Usah Bersedih, Zikir Harian,Muhasabah Diri,Cinta Abadi, Maafkan Semua Orang
![]() |
Imej dapat dari watsup..hari2 dapat gambar... |
Asalamualaikum semuanya.
Sebenarnya kita kaya dengan ilmu, kaya idea dan kaya bahan bacaan di alam legar maya udara. Kenapa kita katakan kita kaya ilmu kaya idea. Mudah sahaja iaitu:-
1. Hari-hari dapat ilmu di whatsupp - ambil lah yang baik- baik. Gambar yang tak molek jadikan sempadan, ambil iktibar. Cari muhasabah diri apabila ada kata motivasi dalam group whatsupp.
2. Klik ke blog teman-teman maya - Baca dan fahami mesej entri teman maya. Usah lah serius sangat hingga cari kelemahan entri di laman teman maya. Kita semua ada blog bebas hendak letak apa sahaja. Buat entri orignal anda. Meniru entri yang baik masih boleh tetapi olah sebaik daya usaha anda.
3. Kita ada telegram - Lambakan imej begitu banyak. Klik saja mana satu ,pilih kata-kata hikmah, dakwah dan sebagainya . Anda boleh lakukannya.
4. Pengalaman masa lalu melalui pelancongan ( travel ) ke mana-mana. begitu banyak bayangan ilmu lalu mencurah lah idea dari khazana pemikiran kita.
Zahirkan yang baik, baiklah penerimaan, usah sekali mencari kelemahan orang lain. Tetapi kita perbaiki dan memperbaiki apa juga kelemahan yang kita ada. Sesungguhnya kita tidak pernah akan sempurna. Pasti ada kesilapan dalam kehidupan kita. Selalu berfikiran positif pasti membawa cara berfikir semurni - murninya. Amalkan nilai moral yang tinggi. Pasti bahagia kehidupan kita.
Koleksi Banner Karya Cipta - Etuza- Kita ambil hikmah disebalik banner ini.Jemput Zikir bersama.