Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1343

Wajah Gembira Hari Ini Di Blog Etuza

$
0
0
Wajah Gembira Hari Ini Di Blog Etuza

Asalamualaikum Semua Yang Etuza Hormati .
Wajah Ceria Pengantin Baru
Erma dan suami ..tahniah kepada mereka ini.
Perkahwinan pada 12 hb Disember 2015


Pantun Cinta & kasih Sayang

Pengantin bersanding dua sejoli..
Saling memandang senyuman terukir..
Ramai datang saudara dan saudari..
Memberi ucapan selamat berbahagia cinta kan mekar.
Hari ini 14 hb Disember 2015, sejarah dalam dunia pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan peperiksaan PT3 di seluruh negara hari ini.

Sewal jam 9.30 pagi Etuza, isteri Etuza dan anakanda Afif bergerak ke SMK Agama, Kenngau. Tujuan ialah untuk bersama Afif datang di sekolah untuk mendapatkan slip keputusan PT 3 2015. 

Nampaknya anakanda Afif kena terima keputusan PT3 dia dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Alhamdulilah tidak lah mengecewakan hanya sekadar bersyukur atas 11 subjek mata pelajaran lulus semuanya.Etuza selaku ayah kepada anakanda Afif memeluk Afif dan bersyukur kepada Allah. kewajiban bersyukur sangat penting. Keputusan PT3 anakanda Afif setakat berpuas hati kerana lulus 11 mata pelajaran.Yang membanggakan Etuza Afif dapat kredit pelajaran KILLER dalam aliran sekolah agama iaitu Bahasa Arab.

Rekod Terbaik Keputusan PT3 di SMK Agama ialah anak kepada Timbalan Pegawai  PPD Keningau dengan pencapaian terbaik 11 A. Seorang lagi anak kepada Penyelia Linus Di PPD ialah anak perempuan Haji Kamilin dengan pencapaian 10 A 1 B. Tahniah kepada mereka semua. Wajah ceria. Bagaimana pun terdapat di laman sosial menyatakan peratus keputusan PT3 2015 agak menurun. Sekian dahulu entri baru Wajah Gembira hari ini di laman Etuza.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1343

Latest Images

Trending Articles