Comelnya Dia
![]() |
Anak buah Etuza Syirah menari di pentas..comelnya.. semua gelak tengok Syirah comel.. |
![]() |
Ha tu dengan Pakcik Syirah tidak takut..comelnya Syirah ni.. |
![]() |
Semuanya comel..Resty, Via, Syifah dan Rianie...Comelny diorang ini... |
Asalamualaikum dan salam sehati sejiwa.
Inilah gambar-gambar beberapa anak buah Etuza. Semuanya comel, ada yang baru dua tahun, tiga tahun, empat tahun , lima tahun dan tujuh tahun. Mereka sama-sama ke Hotel Juta Keningau pada hari pertemuan keluarga. Dan sempat ke rumah Etuza bersama-sama dalam majlis doa selamat baru-baru ini.
Dahulu, adik -adik Etuza yang menjaga dukung anak-anak Etuza, kini Etuza pula yang buat macam itu. Semuanya comel, putih gebu ceria. Melihat anak-anak buah Etuza rasa damai melihat mereka, sebab kelihatan mereka anak-anak yang miliki hati yang putih bak kain putih yang belum ada titik hitam mencalit. Semoga adik-adik Etuza menjaga permata hati mereka dengan sebaiknya dan menjadikan anak-anak mereka anak yang solleh dan solehah..
Baiklah mari tengok anak Etuza yang ke 6 semasa kecil dia. Comel tak!Selamat bercuti hari ini hari selasa 15hb Disember 2015.
![]() |
Ibnu Mustaqim...rindunya ....kenangan yang abadi kini sudah berumur 13 tahun... |