawak dan LabuanRM800RM3.85RM30.77RM36.92RM46.15
Dasar Gaji Minimum juga meliputi pekerja yang dibayar secara upah ikut kerja, tan, trip perjalanan atau komisyen. Majikan adalah dikehendaki untuk menambah gaji pekerja-pekerja ini sekiranya pendapatan mereka tidak mencapai RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.Sila klikSINIrujukan bersama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1323