Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all 1322 articles
Browse latest View live

Kami Juara Tahun 2017

$
0
0
Kami Juara Tahun 2017

Tahun lalu hanya mendapat tempat ketiga terbaik pertandingan perbarisan sempena MSS peringkat sekolah. Johan telah disandang oleh Rumah Sukan Biru pada tahun 2016. Lain pula cerita tahun 2017, pertandingan lintas hormat atau acara perbarisan telah di juarai oleh Rumah Sukan Merah. Gembiranya peserta perbarisan Rumah Sukan Merah kerana menjadi JOHAN kali ini dengan mendapat hamper besar dan sijil penyertaan. Syabas dan tahniah kepada pasukan Rumah Sukan Merah. Tempat kedua Rumah Sukan Biru, Ketiga Rumah Sukan Hijau dan Keempat Rumah Sukan Kuning.

Maka  acara perbarisan berlangsung Etuza tidak berada di lokasi kerana ada urusan yang perlu diselesaikan pada masa itu. Sebab itu hanya ini sahaja gambar yang sempat Etuza abadikan. Gambar candid di mana murid kelihatan seperti tidak bersedia digambar.

Kepada guru-guru pasukan Rumah Merah, untuk wakil perbarisan ke MSSS Zon 2017 pasti akan ada tenaga baru berkolaborasi melatih peserta perbarisan nanti seperti  tahun lalu. Oleh itu bersama kita menggalas tugas dan tanggungjawab ini. Sebagai infor tambahan kejuaraan Rumah Sukan Merah dalam pertandingan perbarisan Maskot ( Amril Rian ) Komandan ( Kenny Faisal ) Pemegang papan tanda ( Haikal & Hazeqah ) Pemegang Jalur Gemilang ( Haire Hezri ) Pemegang bendera pasukan merah ( Suhaimi Ghani ) Baiklah mari kita tengok gambar-ganbar kenangan Rumah Sukan Merah pada 25hb Mei 2017.

Barisan Peserta dan Guru Penasihat Rumah Merah
Motto : Rumah Merah Pasti Juara

Pasukan Rumah Merah bersama 7 guru penasihat

Peserta Rumah Sukan Merah Ketika Di Kem Rumah Merah 2017

Ini dia mascot Rumah Merah..

Sesi mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Athur Joseph Kurup

Papan Tanda Rumah Merah simple saja
KAMI JUARA PERBARISAN M,SS 2017


Sedih Melihat Total Yang Ada

$
0
0
Sedih Melihat Total Yang Ada

Dahulu awal pembabitan dalam dunia blog, sering Etuza membaca begitu ramai blogger yang mendapat limpahan rezeki dalam penulisan blog. Sebagai contoh Blogger yang begitu terbuka menyatakan pengalaman hingga mendapat ribuan rezeki dalam sebulan hanya menggunakan penulisan blog ialah Blogger terkenal Malaysia Hasrul Hasan. Kenal kan.

Masa itu Etuza tidak ambil kisah sangat hal-hal rezeki dalam blog. Tetapi apabila sering kali mendapat informasi dan apatah lagi terjumpa blogger dari Keningau Sabah iaitu Cikgu Ain yang menyatakan beberapa kali mendapat cek dari Syarikat Nuffnang maka Etuza tertarik dan meminta Cg. Ain ajarkan sedikit cara mendaftar iklan Nuffnang. Selain Cg. Ain ada juga menghubungi blogger Malaysia iaitu Blogger UMI ALIYA ( Maaf jika salah ejaan) di mana Etuza meminta tutorial daftar Nuffnang. Akhirnya berjaya dan ternyata syarikat ini benar-benar telah mengirimkan cek menghargai Iklan Nuffnang dalam blog Etuza ini.

Tetapi hari ini 28hb Mei 2017, Etuza klik akaun Nuffnang Etuza, ternyata amat menyedihkan. Sesuai lah keadaan itu kerana Etuza blogger pinggiran yang sememangnya tidak seaktif blogger lain. Hanya ini sahaja yang Etuza akui benar-benar memberi sedikit kewangan menerusi iklan Nuffnang dalam blog. Etuza tidak daftar adsen untuk wangkan blog. Keyakinan belum ada tidak sekuat seperti blogger lain.

SEDIH MELIHAT TOTAL YANG ADA. Nampak sangat siput kan. Kepada anda yang tahu hal Nuffnang. boleh lah kita sama-sama klik Nuffnang di blog kita ya. Etuza juga akan klik Nuffnang dalam blog anda. ' BULAN RAMADHAN BULAN YANG MULIA, SAMA-SAMA KITA MENGKLIK NUFFNANG DALAM BLOG" Klik anda akan keluar di akaun blog Etuza, dan pastinya Etuza akan klik Nuffnang anda juga. Situasi sebegitu kata orang WIN-WIN SITUATION. 

Belanja anda satu gambar..Klik Nuffnang ya..
ha lebih kurang begitulah kata2 imej di gambar ini.
Terima kasih.

Komuniti Sabahan Bloggers

$
0
0
 Komuniti Sabahan Bloggers

Asalamualaikum semua warga alam maya.

Hari ini tertunai niat hendak join atau daftar diri sebagai salah seorang rakan bloggers Sabahan.Sudah nampak informasi dan promot tentang Komuniti Sabahan Bloggers ini tetapi kadangkala kekurangan masa agar dapat daftarkan diri.

Baiklah tanpa membuang masa Etuza letak url laman yang menghimpunkan beberapa bloggers Sabahan yang aktif setakat ini. KlikSINI untuk lebih jelas tentang Komuniti Sabahan Bloggers. Kita harapkan akan berjaya team ini Bloggers Sabahan hingga bila-bila, kerana kita pasti dan yakin ada kebaikan Komuniti Bloggers Sabah ini ditubuhkan. Setidak-tidaknya ada penggiat seni blog dari Sabah seiring dengan komuniti bloggers dari seberang sana atau di luar negara.

Ucapan Etuza " Terima kasih atas kesempatan menyertai Komuniti Sabahan Bloggers ini, logo sangat sesuai dan Etuza suka logo itu Sabahan Bloggers. Kepada saudara bloggers Sabahan teruskan berkarya dengan ikhlas dan berhati-hati ,agar infor tidak berbaur meroskkan keharmonian masyarakat majmuk di Sabah atau di Malaysia. Kita jaga maruah blog kita dan sentiasa menyumbang informasi yang diperlukan oleh ramai masyarakat di luar sana. " Komuniti Sabahan Bloghgers Etuza datang mendaftarkan diri hari ini. Terima kasih. Follow blog Etuza dan jadilah rakan blogger yang baik. InshaAllah.
Selain dari URL yang Etuza linkkan ada juga alamat url laman lain yang ada dalam senarai Sabahan Bloggers setakat ini ada seramai 25 bloggers Sabah termasuk Etuza.Selamat membaca dan melayari internet hari ini. Sebelum undur diri tunaikan solat wajib, apa lagi di bulan puasa Ramadhan 2017.

Updated Sabahan Bloggers ( Di Bawah Bayu Kami Bersatu )

$
0
0
Updated Sabahan Bloggers ( Di Bawah Bayu Kami Bersatu )

KlikSINI dah update team Komuniti Sabahan Bloggers.

Perkenalkan diri Etuza salah seorang blogger pinggiran dari Sabah Bawah Bayu. Ramai yang telah kenal Etuza menerusi paparan Blog Pesona Etuza Warna- Warna Kehidupan yang sedang terpapar di depan anda ketika ini. Berasal dari Tambunan, Sabah tetapi kini sudah menatap di Keningau, Sabah dan telah berkeluarga. Kerjaya sebagai seorang kakitangan mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Daerah Keningau, Sabah. 

Sejujurnya Etuza ketika mulai pembabitan dalam Dunia Seni Blog, Etuza begitu teruja sangat tertarik melihat paparan artikal dan berbagai gambar kenangan dalam blog. Blog satu wadah atau satu item dimana anda akan dapat menyimpan berbagai cerita dalam hidup anda. Apa sahaja dikongsikan yang penting tidak meletakkan baur memecah belahkan keharmonian dalam bernegara khasnya di Malaysia negara kita yang berdaulat.

 Gambar Profile Blog Etuza ( Gambar 2005 ) 
Di awal pembabitan pada Ogos 1998 dalam berblog, Etuza begitu tercari-cari peserta blogger dari Sabah dan blogger dari Keningau sendiri. Hummm! nampaknya hanya beberapa sahaja yang Etuza kenali seperti Blogger Ain, Blogger pemilik All About Love ( Blogger ini ada Etuza jumpa di Daerah Ranau) serta blogger Carl Patrik dari Daerah Sook,Keningau. Bloggers lain yang Etuza kenali adalah blogger dari tanah seberang. Mereka semuanya baik-baik belaka, suka membantu dan amat peramah seperti Blogger UMI, Blogger Kamsiah, Blogger Warisan Petani, Blogger ALIMAZ dan ramai lagi blogger yang cukup terbaik.

Apabila begitu lama mencari dan ingin mengenali blogger Sabahan tetapi tidak juga berkembang maka Etuza buat satu segmen pencarian bloglist Sabahan. Hum!! tidak juga ramai yang muncul. Risau juga Etuza kerana di mana kah orang bijak pandai di Sabah. Apapun mereka yang bijak pandai itu sebenarnya ada di Sabah, ramai sekali tetapi mereka ambil langkah tidak bergiat dalam dunia blog.

 Gambar 2005 juga abadikan buat anda rakan blogger Sabah.
Bestnya ramai blogger Sabah kini Etuza mulai kenali.

2017 bulan Mei ketika ini, rupanya hasrat Etuza ingin mengenali Sabahan Bloggers tidak berkubur lagi, tetapi terurai semula apabila membaca paparan blog dan komen Blogger Asha Lee dari Sabah. Katanya Etuza tak nak ke join Komuniti Sabahan Bloggers?. Siapa tak nak dek...kena join. Dan pada hari ini sahlah Etuza daftar dalam team Komuniti Sabahan Bloggers. Mana tahu banyak hikmah mengeratkan siraturahim sesama bloggers yang dala kepala ada sahaja entri atau ilmu yang ingin dikongsikan kepadapa masyarakat di luar sana. Kita harap dalam penulisan di blog ada ilmu lah ya. 

Logo Blogger Sabah.Ini Etuza buat
khas untuk semua tatapan keluarga dan sesiapa sahaja.
Muka pun sebiji orang Sabahan kan..hehehe
Sebagai seorang penggiat blog, marilah bersama meneruskan kerjaya sampingan ini. Ada bloggers yang mendapat income banyak menerusi blog dia, apabila bloggers tersebut wangkan blog menggunakan khidmat ADSEN. Bagi kita yang kurang mahir dalam hal tersebut tidak apa, pasti ada kebaikan blog kita, asal tidak lari dari landasan undang-undang cyber. Teruskan berblog.InshaAllah. Baiklah lihat gambar lain di bawah ini. 


Bangga sekali menjadi orang Sabah. Di Bawah Bayu Kita Bersatu.

Terima kasih kepada Blogger yang mengilhamkan Komuniti Sabahan Bloggers. Lega nampak logo yang unik itu serta gembira dapat ramai kawan blogger dari Sabah. Syukur sekali.

Gambar kenangan ketika di Osaka Jepun 2014 Sempat borak dengan
pemuda Jepang di depan Etuza. Malaysia duduk semeja dengan orang Jepun.

Satu kelebihan dunia blog ialah kita dapat mencatat atau menceritakan banyak perkara. Asal tidak terlalu berjela maka cantiklah paparan di blog anda. Berbanding FB yang lebih kepada gambar-gambar dan catatan sedikit. Apapun kedua-dua laluan sosial maya ini ada kelebihan masing-masing. Jujur Etuza katakan lebih gemar menulius di blog.


Gambar 2015. Hello jangan malu-malu ..bagi lah komen
di blog Etuza. Boleh juga panggil saya Uncle Etuza.
Tidak apa memang sesuai panggilan ini  bagi bloggers yang muda belia.
Blogger Otai yang seumur call me Etuza ja ya.

Baiklah sebelum undur diri seketika Etuza meminta sesuatu dari team Komuniti Sabahan Bloggers. Iaitu FOLLOW ruang Followers di blog Etuza dan Follow juga Google Plus juga dalam blog ini. Dari masa ke semasa Etuza ada waktu akan FOLLOW blog kawan-kawan dari Sabah.Kedua sudilah komen tiap entri Etuza. Sepatah pun jika itu yang ikhlas dah terbaik bagi Etuza.Terima kasih.

Salam Hormat.

Kembara Bisra UPSR 2017

$
0
0
Kembara Bisra UPSR 2017

Kembara BISRA UPSR peringkat sekolah dan Zon Pegalan Keningau berlangsung selama sehari pada 20 April 2017 yang lalu. Program ini dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Keningau dan dijalankan di semua zon berdasarkan takwim  setiap zon.

Program ini mensasarkan setiap sekolah di Zon Pegalan harus bersedia sedari awal menerima kehadiran rombongan yang terdiri dari  sepuluh Guru Besar, semua Penolong Kanan 1 di setiap  sekolah di Zon Pegalan. Mereka akan bergerak serentak ke setiap sekolah dengan susunan program seperti di mulakan dengan doa. motivasi, ucapan Pengerusi Program, Ikrar UPSR oleh calon UPSR dan akhir sekali tandatangan calon UPSR 2017 serta acara bergambar.

Menyambut Kehadiran Semua Rombongan
Kembara Bisra UPSR 2017
Ucapan berbentuk motivasi UPSR 2017 telah di sampaikan oleh Puan Nurbaya merupakan Guru Besar di SK.Pekan 2 Keningau. Ucapan berbentuk motivasi dan penyuntik semangat tekun belajar dan berdikari telah disampaikan. Semoga semua calon UPSR 2017 di sekolah Etuza dapat memahami mesej dalam ucapan tersebut.

Guru Besar Sekolah Etuza tersenyum
bangga dengan persediaan warga sekolah menyambut rombongan
Kembara BISRA UPSR 2017

Aku janji atau ikrar telah diketuai oleh ketua murid iaitu Adik Juyen Juani. Doa pula telah disampaikan oleh Ustaz Azhan Bin Salleh ( Guru Pelatih dari IPGM Kampus Keningau). Barisan guru tahun enam 2017 juga duduk bersama yang terdiri dari En. Dominic Gasan ( BM ) Pn. Juina Unggi ( BM ) Pn. Noratiqah Abdullah ( Matematik ) Pn. Suzana Abas ( Matematik ) Cik. Aloisia Cristianus ( BI ) Pn. Jenny Leong ( BI ) Pn. Mariah Gudiman ( Sains ) dan Ustaz Norisam Othman ( PAI ) Syabas kepada semua pengendali program peringkat sekolah.

Ikral Aku Janji UPSR calon UPSR sekolah 2017

Upacara Tandatangan Calon UPSR 2017 SK.Penagatan, Keningau.
Cikgu Dominic Gasan sedang memerhati 

Semua rombongan duduk di atas pentas Dewan Terbuka
SK.Penagatan, Keningau.

Oleh-oleh yang luar biasa
Ucapan Terima Kasih

Menghulur salam tanda menghargai tetamu yang diundang.
Kehadiran mereka amat bermakna.

Acara bergambar bersama calon UPSR 2017 dan semua rombongan Kembara Bisra

Peperiksaan UPSR 2017 lebih menekankan kemahiran KBAT pelajar dalam menjawab soalan dalam 6 mata pelajaran. Berdasarkan KSSR maka cabaran baru kepada calon UPSR lagi mencabar apabila markah pencapaian murid dalam KOKURIKULUM diambil kira dalam menentukan kecemerlangan murid.Selain itu 6 mata pelajaran akan menentukan keputusan UPSR murid iaitu Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman, Matematik Kertas1& 2, Bahasa Inggeris Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Kertas Sains 1 & 2. Calon UPSR 2017 harus berjuang sebaik-baiknya kerana keputusan UPSR juga akan menentukan sekolah pilihan murid, di mana pelajar yang cemerlang UPSR akan ditempatkan di sekolah menengah yang terbaik nanti seperti di Sekolah Menengah Sains atau di Sekolah Berasrama Penuh di Negeri sendiri mahupun ke  Negeri lain sebagai usaha pendidikan menerapkan integrasi perpaduan kaum sejak di sekolah lagi. Etuza mendoakan semoga calon UPSR sekolah Etuza mendapat kejayaan terbaik nanti setelah keputusan UPSR diumumkan pada November 2017.



Orang Terengganu Di Desa Dairy Farm Kundasang, Ranau

$
0
0
Orang Terengganu Di Desa Dairy Farm Kundasang, Ranau

Kesempatan datang di Desa Dairy Farm Kundasang, Ranau, Sabah pasti kita banyak kali rakam gambar untuk kenangan kita. Rugi tidak ambil gambar kenangan kerana bukan selalu berkunjung ke tempat menarik. Jika ada masa senggang boleh lah imbas kenangan sejarah yang mampu juga menjadikan kita ceria dan tersenyum.

Ketika di Dairy Farm Ranau tempoh hari ada juga beberapa gambar Etuza di folder dalam komputer Etuza. Jadi album kenangan untuk tatapan seisi keluarga. Nampak lah beberapa kenangan yang terasa hendak kongsi dengan anda. Manalah tahu anda akan tertarik ke Sabah ya.Terlebih - lebih lagi masa sekolah cuti  dua minggu yang sudah bermula mingggu ini.

Sesak juga tau menuju ke Desa Dairy Farm ini. Tengok saja keadaan 
dalam gambar.

Nampak ada seorang mamat duduk 
agak lama lah dia duduk menung ke perdu pagar tu..

 Perbualan antara Etuza dan Mamat yang duduk termenung seorang atas pagar 

Etuza : Hello! tak masuk seklai ke dalam Desa Dairy Farm ?
Mamat : Tidak apa, saya duduk saja nak lihat pemandangan, lagi pun agak sejuk saja di sini.
Etuza: Selalu ke ke sini ?
Mamat : Ada selalu juga, sebab saya tinggal di sekitar sini saja. Saja ambil angin tengok pemandangan sini.
Etuza : Oh..begitu. Ok ..boleh tak ambil gambar kami  depan pintu gerbang Desa Dairy Farm.
Mamat : ( hanya anggukkan kepala )
Etuza: Terima kasih ya. Kami beredar dahulu, lagipun dah tak sesak.

Itulah sedikit kata bual Etuza dengan Mamat ini. Etuza merasa pelik juga seketika, kenapa begitu jauh renungannya itu. Terserah lah janji kita baik dengan semua orang. Lagi pun tidak salah bertegur sapa bukan menganggupun. Ada juga Etuza di tegur mama dan anak gadis Etuza, tentang perbuatan Etuza ganggu Mamat yang sedang duduk termenung seorang itu. Elok saja...hehehe..

Full Parking lah pula..kena parking di atas.
Kemudian jalan kaki ke bawah menuju ke bangunan..

Batu di ukir seolah-olah seekor lembu jenis New Zealand

Bila parking full, semua pelawat hari ini petang hari itu kena lah berjalan secara perlahan-lahan menuruni anak bukit menuju ke bangunan atau ke dataran berdekatan pintu masuk ke ladang lembu di Desa Dairy Farm.Alamak agak penat lah, tetapi inilah kesempatan meninjau sekitar Desa ini dan mengambil beberapa gambar. Tengok saja beberapa gambar yang terzahir dalam wall blog Etuza ini. Mohon maaf Etuza bukan jurugambar terbaik, gambar biasa sahaja.

Ha tengok bangunan nun di sana..ramainya orang
Pelbagai suku bangsa. Orang Terengganu pun ada kami jumpa.

 Etuza perhatikan pelawat ke sini punyalah ramai. Ada dari luar negara Mat Salleh pun ramai ke sini. Orang seberang di Tanah Semenanjung, dari pelusuk Sabah juga ada Etuza lihat. Orang Cina, India dan Orang Melayu ramainya ke sini pada masa kami ke Desa Dairy Farm. Seronok kan.


Tengok dataran terbuka..pengumuman sedang berkumandang
masa ini. Ada peluang minum susu segar ..elok kan ke sini menjadi sihat.

Ha anak beranak ke sini tengok lembu-lembu berbagai corak menarik.
Di dominasi oleh lembu bercorak Putih Hitam..ala-ala di New Zealand

Ha tengok tul2 dua orang Ganu ni ( Orang Terangganu )

Tengok lah betapa beraninya Etuza ini. Niat ikhlas tegur menegur kan amalan yang baik. Tidak menegur kita tidak tahu demo orang mana kan. Ha dua orang itu dari Terengganu. Mereka baik dan senyum ja dengan Etuza. Etuza lalu datang mendekati dan bersalaman. Ha apa lagi ambil gambar sekalian. Mereka ini satu bas sebenarnya ke sini. Tetapi kaum karabat mereka yang perempuan dan anak-anak mereka ke satu tempat. Dua orang ini ambil kesempatan melihat lembu-lembu yang tidak ada perasaan itu. Sebab kami datang lembu-lembu tu tak tengokpun kami. Langsung lah tak ada perasaan. Hehehe..


Ini ruangan dataran, pelawat boleh masuk ke dalam dewan tersebut.
Boleh beli pelbagai bentuk hadiah kepada keluarga atau
beli susu segar barang sebotol atau aktiviti berehat dibolehkan.

 Menariknya di ruangan dataran ini, akan ada masa tertentu pelawat disajikan dengan susu segar orignal fresh susu segar lembu di sini. Bestnya kan..ha anda apa lagi datanglah ke sini.


Nampak tak SUSU SEGAR TANAH TINGGI..
hummm!! segar sekali lah sebab dahaga juga jalan jauh2 

Abadikan gambar ala-ala candid Selfi dari anak gadis Etuza.
Orang muda ni biasa kreatif nak ambil gambar. Etuza main klik ja
asal ada imej dah cukup.

Selamat melawat ke Sabah. Asalamualaikum.


Dapatan Etuza Antara Hikmah Bulan Ramadhan

$
0
0
Hikmah  Bulan Ramadhan

Kuih Tradisional Yang Tetap Menjadi Kegemaran Masyarakat
Hingga Ke Saat Ini.Sesuai dijadiakn juadah berbuka.

Sudah masuk hari ke lima kita umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ( 2017 ) yang mulia. Bulan Ramadhan meletakkan seluruh umat Islam sedunia menunaikan puasa WAJIB ini setiap tahun. Dan bulan Ramadhan sesungguhnya bulan rahmat yang sangat dinantikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Hikmah Di Bulan Ramadhan 

Sebagai hamba Allah yang lemah dan tidak sempurna Etuza memohon maaf sekiranya catatan khas tentang Hikmah Di Bulan Ramadhan menurut sudut pandang minda saya bercanggah dengan pendapat anda dan sesiapa yang membaca entri Etuza ini. Etuza hanya menyatakan apa yang terlintas di minda apa yang Etuza rasai dan apa yang Etuza nampak apabila kita berpuasa di bulan Ramadhan pada setiap tahun. Sesungguhnya ibadah puasa memiliki banyak keutamaan, dan diantara keutamaan tersebut adalah sebahagian besar manfaat serta hikmahnya merupakan untuk diri kita sendiri.

Cara juadah dihidangkan di hotel terkemuka
Jika makanan ini di makan hanya berdua pasti pembaziran akan berlaku.


Hikmah yang paling jelas sekali ialah amalan berjimat cermat.

Kenapa hikmah amalan berjimat cermat di bulan Ramadhan ini terserlah. Sesuai dengan konsep agama Islam yang menyeru umat Islam mengamalkan amalan berjimat cermat maka di bulan Ramadhan ini lah tempat kita tanamkan dan azamkan sungguh-sungguh agar berjimat berbelanja ketika di bulan Ramadhan yang hanya sebulan sahaja kita nikmati dalam setahun. Amalan berjimat cermat itu jelas dalam beberapa perkara iaitu :-

1. Kurangkan membeli makanan dari seperti cara membeli makanan ketika bukan bulan Ramadhan.
* Beli makanan yang sesuai untuk berbuka puasa, yakni setakat kuih, kurma dan sayur-sayuran. Elakkan berlebihan kerana kita risau jika berlaku pembaziran kita juga yang merasakan nikmat berkat makanan itu kurang.

2. Memasak makanan sediri sebagai juadah berbuka bersama seisi keluarga.
* Tukar kebiasaan yang kita sekeluarga selalu membeli makanan tersedia di mana-mana supermaket atau di pasar raya. Jika ada bahan mentah di rumah masaklah sedanya kerana cara ini akan menjadikan kita telah mengamalkan sikap berjimat cermat. Cukup dengan adanya beras, sayur, ikan segar dan bahan lain untuk minuman maka cukup sempurna dan besar fadilat pahala puasa kita dengan amalan berjimat cermat ini.

3. Elakkan selalu ke Bazaar Ramadhan. ( Nasihat lebih kepada Etuza sendiri)
* Amalan kurangkan perbuatan ke bazaar Ramadan dengan kerap akan mengelakkan kita dari rambang mata memilih makanan yang ada di depan mata. Nafsu dan selera memang membuak-buak ketika kita berpuasa, sebab itu kita mahu membeli apa sahaja yang kita rasa berselera.Tetapi amalan agar sekali sekala ke bazaar Ramadhan akan menjadikan dompet kita kewangan kita akan terselamat dari dibazirkan. Pengalaman selalu ke bazaar Ramadhan menjadikan perlunya berhati-hati kerana juadah yang banyak di beli sebenarnya menjadikan meja makan kita masih ada makanan-makanan tersisa yang gagal dihabiskan. 

4. Wang dijimatkan untuk tujuan lebih penting. 
* Kebiasannya umat Islam yang diperhatikan semuanya menjurus dan tertumpau keperluan duit di bulan Ramadhan hanya untuk membeli makanan juadah berbuka dan juadah persediaan menyambut Hari Raya selepas berpuasa sebulan. Pengalaman ini cukup dirasai oleh kita semua. Tetapi dengan amalan berjimat cermat di bulan Ramadhan pasti akan memberikan kita satu pengalaman baru bahawa kewangan kita selama sebulan rupanya dapat dimanfaatkan lagi dengan kegunaan lain selain hanya digunakan untuk membeli makanan sahaja. Wajar kita lebihkan baget untuk membeli kelengkapan rumah dan sebagainya. Lebih bermakna hari lebaran kita semua.

5. Amalan berjimat cermat mengajar anak-anak agar lebih memahami konsep berpuasa di bulan Ramadhan, bukan semata-mata hanya bermewah dengan lambakan makanan atau juadah di atas meja. Amalan berjimat cermat juga mampu menjadikan kesihatan kita terjaga. Ini kerana makanan yang kita jamah hanya berkisar kepada dua atau tiga jenis makanan. Tidak seperti selalu yang ada bermacam jenis juadah di atas meja hidangan hinggakan ada umat Islam itu sendiri mengalami sakit perut seperti cerit berit dan sebagainya.

Kesimpulannya.

Berpuasa di bulan Ramadhan sesungguhnya banyak hikmahnya yang tersirat. terlalu banyak sekali jika panjang masa ruang waktu untuk kita perdebatkan dalam rauangan maya ini. Banyak sekali seperti hikmah berpuasa di bulan Ramdhan antaranya lagi ialah hubungan silraturahim dalam keluarga lebih erat dan akrab. Kasih sayang lebih terpupuk. Apatah lagi andai usaha kita berhadap dengan Allah dilipat gandakan pasti diri dan keluarga Allah rahmati dan dilimpahkan rezeki yang melimpah. Marilah berjimat di bulan Ramadhan dan elakkan amalan membazir setiap hari. Amalan berjimat cermat sangat di tuntut oleh agama Islam. Kerana amalan ini sangat berguna untuk kita di masa hadapan. Salam Ramadhan Alkarim.

Hargailah Wanita Suri Hati Anda

$
0
0
Hargailah Wanita Suri Hati Anda

Asalamualaikum  & Salam Sejahtera 1 Malaysia

 Hargai Wanita Suri Hati Anda

Hargailah wanita di sisi anda, kerana wanita itu sangat istemewa. Mereka memiliki sifat kelembutan yang luar biasa. Mereka penyejuk hati dan penyenang jiwa yang kusut. Wanita pada dasarnya dijadikan sebagai peneman bagi insan bernama lelaki. Dengan itu apabila anda sebagai lelaki menemukan wanita yang sesuai menjadi suri hati anda, hargailah wanita itu bertanggungjawablah ke atas wanita itu.

Bagi Etuza, wanita itu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh lelaki seperti Etuza. Tidak kisahlah wanita itu wanita yang jenis bagaimana, hakikat mereka tetap wanita yang ada di Dunia ini. Wanita itu boleh melahirkan anak, mampu menjaga ramai anak, mampu berjaga malam sebaik dikurniakan anak sebagai penambat kasih sayang dalam rumah tangga yang di bina.Sebab itu hargailah wanita suri hati anda semua.


Mama Surihati Etuza

Wanita berbaju ala-ala jubah dan bertudung peace lembut itu adalah suri hati Etuza. Bukan lakonan tetapi realiti dan hakikat yang sebenar bahawa dia lah wanita surihati yang Allah hantar menemani Etuza kala bahagia, gembira dan ketika diuji masalah. Sedikit tentang wanita surihati Etuza ini.

* Pandai memasak terutama masakan kampung. ( Biasa lah orang kampung)*Dia begitu tabah teguh dan hebat kerana 30 hari berpuasa setiap tahun di bulan Ramadhan siapkan juadah terlebih dahulu baru sedarkan ( bangunkan ) Etuza dan anak-anak bersahur.Etuza begitu terharu dengan ISTIQOMAH surihati Etuza ini. Subahanallah. Bersyukur sekali padaMu ya Allah menghantar wanita ini dalam kehidupanku.*Tidak banyak cakap, Etuza lagi banyak mebebel ( alamak pecah tembelang).Kata-katanya lembut sekali dan sangat penyayang kepada Etuza dan anak-anak.* Paling paling paling istemewa ha ( paling sampai 3 kali tu ) wanita peneman Etuza ini ialah cukup memahami hobi atau kegemaran Etuza yang lebih gemar menanam bunga dan herba di laman. Paling ringkas minat kami sama sekepala lah suka bercucuk tanam dalam berbagai jenis tanaman. Seronok bila sekepala tiada langsung masalah sebab Etuza suka mama suka  dan sayang apa yang Etuza suka.

Baiklah sebagai tanda penghargaan kepada Wanita Suri Hati Etuza ini, mari tengok beberapa gambar kenangan mama dengan anak bongsu kami Aliya dan kawan-kawannya ketika kami hadir makan malam di Hotel Perkasa Keningau, Sabah. Selamat membaca di online maya.





Tools Di Blog Etuza Sila Ikut Arahan Baru Jelas

$
0
0
Tools Di Blog Etuza Sila Ikut Arahan Baru Jelas

Selalu kecik saja Imej ini. Kali ini bagi besar 
special untuk Sabahan Bloggers dan pembaca sekalian.

Bertemu kembali di udara maya, selepas bersahur dan solat subuh on komputer dan mengelidah online maya. Pasti menjadi sajian bacaan kini ialah tentang kawan-kawan bloggers Sabahan group yang semakin menyinar di persada maya. Huuuu!!! bangga sekali rasanya amat bahagia dapat kesempatan bersama ramai Bloggers dari serata Sabah.

 Sabahan BloggersBila klik terbaru Sabahan Bloggers menerusi laman utamanya blog Etuza kini dalam senarai list. Nampak semakin bertambah ke anggka 31 bloggers yang tersenarai dan harap lagi bertambah dari masa ke semasa sebagaimana harapan penggubal pencetus Sabahan Bloggers ini iaitu Blogger Rahmad Pulak, Eca DwinkyAsha danUnni Anje. Klik ya blog mereka ini. Nampak mereka begitu berusaha dengan gigih. Dan sebagai penggiat seni blog dan blogger Sabah pastilah Etuza menyokong sepenuhnya usaha mereka ini. Kita niatkan untuk lagi menambahkan rakan bloggers Sabahan dan mengeratkan siraturrahim sesama bloggers tanpa mengira anutan agama, suku bangsa dan tanah kelahiran. Ha banggalah dengan TEAM SABAHAN BLOGGERS. Kini dalam blog Etuza. Dengan itu Etuza nak ucapkan WELCOME ha;;;berbunga-bunga lagi imej Etuza bagi kepada anda semua. Hidup Bloggers dari Sabah.Tagline yang menarik iaitu DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU,  bloggers dari Sabah kena ingat tagline ini. Manalah tahu ada keperluannyakan.

Keduanya Etuza bersyukur sangat kepadaNya atas kesempatan menyertai team Bloggers Sabah. Semoga team bloggers Sabah ini dari masa ke semasa akan ada kemajuan dan kejayaan, Nanum harus di ingat pada niat apa dan kehendak apa. Kita mahukan kerjasama padu, sokongan sesama dan hasrat yang sama dalam menuju keredahaanNya. InshaAllah.Mari tadahkan tangan untuk berdoa syukur kepadaNya, semoga di mana juga bloggers Sabah berada diberi Rahmat & rahman yang Esa. Aamiin.

Tools Di Blog Etuza Sila Ikut Arahan Baru Jelas

Entri ini sebenarnya hendak memberi panduan kepada anda semua bagaimana hendak klik TOOLS yang ada dalam paparan blog Etuza. Terutamanya tentang klik Himpunan Sabahan Bloggers. Jika sudah temui laman Etuza pastikan laman Etuza yang ada Pesona EtuzaWarna-Warna Kehidupan, klik pada KLIK SABAHAN BLOGGERS yang ada di tepi kanan blog ini maka akan terpapar laman Sabahan Bloggers kemudian klik pada SENARAIbloglist, di sinilah himpunan bloggers sabah DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU. Klik lah satu persatu dan follow blog yang ada dan mulakan interaksi yang sihat. Selamat membaca dan jangan lupa kepada Sabahan Bloggers updatekan blog dengan apa juga ceritara yang mampu memberi ilmu kepada pembaca. 
Kata orang-orang beriman SAMPAIKAN ILMU WALAU SEPATAH & DAN SENYUMLAH KERANA SEBUAH UKIRAN SENYUMAN ADALAH SEDEKAH TERMUDAH DARI ANDA. Salam Ramadhan.



Gaji Kakitangan Awam Bulan Jun 2017

$
0
0
Gaji Kakitangan Awam Bulan Jun 2017

Pinjam dari  Google Kata-Kata Motivasi

Masyarakat Malaysia di bulan Mei dan Jun akhirnya mendapat jawaban tentang persoalan berapakah sebenarnya BONUS sempena raya tahun ini dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada penjawat awam. Baca kenyataan ringkas di bawah ini untuk maklumat mengenai bayaran BONUS Hari Raya kepada kakitangan awam 2017.
SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.Klik SINI untuk infor lanjut.

Marilah ucapkan syukur atas keraian itu, walaupun tidak seperti yang diharapkan tetapi cukup memberikan kita perasaan gembira. Rezeki yang ada wajib disyukuri. Elakkan merungut kerana nanti keberkatan rezeki itu hilang.

RM500 kadang kala kita tidak nampak sangat apa kita beli dengan wang sejumlah itu. Terserah lah kita sendiri dengan sebijak-bijaknya manfaatkan di hari persediaan hari raya atau digunakan ketika di bulan Ramadhan. 

Untuk lebih sedap kata orang Etuza selitkan jadual gaji kakitangan awam bulan Jun 2017. Nampaknya berada betul-betul di tengah anggka bulan. Kepada rakan kakitangan awam, marilah bersama-sama mengurus kewangan dengan bijak. Kerana bijak merancang kewangan maka masa depan akan gemilang. Selamat berjimat cermat.Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan Kareem.



Belajar Sesuatu Dapat Ilmu Baru

$
0
0
Belajar Sesuatu Dapat Ilmu Baru
 Asalamualaikum..Apa Khabar ? Semoga ceria hari Ahad 

Kata orang kalau tidak pelajari tidak akan tahu.
Sudah pelajari amalkan dan manfaatkan. Begitulah hendaknya.

Instagram kini wujud di laman blog Etuza. Instagram ini bagi Etuza agak simple kerana hanya paparan gambar atau imej anda sahaja kemudian kita letak lah ayat-ayat power anda dalam paparan gambar. Sesuaikan kata-kata anda dengan gambar imej anda atau sebaliknya pasti ramai yang suka tengok.

Menurut Etuza, lagi ramai mengikuti instagram kita maka akan merai jutaan yang suka. Imej anda kena elok, jangan letak tidak senonoh. Etika menggunakan sosial maya kena disiplin tinggi. Kena kuat iman kerana segalannya dihujung jari anda. Ingat mohon kita semua tidak aibkan diri sendiri dan aib kan orang lain.

Menariknya Instgram begitu mudah diurus dan update kan. Terserah anda apa juga gambar yang anda rasa hendak share dengan masyarakat. Nasihat Etuza letaklah gambar atau imej yang indah mata memandang, segar mata memandang dan kita dapat hidayah keinsafan sebagai bonus apabila kata-kata indah anda di instagram.Setakat ini ada 6 imej Etuza dalam instagram.Sudilah klik ya.https://web.stagram.com/etuza_greenhand Klik SINI Instagram Etuza

Instagram  media yang sudah lama, tetapi baru bagi Etuza kerana berkat belajar sendiri maka wujud kini instagram Etuza dalam blog. Kepada rakan blogger lain, sudilah follow instagram Etuza _Greenhand milik Etuza. Inilah hasilnya bila belajar sendiri dapat sesuatu yang baru dan applikasikan pula. Bestnya ada instagram.
 Salah satu imej Etuza di Instagram
Ukiran Kasih Sayang.Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan.Puasa mendidik agar selalu BERSABAR.

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

$
0
0

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals




SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Asalamualaikum semua.

Wah bertuah rasanya subuh hari ini, klik laman Abam Kie ada Giveaway lah. Dapatlah updatedkan blog ini. Dengan ikhlas Etuza join GA Abam ini kerana niat nak mengeratkan persaudaraan persahabatan sesama saudara Islam dan sesama blogger  Malaysia. Bila kita join dan follow blog sahabat yang Abam maksudkan maka pastilah ramai kawan dan menambahkan followers yang sedia ada. Pasti Etuza follow ya.Selain daripada itu kita dapat ramai kenalan bloggers lain. Kepada anda manalah tahu ada rezeki. Jom ramai-ramai kita join GA ini. Harapan Etuza moga ada rezeki kali ini join GA sahabat blogger.Klik blog ABAMini ya.

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:


RM20 X 11 pemenang

RM10 X 13 pemenang

Selendang Rindu X 2 pemenang

Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang

Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!



Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+  penganjur dan penaja-penaja berikut:


2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)


3. Like Facebook berikut.



4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan


6. Terbitkan


7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!


Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.


"Bougainvillea" Bunga Kertas Di Laman Etuza

$
0
0
 BUNGA KERTAS DI LAMAN ETUZA
Pokok Bunga Kertas (Bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. 

Sebagai penggemar landskap laman kediaman, Etuza memang sangat menyukai Bunga Kertas pokok bunga yang berduri tetapi cukup cantik serta menarik apabila berbunga selain mempunyai pelbagai corak daun yang juga menarik perhatian pencinta bunga di laman. Semestinya Etuza akan menambah koleksi bunga kertas apabila melihat benih bunga kertas baru dan segar di pandang mata. Kepada teman maya mari lihat paparan beberapa bunga kertas di laman Etuza yang dikategorikan sebagai laman kampung sahaja. Cantik di pandang tidak jemu mata memandang.

SPESIES POKOK BUNGA KERTAS

Bougainvillea 'Aiskrim'Bougainvillea 'Snow cap'
Bougainvillea 'Apple Blossom'Bougainvillea 'Louis Wathen'
Bougainvillea 'Chilli Red'Bougainvillea 'Mrs Eva'
Bougainvillea 'Cultivar'Bougainvillea 'Orange Stripe'
Bougainvillea 'Elizabeth Angus'Bougainvillea 'Pagoda Pink'
Bougainvillea 'Harlequin'Bougainvillea 'Poultonii'
Bougainvillea 'John Lattin'Bougainvillea 'Rosenka'
Bougainvillea 'Klong Fire'Bougainvillea 'Sakura Variegated'
Bougainvillea 'Sanderiana'Bougainvillea 'Smartie Pants'
Bougainvillea 'Singapore White''Bougainvillea 'Snow Cap'

Di tempat Etuza setiap jenis bunga kertas itu sebenarnya ada nama ID bunga kertas tertentu. Menarik pula Etuza dengar nama-nama bunga kertas yang diberi nama tertentu. Untuk nama ID bunga kertas di tempat Etuza cuba baja penerangan tiap gambar bunga kertas tersebut. Menarik kan.

Jenis Bunga Kertas berdaun batik  ID EVA Oren Emas

Jenis Bunga Kertas ID Bunga Kertas Tisu Daun Hijau

Jenis Bunga Kertas ID Sanggul Fatimah Jingga

Jenis Bunga Keretas ID Sirih Junjung Bunga Peace

Jenis Bunga Kertas Jenis Lama Berdaun Hijau

Jenis Bunga Kertas ID Selindang Sutera Keningau

Jenis Bunga Kertas ID Sabah Indah Bunga Putih Daun Hijau

Berbagai-bagai jenis bunga kertas di laman Etuza

Jenis Bunga Kertas ID Sirih Junjung Bunga Pink

Pandangan Landskap Laman Etuza dari dalam rumah.
Kelihatan beberapa cup bunga kertas di laman.

Sedekah Yang Ikhlas

$
0
0
Sedekah Yang Ikhlas

Lihat Gambar Bersuara.
Sedekah apakah yang paling mudah dilaksanakan tanpa menggunakan kos perbelanjaan, tetapi mampu dilihat begitu manis dan mempersonakan. Selain keadaan itu mampu menceriakan dan mendamaikan serta melahirkan keharmonian masyarakat. Hebatnya perlakuan itu tanpa kita duga.




Sedekah yang dimaksudkan ialah UKIRAN SENYUMAN di bibir anda, sedar atau tidak perlakuan tersenyum melihat semua orang dan individu secara bersemuka adalah SEDEKAH paling mudah dan tanpa kos untuk melakukannya.Mungkin juga senyum yang ikhlas itu juga adalah IBADAH dalam kehidupan kita. Subahanallah. Senyumlah dari hati yang ikhlas. Kita semua mampu melakukannya.



Pernah kah anda melihat rakan tanpa sengaja terlihat dia begitu suggul, muram dan riak muka kelihatan amat tegang dan seperti marah dan berbagai andaian. Pasti kita terpalit sama, hilang keceriaan dan hendak keluar dari lingkungan itu.Seandainya begitu kita di layan elok kita awal-awal cabut lari dan balik ke rumah. Aman damai perasaan. MasyaAllah. Elakkan lah dri dari menyombong diri kerana perbuatan itu amat merugikan. Sebaliknya senyumlah kerana senyuman kita itu menjadikan rakan sahabat kita merasa bahagia dan ceria. InshaAllah.
Baiklah...Etuza hendak beradu, esok nak puasa lagi
Selamat Malam. Bye- Bye!

Blog & Instagram Kena Blok KPM!

$
0
0
Blog & Instagram Kena Blok KPM! 

Alamak bila rest nak lah online merantau ke blog
kawan-kawan. Macam Kapal Terbang sekali terbang
sampai terus ke distinasinya....
Asalamualaikum teman maya dan teman bloggers walau di mana berada.Harap sihat semuanya. Selamat berpuasa.

Baru sebentar tadi Etuza klik himpunan bloggers Sabahan. rasanya hendak melihat paparan terbaru mereka hari ini. Apa cerita dan kemungkinan ada yang bermanfaat untuk dibaca. Dapat ilmu bukan kah itu sangat hebat. Hebatkan.

Tetapi tekan url blog milik  www.unnianje.com dan beberapa lagi blog, terkejut keluar 1 MALAYSIA BESTARI NET ( KPM) Apa sudah jadi ni?. Klik pula instagram yang mulai Etuza gemari. Sama juga keluar paparan gambar gambar di bawah ini.Sepertinya di blok blog dan instagram Etuza. 

Jika mahu teruskan juga kenalah klik REQUEST UNBLOCK dan isi borang tertera yang diberi. Alahai kena buat banyak kerja lagi lah. Nampaknya apa juga cerita kita di laman blog di pantau oleh pihak undang-undang cyber.

Kepada pihak KPM Etuza mohon maaf jika ada kesilapan dalam menggunakan url Instagram. Etuza juga mengucapkan banyak terima kasih kerana memberi teguran seumpama ini. InshaAllah akan membetulkan kesilapan yang ada.Sebelum berundur sila baca penerangan di bawah ini.Mungkin ada penyelesaiannya.

Berdasarkan kepada polisi tapisan kandungan dari Kementerian Pelajaran Malaysia anda tidak mempunyai kebenaran untuk melayari laman web tersebutsila berhubung dengan pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan kebenaran tersebut.
Jika pihak Tuan/Puan perlu melayari laman web tersebut sila hubungi nombor yang tertera dibawah:


No Telefon : 018-7997905 / 018-7997904

Syoknya Raya!

$
0
0
 Syoknya Raya!
 Pasang Bunga Api Di Malam Raya..
di rumah ibunda tercinta..
 Asalamualaikum semua. Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin.

Pertama sekali amalan Etuza ketika menjelang hari raya ialah, pada malam menjelang raya tidak sekali-kali lupa Etuza dahulukan salam dihulur memohon maaf kepada Isteri Etuza. Bermaaf maafan dimalam raya dan Etuza memohon maaf kepada semua anak-anak tersayang. Yang jauh dikirim permohonan maaf, yang dekat kita dekatkan kita eratkan sungguh-sungguh kasih sayang yang Islam ajarkan. Kemudian di pagi raya Etuza bawa anak-anak sekeluarga ke rumah bonda. Sama juga datang memohon maaf dan berpelukan tanda maaf seikhlas hati memaafkan seikhlas hati Itu namanya 0=0. Tiada lagi yang tidak di maafkan. Sebab  kita cari keberkatan kita kejar keberkatan di HARI KEMENANGAN BERPUASA SEBULAN.

Syoknya raya!..kedengaran amat gembira, amat bahagia menerima kehadiran Syawal hari pertama. Hari pengampunan hari yang Allah murka jika kita berpuasa hari pertama syawal. Sebabnya Allah mahu kita raikan satu kejayaan, kejayaan sebulan memerangi hawa nafsu. Hebatnya Allah anugerahkan hari syawal hari kegembiraan umat Islam sedunia. Ya Allah terima kasih kepada tiap anugerah hebatMu kepada kami hamba-hambaMu. Baiklah lihat lah gambar kenangan Etuza.

 Kurta Baju Hari Raya 2017 di pakai raya pertama
syoknya raya!!
Berziarah ke rumah saudara mara..
Lagi lah syoknya raya!!

Gambar selepas solat sunat hari raya
Sekampung datang ke surau..syoknya raya ni!!

Anugerah Terindah Etuza

$
0
0
 Anugerah Terindah Etuza
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua Di Pagi Rabu.
Alhamdulilah menghirup udara segar hari ini setelah titisan hujan membasahi bumi.
SYUKUR YA ALLAH.

Hitam & Biru..ok kah tu heheh

Hari ini Etuza hendak kongsikan pengalaman hari raya di tempat Etuza mengajar. Memang tiap kali hari raya pasti sekolah akan adakan majlis khas hari raya. Ada berbagai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan. Antaranya pakaian terbaik lelaki dan perempuan staf sekolah dan juga kategori murid.

Kita tidak harap apa-apa dalam majlis hari raya. Hanya meraikan dengan ikhlas dan hati yang gembira. Tetapi bertambah gembira Etuza apabila pakaian Etuza warna hitam rupanya pilihan juri penilai pakaian lelaki terbaik. Wah! naik pentas Etuza menarima hadiah istemewa yang disampaikan oleh guru besar sekolah kami. Terima kasih ya Allah atas ANUGERAH TERINDAH ini.Rezeki tanpa di duga ada di mana-mana.

Pada hari itu semuanya guru dan staf lain sebenarnya memakai pakaian yang cantik dan menarik. Nampaknya rezeki saya dan rezeki Cikgu Jerama AK R. Tengok gambar di bawah. 
Salam kasih sayang. Bersua lagi di lain catatan.

Anugerah Hitam dan Hijau.
Menarik hati JURI PENILAI..
Terima Kasih Juri 


Terima kasih 

Terima Kasih Ucapan Tahniah

$
0
0
Terima Kasih Ucapan Tahniah

Syukur kehadratNya apabila kabulkan cita-citanya untuk mendapatkan keputusan STPM pada 2016. Tahniah kepada Azie ( singkatan nama ) anak ke 3 Etuza kerana lulus cemerlang STPM yang di ambilnya pada 2016.

Kawan-kawan , saudara dan ALUMNI datang ucapkan tahniah dan menghulur salam tanda mereka juga turut gembira kerana mereka juga merupakan insan yang menerima anugerah dalam majlis anugerah akademik 2016 di Sekolah Menangah Kebangsaan Keningau tahun 2016 yang dijayakan baru-baru ini pada tahun \ini.

Tidak lama lagi Azie akan ke menara gading. Bidang apa yang diberi kami terima asalkan dapat ke U. Itulah impian Azie sebenarnya. Tahniah sekali lagi buat Azie.


Bekas murid ( ALUMNI) juga dapat anugerah

Bergambar bersama-sama guru-gurunya

Terima kasih tuan..jasamu tetap kami kenang..
Anugerah disampaikan oleh Tuan Muda Athur Joseph Kurup
Disamping Tuan Pengetua SMK Keningau baru-baru ini..

Ibadah Korban

$
0
0
Ibadah Korban 

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2017.

Lembu Korban Sudah Disembelih..Alhamdulilah.

Syukur kepada Allah kerana sudah sampai dan telah selesai menjalani sembelihan lembu korban pada awal pagi Hari Raya Haji. Iaitu sebaik solat sunat hari raya yang jatuh pada hari Jumaat minggu lalu.

Ibadah Korban ini sesungguhnya sangat dituntut bagi yang ada kemampuan setiap tahun.Lembu atau haiwan sembelihan korban haruslah yang sihat dan tiada cacat anggota. Sembelihan lembu korban handaklah di niatkan bagi mereka yang serba kekurangan miskin, tetapi dalam masa yang sama masih memberikan daging kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Pasti mereka merasa amat bahagia sambil mengukir senyuman apabila diberikan daging korban.

Peristiwa sembelihan yang pertama sekali berlaku ialah berlaku ke atas nabi Ibrahim yang diberi arahan oleh Allah agar sembelikan Nabi Ismail. Dengan penuh rendah hati dan akur kepada arahan Allah lalu Nabi Ibrahim menjalankan sembelihan. Tetapi apa yang berlaku Allah gantikan dengan seekor Kibas, bagi menggantikan tempat Nabi Isnail. Begitulah hebatnya kuasa Allah yang memberikan isyarat agar hambaNya yang mampu adalah disunatkan menyembeli binatang korban. 

Sedang membuka kulit lembu korban bersama 
rakan-rakan lain.

 Aplikasi cara membuka kulit lembu sembelihan.
Syukur dapat ilmu baru pada hari Jumaat yang lalu.

Bersedia untuk disembelih

lembu sembelihan yang ketiga. Syukur sudah dilaksanakan 
semoga Allah memberi imbalan pahala kepada semua umat Islam 
di mana juga berada.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017

$
0
0
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua Ke Seluruh Negara 

Aliya & Kawan-Kawannya di Dewan Kraftangan Negeri Sabah.
Bengkel Study Smart UPSR 2017.

Hari ini 11 Sept 2017 bersamaan hari Isnin tiba masa seluruh warga pelajar di Negara Malaysia calon UPSR 2017 menduduki UPSR hari pertama dan pertaruhan mata pelajarn Bahasa Malaysia Pemahaman dan Bahasa Malaysia Penulisan. Bagaimana agaknya jawapan anak-anak hari ini, termasuk jawapan dari anak bongsu Etuza sendiri. Semoga mereka dapat menjawab dengan baik dan cemerlang.

Esok kertas Bahasa Inggeris menyusul hinggalah peperiksaan UPSR berakhir pada hari Khamis minggu ini. Kepada penggemar blog Etuza ini mari kita klik laman ini agar dapat kita beramal dan berdoa sepanjang anak-anak kita hadapi peperiksaan setiap hari. Laman tersebut ialah AMALAN IBUBAPA SEMASA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Semoga membantu dan kita lakukan secara berterusan. InshaAllah.

 Lakukan yang terbaik, amalkan apa juga nasihat ibubapa 
& guru yang berguna ke arah masa depan.

 Aliya dan kawan-kawannya yang juga hadapi UPSR 
2017. Semoga berjaya.

Kejayaan anak-anak kebahagiaan ibubapa & gurunya.

Viewing all 1322 articles
Browse latest View live