Asalamualaikum 1 Malaysia
Puisi Etuza "Doakan Mereka"
KLIK Sini ( Astro Awani ) sedih..
Berbagai fenomena yang berlaku..
Di mana juga di Malaysia Tercinta..
Ada yang pergi menghadap ilahi..
Pergi buat selamanya tinggalkan Duniawi..
Sedang kita belum relakan kepergian itu...
Teman ku saudaraku sahabat Islam ku..
Marilah leraikan tangisan dan air mata..
Lemparkan kesedihan mu...dengan ikhlas dan redha..
Bukan bermakna kita menghukum diri..
Menghukum mereka yang telah pergi..
Tetapi itu tugasan wajib kita..
Iaitu selalu memberi kan doa ikhlas buat yang telah pergi..
Doakan doakan dan doakan..
Pasti akan tenang jiwa ragamu..
Sapu lah air mata mu teman, saudaraku sahabat Islamku..
Ingati lah apa yang bakal kita lalui..
Apa yang harus kita lakukan..
Seketika masih bernyawa...
Buatlah sebanyak mana amalan baik sedayamu..
Pasti semua menjadi bekal ke akhirat..
Berpesan lah dan pesan kan diri..
Ingat kan diri...bahawa kita juga akan pergi..
Sebab kematian itu teramat dekat dengan diri kita semua..
Semoga puisi ini sedikit memberi ruang..
Anda berfikir sejenak bersama ku...
Puisi Etuza Buat Malaysia