Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all 1302 articles
Browse latest View live

Pakaian Unik Sempena Bulan Kebangsaan 2017

$
0
0
Pakaian Unik Sempena Bulan Kebangsaan 2017

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Bulan Ogos setiap tahun memang bulan yang selalunya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan masyarakat murid di sekolah, mereka amat menantikan tibanya bulan Ogos dan September kerana di dalam bulan ini akan di raikan Bulan Kemerdekaan atau Bulan Kebangsaan. Pada 16 Sept akan dirayakan pula Hari Malaysia hari memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, melengkapi 14 buah negeri di Malaysia.

Di sekolah Etuza tidak ketinggalan mengadakan Majlis Rasmi menyambut bulan merdeka. Dan diselitkan berbagai aktiviti yang menyeronokkan sekali iaitu, diadakan pertandingan mewarna poster, melukis poster merdeka, kuiz Sejarah, rekacipta bahan terbuang, pertandingan lagu patriotik dan paling menarik dan menambah seri hari majlis merdeka ialaha pertandingan Busana Merdeka 2017.Hasil dapatan yang Etuza rakam gambar ialah terdapat beberapa pakaian unik seperti dalam gambar-gambar dalam blog ini dan mereka adalah antara JUARA dalam busana pakaian merdeka 2017 peringkat sekolah Etuza.


JUARA BUSANA  MERDEKA GURU WANITA

JUARA DAN NAIB JUARA BUSANA MERDEKA
TAHAP 1 LELAKI

PERCUBAAN PAKAIAN BUSANA MERDEKA YANG MENARIK

JUARA BUSANA MERDEKA AKIF AFWAN

BAGAIKAN PUTERI ADA MAHKOTA..

NAIB JUARA BUSANA MERDEKA 2017 MURID PEREMPUAN

JUARA BUSANA MERDEKA PRASEKOLAH

ABADIKAN KENANGAN BERSAMA GURU BESAR SEKOLAH


16 Sept Hari Malaysia 2017

$
0
0
16 Sept Hari Malaysia 2017
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..

GAMBAR BERBICARA
SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPT 2017 ( KHAMIS LALU )

GURU BESAR MEMULAKAN PEMASANGAN JALUR GEMILANG SEPANJANG BULAN OGOS HINGGA 16 SEPT 2017. BANGGA HIDUP DI MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA

KANAK-KANAK ADALAH PENYERI MAJLIS HARI MALAYSIA. MEREKA GENARASI YANG PERLUDI BERI PELUANG MENGHARGAI KEMERDEKAANMEREKA ADALAH INSAN YANG SUCI. KITALAH YANGMENCORAKKAN JIWA MEREKA.SALAM SEHATI SEJIWA.

SENYUM DI MAJLIS HARI MALAYSIA.

3 & 4 Sept 2017 Mendaftar Di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

$
0
0
Suasana Mendaftar Di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.


3hb Sept 2017 dan 4hb Sept 2017 merupakan tarikh sangat penting dalam memori hidup kami sekeluarga. Tarikh ini adalah tarikh di mana anak perempuan Etuza mendaftar kemasukan sesi 2017 dan 2018 di Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu. Dan UMS ini merupakan gedung ilmu atau sebuah Menara Gading yang sangat menjadi idaman semua lapisan masyarakat Sabah serta di negeri-negeri lain. Lokasi UMS yang terletak di sebuah tempat yang sangat indah dan sangat luas, menjadi daya tarikan untuk pelajar memasuki Universiti ini.

Seawal 3hb Sept kebetulan ada hari Sabtu. Kami sekeluarga seramai 6 orang bertolak ke Kota Kinabalu dari jam 9.00 pagi dan sampai di Kota Kinabalu pada jam 11.00 pagi melalui Jalan Kimanis Keningau ke Kota Kinabalu, Sabah. Kami seperti biasa menginap di Hotel Tabung Haji. Penginapan yang nampaknya menjadi kegemaran kami apabila banyak urusan di Kota Kinabalu, Sabah.Terima kasih Hotel Tabung Haji yang kini bertaraf antarabangsa.



Setibanya di UMS pada 4hb Sept 2017 jam 9 pagi, seperti yang dijangka jammed bukan kepalang. Dari pelusuk Sabah semua datang menghantar anak tersayang masing-masing mendaftar di UMS mengikut bidang kursus atau pengajian yang ditawarkan. 

Bercakap hal pendaftaran, kami disambut dengan mesra oleh kakitangan yang bertugas dari parking hinggalah di asrama Kolej Kediaman E.Teringat Etuza ketika mendaftar pengajian Etuza sekitar 2002. Pendaftaran dalam sebuah dewan sahaja. Tetapi mendaftar 2017 banyak perubahan yang amat berbeza. Semakin canggih dan kuasa teknologi membantu melancarkan pendaftaran. Keadaan begitu sesek suasana sekitar Paskasiswaza amat-amat sesak dengan jangkaan 4000 lebih pelajar baru UMS mendaftar.

Mendaftar Asrama & Dapatkan Kunci Bilik. Sesak Juga Di Dewan Makan Ini

Diringkaskan cerita, selesai juga proses mendaftar anak Etuza. Alhamdulilah tarik nafas lega. Dan distenasi akhir ialah menghantar anak ke Asrama Perempuan Kolej Kediaman E Aras A3. Sesak lagi laman asrama tetapi ibubapa di larang keras membantu anak masuk ke asrama. Kerana ada sedia pelajar senior yang membantu menganggkat bagasi dan beg yang lain. 

Kepada anak Etuza, tahnia dan syabas memasuki UMS idamannya selama ini. Belajarlah dengan ceria dan gembira bersama kawan-kawan lain. Menurut anak Etuza dia terdiri dari 4 orang dalam bilik di asrama iaitu dari tempat berbeza. Seorang dari Kelantan, Sarawak, dari Ranau Sabah danb anak Etuza dari Daerah Keningau, Sabah. Semoga mereka berjaya mencapai cita-cita dan mendapat hidayah serta kerahmatan dari Allah. Aamiin.









Salam Maal Hijrah 1439H

$
0
0
Salam Maal Hijrah 1439H\


Rujukan Kalendar 2017

Hotel Juta Keningau

$
0
0
Hotel Juta Keningau 

21 Sept 2017 bersamaan hari Khamis adalah detik Sejarah indah kepada warga sekolah tempat Etuza bertugas, apatah lagi kepada Pn.Beatrice Marcus Penolong Kanan Hem selama 14 tahun berkhidmat hingga bersara wajib.

Majlis begitu hebat diadakan. Banyak persediaan awal dilakukan dan hasilnya majlis berlangsung dengan lancar sekali. Kemuncak majlis ialah diadakan makan malam Persaraan Pn. Beatrice Marcus di Hotel Juta Keningau. Lihat beberapa gambar kenangan buat Etuza dan tatapan peminat blog Etuza.
Terima kasih.

Table 2 bersama 6 orang teman lain.

Menunggu tetamu lain datang , kami antara yang awal datang

Sila baca dan kepada yang berkenaan tarikh ini Sejarah tau.

lagi gambar bersama guru pelatih dari Kampus IPGM. 

Persaraan Wajib Perlu Lengkapkan Berbagai Dokumen

$
0
0
 Persaraan Wajib Kakitangan Perkhidmatan

Antara hadiah istemewa bakal di bawa pulang
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Pada 21 Sept 2017 bersamaan hari Khamis tibalah masanya detik yang ditunggu oleh Pn. Beatrice Marcus yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK.Penagatan, Keningau tempat Etuza bertugas.

Persediaan seawal bulan tersebut telah dirancang dengan rapi oleh pentadbir dan staf.Sedikit program atau majlis ini menjadi kejutan kepada yang dirai kerana banyak perkara yang tidak diberitahu kepadanya.

Persaraan Wajib itu bermakna telah sampai usia tamat perkhidmatan seorang kakitangan Kerajaan dalam sektor pekerjaan yang diceburi. Oleh itu Pegawai Berkhidmat itu harus melengkapkan semua dokumen yang diperlukan agar apa sahaja urusan berkanaan persaraan akan dilancarkan dan mudah urusan. Antara lain yang menjadi idaman tiap pesara wajib ialah sejumlah wang hadiah dari  kerajaan kepada pesara tersebut serta wang bayaran kerja lebih masa ( Cuti Rehat Khas ) yang tidak di tuntut. Peruntukan CRK yang tidak di tuntut akan dibayar kepada pesara secara tunggakan. Agaknya banyak jika CRK berbaki banyak dan terkumpul. Mari kita tengok  dokumen yang perlu dilengkapi oleh setiap penjawat awam sebelum bersara. Penting untuk semua yang berkenaan.

GB Asrin Halim, [27.09.17 14:37]
[Forwarded from Hj. Mohd Isa sdk]
Zairudin Ali:
*SENARI KEW.8 YANG PERLU ADA DALAM SIMPANAN SENDIRI*
KEW.8  - Pelantikan dalam perkhidmatan
KEW.8  -Pengesahan Dalam Perkhidmatan
KEW.8  -Pemberian Taraf Berpencem / KWSP
KEW.8  -Pelanjutan Tempoh Percubaan
KEW.8  - Pergerakan Gaji Tahunan 2009, 2010 & 2011
KEW.8  - Kenaikan Gaji Tahunan 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017
KEW.8  - Time-Base DG32, DG34, DG38 ATAU DG42, DG44, DG48, DG52
KEW.8  - Pemberian  1 Kenaikan Gaji  tahunan  Julai 2013 & Julai 2016
KEW.8  - Pemberian  Kenaiakn Gaji 13% (01.01.2012)
KEW.8  - Pemindahan Gaji JGMM (01.01.2013)
KEW.8  - Penggabungan Skim PPPLD & PPPS  (01.01.2014)
KEW.8  - Imbuhan Tetap Perumahan
KEW.8  -Pertukaran Tempat Bertugas,
KEW.8  - Cuti-cuti yang berkaitan (Perintah Am BAB C)
KEW.8  - Memangku
KEW.8  - Elaun Guru Besar/Pengetua, Penolong kanan, Bayaran Insentif Kewangan
KEW.8  - Urusan Tatatertib
~Ketiadaan dokumen seperti yang di atas akan menyukarkan kita semasa mengurus kenaikan pangkat, Bersara atau hal-hal yang berkaitan_ by HMG
P/s : Senarai ini tidak lengkap hanya 8 tahun kebelakang yang di senaraikan (cukup2 makan untuk memohon time-based saja)
sila Copy & Paste jika info ini membantu
Diapit oleh dua murid berpakaian tradisional


Diiringi naik ke pentas 

Sedang berucap dihadapan murid, staf dan ibubapa

Duduk di singgah sana,,

Menerima hadiah istemewa dari SK.Penagatan, Keningau.

Tahniah Pn. Beatrice Marcus. Majlis persaraan yang sangat gemilang.



Bersama Dua Putera Tersayang

$
0
0
Bersama  Dua Putera Tersayang


Asalamualaikum semua.

Perkenalkan inilah dua putera Etuza. Anak lelaki kedua dan anak lelaki ketiga, sudah remaja nampaknya mereka berdua ini. Wajah usah ceritalah mirip Etuza ke menurut anda. Gurau saja ya.Mereka berdua sempat ikut Etuza ke Kota Kinabalu, Sabah pada 03hb Sept lalu semasa ke UMS mendaftarkan kakak mereka masuk UMS ambilan 2017.

Apabila bersiaran jauh terasa memang tidak sah jika tidak mengambil atau merakam gambar kenangan kala bersama mereka ini. Jarang dapat berjalan jauh kerana mereka berdua masih belajar. Selalunya tidak ikut berjalan jauh atau melawat ke tempat dituju dengan alasan hendak study. Tapi alasan kukuh sebenarnya mereka malas nak berjalan jauh hahaha kedapatan.


Masa zaman kanak-kanak dahulu memang riuh dibuatnya suasana rumah oleh dua putera Etuza ini. Sering berebut mainan terutama kereta mainan, baju nak sama warna. Rindu juga ingat telatah mereka berdua masa kanak-kanak. Dalam blog ini ada cerita Etuza hal mereka dan kini mereka meniti remaja. Macam mimpi rasanya. Tengok depan mata tinggi dari Etuza. Alamak bapa dah jadi rendah, anak-anak semakin membesar begitulah hendaknya. Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kerana memberikan kesihatan kepada anak-anak dan kesempatan bersama mereka  serta memberikan kebahagiaan kepada mereka. Terima kasih ya Allah ya Rahman ya Rahim.Hebatnya kuasaMu. Semoga anak-anak menuju kejayaan membentuk masa depan ke arah Redha Allah di Dunia danb di Akhirat. 

Bergambar dengan siapa tu dalam gambar..
ni di Center Point Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar di Center Point KK Sabah

Pose istemewa kah tu ?

Menunggu juadah makan malam di Center Point KK Sabah.

Ha menunggu kakak daftar dari jam 9.00 pagi 
selesai hampir jam 2.00 petang..

Gambar dekat Likas KK Sabah.

Imej Canon Tidak Menghampakan

$
0
0
Imej Canon Tidak Menghampakan 

Klik pada folder gambar di komputer milik Etuza. Ternyata banyak imej menarik dari pelbagai situasa di halaman teratak Etuza. Melihat imej yang berbagai dan menarik rasa hendak kongsi di dalam blog. Untuk tatapan para pembaca sekalian. Niat hendak beri kegembiraan kepada pembaca, menyukai imej dari Canon yang Etuza rakam hari demi hari bertambah imej tersebut. Cubalah tengok imej-imej yang ada, semoga suka melihatnya.

Kucing yang kami beri nama Kelabu asap. 
Dekat mini kolam di laman Etuza.Tengok mata Kelabu Asap..comel kan.

Imej bunga angin atau Bunga Janggut yang 
hanya di gantung tanpa tanah..

Sekuntum Bunga Ros Merah.Pesona di laman Etuza

Bunga Ros Putih menawan sekali. Semerbak mewangi kala pagi-pagi.

Bunga Ros Merah..

Bunga Misai Kucing sejenis herba untuk kesihatan

Terbaik Canon merealisasikan impian kita semua.


Raikan Cinta Di Kundasang, Ranau

$
0
0
Raikan Cinta Di Kundasang, Ranau

Pengantin yang raikan cinta di Kundasang, Ranau.
Asalamualaikum & Salam Satu Malaysia.

Pengisian blog kali ini ialah paparan beberapa gambar perkahwinan atau persandingan anak buah Etuza iaitu Rashid Zulkifle iaitu anak kepada Kakak sulung Etuza pada 14hb Oktober 2017 bersamaan hari sabtu minggu ini.

Pengantin perempuan berasal dari Kundasang, Ranau bertemu jodoh dengan anak buah Etuza yang merupakan anak kedua kakak Etuza. Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana majlis mereka meriah dan lancar. Walau sesekali angin di Kundasang bertiup kencang tetapi kemeriahan majlis ini tetap dirasakan. Etuza hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah atas perkahwinan mereka ini dan mendoakan semoga mereka berdua bahagian hingga ke Jannah.

Seawal pagi pada har ini iaitu hari Sabtu, kami bertolak ke Kundasang Ranau. Etuza suami isteri dan tiga anak menuju ke Ranau. Alhamdulillah dengan rahmatNya kami sampai dan menginap di Haisah Homestay. Pn. Haisah memiliki restoran serta pada atas restoran ada Homestay dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kerana memberi layanan yang baik dan pastinya Etuza amat bersyukur kerana diberi olehNya tempat tinggal di Kundasang, Ranau ini.






Memang ramai yang datang ke majlis persandingan Rahsid dan isterinya. Bertema kan warna cantik dan lembut pink menambah keserian majlis mereka ini. Keluarga yang jauh dan dekat datang meraikan cinta mereka. Semoga mereka bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang solleh dan solleha.Akhir kata jumpa lagi di lain cerita Etuza, esok ronda-ronda Kundasang, Ranau. Selamat malam semua.

Awal Pagi Di Kundasang, Ranau

$
0
0
 Awal Pagi Di Kundasang, Ranau

Bergambar depan Restoran Shah Adila. di tepi jalan menuju ke Kota Kinabalu

Asalamualaikum semua..hai rindu berborak-borak dengan anda semua hari ini.

Baiklah kali ini hendak bercerita tentang situasi percutian family Etuza di Kundasang, Ranau sekitar dua hari di sana. Tidak menyangka cuaca di Kundasang pada 14hb Okt 2017 hujan sepanjang masa dan angin kuat serta sejuk yang amat sangat. Pegang air bagaikan pegang ais. Sejuknya ..lebih sejuk dari cuaca di Jepun ketika Etuza visit Jepun hari itu.Etuza dan family ke Kundasang bertujuan hadir majlis kahwin anak buah dan bercuti ambil kesempatan bersiar-siar di tempat menarik di Kundasang, Ranau.

Kami semua mengambil serta memilih Homestay Haisah agak berada di bukit untuk menginap. Selesa juga di Homestay ini, pada ruang bawah ada restoran dan orang-orang Ranau ni ramah tamah sekali maklumlah kami dari suku kaum Dusun yang sama. Berbual dalam bahasa Kadazan Dusun, kemesraan  terasa sekali.

Cerita awal pagi cari makan untuk sarapan pagi di Kundasang, Etuza dapat mesej bahawa Restoran Shah Adila dekat Kinasaraban sedap menu-menu makanan. Humm!! cepat-cepat kami bertolak ke arah restoran tersebut. Hendak tengok pemandangan sebab restoran tepi jalan saja pasti cantik pemandangannya / View Kundasang semua akur memang sangat indah.

Rupa-rupanya sampai di Restoran Shah Adila itu sudah ditempah pelancong dari dua buah bas pelancongan. Alamak! frut sekali. Tengok Restoran Shah Adila memang cantik ruang dan bersih sekali. Sambil makan begitu nampaklah view di hadapan. Kundasang di lembah Bayu Gunung Kinabalu. Bestnya. Tapi tidak tercapai hasrat itu. Apabila diberitahu bahawa semua kerusi dan meja makan di restoran ini telah habis ditempah. Dengan sedih baliklah ke Pekan Kundasang kawasan center Kundasang. Di sana saja ada harapan hendak bersarapan awal pagi.Adoi..kuat angin lah pula mendengus, sesekali macam terangkat kaki. Hujan renyai pula tu. Akhirnya dapatlah makan sarapan pagi di restoran kecil yang cantik di Pekan Kundasang, Ranau.Tengok lah gambar kami ya, tapi TUNGGU!! Etuza rasa hendak cerita hal cuaca pula di Kundasang pada paparan akan datang. Datang baca tau!!..

 Masuk di Restoran Pekan Kundasang kawasan center Pekan Kundasang
Special menu untuk sarapan pagi..layanan pun bagus, maklumlah orang  Suku Dusun

 Restoran ni kecil tetapi penyediaan menu untuk sarapan pagi memang
terbaik, layanan baik dan cepat sampai hidangan yang di minta..

Team family adik saya, mereka seramai 7 orang turut bersarapan
di restoran yang sama dengan family Etuza..

Nampak macam berada di Korea ..hahaha..riuh para pelancong
di Kundasang cari jaket ...banyak untung lah penjual jaket..
tak putus-putus terima duit..tengok berapa orang dalam gambar..
jumlah itulah jaket yang kami beli..mujur murah ...

Ambil kesempatan bergambar bersama 2 orang pelancong dari Sarawak.
Orang Sarawak rupanya...datang bercuti di Kundasang Ranau..

Nak cari Homestay ..tengok ja baner kat atas ..cuba cal, harap
dapat bilik kosong..cepat2 cal hahaha gitulah adat melancong kan..kena cari
tempat berteduh 




Dekat Tapi Jauh Sebenarnya. Satu Tanda KebesaranNya Di Sabah.

$
0
0
Dekat Tapi Jauh Sebenarnya. Satu Tanda KebesaranNya Di Sabah.

Gunung Kinabalu itu bagaikan dekat kala dipandang tetapi sebenarnya jauh..

Salam Sejahtera.

Cuba perhatikan gambar Gunung Kinabalu yang tersergam indah di balik gambar-gambar kenangan kami ketika melawat di Desa Cattle Kundasang, Ranau. Kelihatan kita pandang dan lihat bagaikan dekat sahaja. Boleh rasanya berjalan ke kaki Gunung Kinabalu itu dengan berjalan dengan masa singkat. Tetapi tekaan kita sebenarnya salah. Betul bagaikan dekat tetapi Gunung Kinabalu itu jauh sebenarnya. Cuma apabila kita berada di Kundasang, Ranau kita berada di lembah Gunung Kinabalu ini. Boleh saja berjalan meredah hutan ke arah Gunung Kinabalu itu tetapi percayalah ianya memakan masa yang sangat lama. Bermakna Gunung Kinabalu itu dekat tetapi sebenarnya jauh sangat.

Ketika arah mata kita melihat Gunung Kinabalu itu, ada rasa getaran di hati yang menakjubkan. Perasaan gerun dan sangat kagum dengan kuasa Allah mencipta Gunung Kinabalu yang menjadi satu tanda atau satu lambang kebesaran di Sabah Negeri di bawah bayu. Gunung Kinabalu yang indah sekali menjadi tatapan tiap insan pengunjung ke tempat yang benar-benar indah ini. Saujana kehijauan terhampar, udara segar, angin bertiup lembut dan kadangkala bayu itu menghembus membelai diri kita. Terasa udara dingin membelit kemudian rasa sejuk yang amat damai terasa.Nun di sana kelihatan sekelompok pula lembu yang bercorak putih dan hitam menjadi penarik para pelancong, meragut rumput, duduk berehat di lembah Gunung Kinabalu.Hebatnya kuasaMu ya Allah.Terpancar zatMu pada wajah indah Gunung Kinabalu ini.

Abadikan gambar bersama Izzat Fadhli  & Via anak  adik Etuza..

Suatu masa dahulu, sebelum kejadian gempa bumi Gunung Kinabalu ini kelihatan hijau, biru dan pada puncaknya terpacak tanda tandus tirus panjang sebagai satu tanda penanda aras pada tahap ketinggian Gunung Kinabalu ini. tetapi kini puncak paling tinggi itu telah patah, jatuh pecah berderai apabila Gunung Kinabalu ini bergegar disebabkan oleh keadaan gempa bumi secara semulajadi. Selain membunuh beberapa pelawat dan si Malim Gunung yang kebetula masa itu mendaki Gunung Kinabalu.Kejadian itu berlaku pada tahun 2015. Kini keadaan Gunung Kinabalu seperti yang kita lihat. Puncak paling tinggi kini telah tiada. Jika anda hendak kaji cuba google keadaan wajah Gunung Kinabalu pada masa dahulu dan bezakan. InshaAllah andai ada masa Etuza akan buat paparan gambar Gunung Kinabalu dahulu dan kini.

Bergambar di sebalik keindahan GK yang indah ..


Bergambar bersama ibu Etuza ..berjeket hijau..
Kesan rekahan atau pecahan batu-batu pada Gunung Kinabalu jika kita lihat amat jelas pada gambar Gunung Kinabalu itu. Itulah kesan pecahan pada kejadian gegaran di Sabah tahun 2015. Bentuk muka bumi di Sabah sememangnya diketahui umum bahawa keadaan berbukit bukau. Banyak tempat bergunung ganang. Ini lah satu kehebatan Bumi Sabah, kaya dengan gunung yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Jika perjalanan anda ke Keningau kita akan disajikan dengan keadaan gunung ganang yang amat panjang dan luas. Gunung ganang yang kita lihat itu di namakan sebagai Banjaran Croker. Baik lah cerita Etuza sudah berakhir, hanya satu hendak pesan jika melihat Gunung Kinabalu yang dekat tapi jauh pada gambar ini, lafazkan zikir memujiNya iaitu SUBAHANALLAH ( ALLAH MAHA BESAR & SUCI )

Suasana di depan bangunan Desa Cattle..pengeluar susu segar lembu terbaik di Sabah.Di dalamnya belum cerita, sesak lagi sukar nak cepat jika nak membeli
susu segar Desa cattle.Hebatnya..

Sekeluarga..dah minum susu segar, dah makan aiskrim perasa susu lembu..
rehat2 di sini..kena gambar lah pula..Anda jemputlah datang ke Sabah di bawah bayu
pasti teruja..

Nov - Dis 2017 Hadiah Untuk Blogger Hebat Hanya Di Blog Etuza

$
0
0
Nov - Dis 2017 Hadiah Untuk Blogger Hebat Hanya Di Blog Etuza 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera (Sunyi sepi blog Etuza..)

Tidak lagi seperti dulu diawal pembabitan di arena blog.Terasa hendak kembali aktif tetapi faktor usia dan situasi masa sentiasa tidak mengizinkan beraksi seligat dahulu. Apakan daya kena akur bahawa kadangkala terlalu kesuntukan masa, selain laluan internet amat lambat. Tindakan yang paling bijak yang perlu dilakukan apabila banyak halangan updatekan pengisian di blog ialah akur pada hakikat bahawa tidak perlu lah memaksa diri mengurus banyak hal dalam kehidupan termasuk mengurus blog saban waktu tiap saat dan minit, sedangkan keupayaan amat terhad. Laksanakan tugas update blog andai ada bahan cerita yang segar, ada kelapangan masa dan line internet kita lancar.Tindakan ini boleh membuatkan kita lebih bijak dari memaksa diri, sedangkan kerja-kerja yang lebih nyata di hadapan perlu diselesaikan dahulu.
Klik SINI ?

Sebab itulah kemungkinan faktor blog Etuza ini sunyi dan sepi. Tiada lagi kunjungan mesra dari teman blogger yang katanya suka paparan  cerita di blog Etuza ini. Tiada lagi komentar yang panjang berjela yang mampu menceriakan hari-hari Etuza. Terfikir Etuza bahawa tidak sehebat mana pun pengisian di blog ini. Sekadar cerita pengalaman, hal-hal kekeluargaan, kasih sayang dan cerita menghargai alam semulajadi dan berbagai bentuk cerita Apapun kehadiran beberapa blogger Malaysia yang hebat masih berlaku tetapi tidak seramai blogger dahulu yang datang melihat dan membaca catatan Etuza.Terima kasih kepada yang setia dan masih sudi berbicara dengan Etuza dan datang membaca cerita Etuza. 


Baiklah Etuza hendak buat pengumuman malam ini, niat untuk eratkan sillahturahim sesama blogger di merata di Malaysia. Iaitu Etuza hendak melancarkan satu program menarik di blog Etuza ini iaitu, ingin memberi HADIAH ikhlas kepada teman blogger yang layak dan berhak mendapat hadiah ikhlas dari Etuza. Blogger tersebut haruslah menepati SYARAT yang Etuza gariskan ini.Sila baca SYARAT di bawah ini.

1. Follow blog Etuza.
2. Buktikan dengan komen tiap N3 terbaru Etuza. Berikan komentar membina agar semangat motivasi Etuza dan blogger lain sentiasa tinggi.
3. Promot blog Etuza dengan cara blogger itu sendiri, dengan pelbagai cara biarpun cara simple tetapi bermaksud mempromot blog pinggiran Etuza ini.
4. Blogger itu berjaya membawa sekurang-kurangnya tiga blogger baru FOLLOW blog Etuza dan angka followers dari 443 berubah ke angka baru dan blog Etuza meriah dengan kehadiran blogger baru. Terakhir ialah
5. Link kan URL blog Etuza di laman blog anda.


Hadiah akan diberl kepada yang benar-benar mengikuti syarat yang tertera dari 1- hingga ke 5. Hadiah akan di beri pada bulan Disember 2017. Pasti hadiah tersebut menarik. Pastikan anda menyertainya dan tidak ketinggalan membaca tiap paparan blog Etuza. Selamat membaca dan sahutlah cabaran di blog Etuza kali ini. Semoga anda berjaya.

Pilih Jaket Sendiri Nampak Cantik Dipakai

$
0
0
Pilih Jaket Sendiri Nampak Cantik Dipakai

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

tersenyum gembira bersiaran di Desa Cattle

Cerita percutian kami di Kundasang Ranau, Sabah belum berakhir lagi nampaknya. Sudah beberapa paparan catatan di wall blog Etuza menyatakan dan mempamerkan gambar-gambar indah si Gunung Kinabalu. Arh! sebenarnya ada daya tarikan yang Etuza nampak dari tiap gambar kami di Kundasang, Ranau dalam folder komputer Etuza. Lalu ada cetusan idea yang segar di minda untuk dizahirkan dalam blog ini.

 Jaket merah menjadi pilihan hatinya. Tengok smart pula ..

Baiklah hendak kongsi perubahan diri pada anak bongsu Etuza yang bertudung hitam dan jaket merah itu lah dia. Masa dekat kedai jual baju jaket di Pekan Kundasang, sibuknya kami mencari jaket yang disukai. Adik Etuza lebih dahulu memberikan jaket kepada ibu kami. Lalu kami semua sekeluarga ke kedai menjual jaket tersebut. Banyak jaket bersangkut, akhirnya semua sudah memilih dan bayar di kaunter. Peniaga itu orang  Dusun, dengan itu komunikasi amat lancar sekali tanpa masalah.Dapatlah juga harga diskaunt.Syukur.

Sudah bayar semua, rupanya anak bongsu Etuza masih mencari jaket untuk di pakai ke Desa Cattle. Cuaca masa itu sejuk gila menyengat hingga ke tulang sum-sum. Sentuh air bagaikan ais batu. Etuza pilihkan dia, ibu pilihkan di, kakak dan abang dia pilihkan juga. Semua yang kami suka dia tolak pula, katanya bukan ini, banyak kali lah dia cakap " Bukan Ini". Bermaksud dia tidak suka jaket yang kami pilihkan untuk dia.

Senyum gembira berbaju merah  kemas dipandang. Patutlah dia suka..Dia yang pilih sendiri.

Akhirnya dia nampak jaket merah yang agak tebal lembut bagai baldu. Berkapas di dalamnya. Etuza sekali lihat " Buruknya" tidak sesuai merah itu untuk si bongsu. ( Aliya nama panggilan ) tetap mahukan yang jaket merah tersebut. Ibu kata " Bagus juga jaket ini untuk Aliya", dia suka biarkan lah dia pilih sendiri. Tegas juga si bongsu kami ini, sebab tetap mahu jaket merah walaupun sudah dengar komen kami semua. Dia tetap mahu jaket merah. Akhirnya ibu ke kaunter dan urus pembayaran harga jaket tersebut. Dapat jaket  dia pakai terus dan betul-betul sesuai dengan saiz badannya.

Makan aiskrim perasa susu lembu..tengok ja humm!! memang sedap
Etuza tak makan sejuk sangat. Tengok anak2 makan aiskrim dah kenyang.

Pemanduan kini bermula ke Desa Cattle. Macam tidak sabar sampai ke sana, kerana menurut sumber hanya pada awal pagi Gunung Kinabalu amat jelas kelihatan kerana tidak berembun tebal atau kabus tebal. Jika sudah petang hari Gunung Kinabalu besar kemungkinan tidak kelihatan langsung.Rugi ke sini jika tidak berpeluang melihat Gunung Kinabalu.

Semasa di Desa Cattle, baru Etuza dan ibu tersedar rupanya jaket yang di pilih Aliya sangat sesuai dipakainya. Nampak smart dan kemas kelihatan dirinya. Patutlah tidak berganjak mahukan jaket merah yang Etuza anggap buruk pada awalnya. Itulah serba sedikit perubahan diri si bongsu kami, dalam usia dia kini mulai memilih pakaian sendiri dan berbagai alat lain yang dia suka. Bukan lagi seperti dahulu semua ibu dan Etuza yang memilih untuk dia.Ha dah baca klik SINI penting informasi untuk anda.Jumpa lagi. Mahu rezeki usah malu klik dan klik perkataan SINI.



Upgrade Restoran Second Cup Cafe, Keningau.

$
0
0
Upgrade Restoran Second Cup, Keningau. 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Ruang oder pelbagai makanan atau juadah yang sedap2 di Second Cup
Restoran yang semakin terkenal selepas upgrade suasana..atau tempah Jauh dari habuk tu yang best!.
Hari ini hendak memperkatakan perkara lain, asyik cerita di Kundasang, Ranau saja, kali ini Etuza buat kelainan iaitu mempromosikan sebuah restoran yang cantik dan menarik suasana dalam dan luarannya iaitu Restoran Second Cup, milik orang Melayu berasal dari Negeri Kelantan.

Terpikat hendak ke sini apabila melihat banner promosi selepas upgrade suasana dari segi prabot dan susun atur Restoran Second Cup di Keningau. Wah! sebaik masuk ruang dalam restoran ini terasa special dan amat bersyukur adanya Restoran Second Cup yang menarik untuk santai sambil menjamu selera kita.

Dari segi menu, anda boleh lihat terdapat berbagai kuih muih yang disajikan. makanan lain juga siap di promosikan kepada pelanggan yang datang. Jika hendak mengadakan party atau hari lahir dalam kalangan keluarga boleh rasanya datang tempat kek atau tempah tempat ini khasnya pada ruangan dalam Second Cup. Best tu.

Baiklah setakat itu sahaja dapat dikatakan tentang Restoran Secod Cup yang menarik di Keningau ini. Familiy Etuza sudah selalu ke tempat ini. Tetapi selepas upgrade baru first time 22 Okt 2017 Etuza masuk restoran ini. kepada masyarakat Keningau, sudilah datang ke restoran ini. Begitu juga kepada pelawat atau pelancing dari pelbagai negeri di Malaysia. Andai datang ke Keningau inilah antara Restoran yang sangat mudah di jumpai sebabnya berdepan dengan traminal atau parking Teksi  Keningau ke Kota Kinabalu. Selamat menjamu selera di Second Cup, Keningau.

Ini suasana di luar Restoran Second Cup..memang ramai pelanggan datang
membasahkan tekak. Makan kuih- muih  yang berbagai rasa dan aneka bentuk..

Kaunter pembayaran juadah atau menu yang kita oder..
Cubalah datang di Second Cup hari ini..pasti gembira dengan makanan lazat di sini..

Susunan menu di Second Cup..class juga restoran Orang Melayu ni..
Pemiliknya berasal dari Negeri Kelantan..
Kenyang setakat makan kuih atau bun di Second Cup sudah cukup puas hati
Makan soto ayam atau makanan goreng..pansti nak oder lagi..
Wah bahasa promot..
Suasana dalaman Second Cup..prabot lawa..macam rumah lah pula..
Rugi tidak mampir ke Second Cup Restoran..
Entry Etuza tentang Second Cup di blog kesayangan..KLIK SINI

Kambing & Lembu Di Lembah Gunung Kinabalu

$
0
0
Kambing & Lembu Di Lembah Gunung Kinabalu

Anak kambing putih yang menghiburkan di Desa Cattle
 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Anak kambing yang baru lahir dan anak-amak lembu yang baru lahir selain pekerja di Dairy Farm Desa Cattleyang ramah adalah sebuah ladang indah yang mengusahakan lembu tenusu sangat menarik perhatian pelancong untuk berkunjung di kandang anak-anak kambing & lembu. Menariknya haiwan ini ialah mempunyai bulu yang menarik iaitu berbulu putih dan gebu. Selain amat jinak serta mudah memakan rumput apabila dihulurkan.

Pada Etuza disinilah adanya hubungan tiga makhluk yang Allah ciptakan. Kita yakni manusia yang ada akal kena INGAT BAHAWA TIGA HIDUPAN ITU KINI BERINTERAKSI ANTARA SATU SAMA LAIN. Rumput sebagai tumbuhan menjadi keperluan kambing dan lembu, manusia memelihara lembu dan kambing untuk mendapatkan susu dan daging untuk di makan. Selain itu haiwan itu dijadikan sebagai daya penarik kepada ramai pelancong untuk mendekatinya, membelai anak kambing dan lembu sebenarnya ada nikmat yang luar biasa. Terjalin dua perasaan antara haiwan dan manusia yang saling memerlukan. Lahir rasa kasih dan sayang. Begitulah kehebatan kuasaNya. Subahanallah.

Kepada anda cuti sekolah di bulan Disember 2017 tidak lama lagi, maka buat lah perancangan bercuti di Sabah dan jangan lupa singgah di Kundasanga, Ranau nanti. Pasti berbaloi percutian anda dan anak-anak tersayang.

 Selain anak kambing ada   juga anak lembu yang baru lahir
Tetamu dapat melihat dengan dekat anak2 lembu yang corak kulit menarik.
serta memakan rumput apabila di hulur.
Lembu New Zealand di Desa Cattle Kundasang Ranau.


Perlu Sekali Ingat Hari Kelahiran Insan Tersayang

$
0
0
 Perlu Sekali Ingat Hari Kelahiran Insan Tersayang

Asalamualaikum semua.

22hb Okt 2017 bersamaan hari Ahad adalah hari istemewa kepada putera Etuza yang pertama. Mulanya hendak rancang bawa anak-anak buat kejutan di sebuah restoran di Bandar Keningau. Semua telah Etuza rancang tinggal melaksanakannya sahaja.  Nampaknya plan tidak menjadi pada saat-saat akhir, kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan. Jadilah sambutan hari kelahiran putera pertama Etuza seringkasnya dengan hanya membeli kek untuk si bujang ini. Namun rupanya sambutan yang ringkas serta kejutan ringkas ini mampu membuatkan dia begitu gembira sekali. Itulah kebahagiaan kami ayah dan ibu kepada anak-anak kami yang disayangi.

Kek hari ulang tahun kelahiran anak lelaki Etuza

Anak bujang pertama Etuza ni, mudah sahaja tidak cerewet dan tidak apa-apa perlu sibukkan apabila sampai hari istemewa. Katanya cukup lah ayah dan mak doakan kebahagiaan masa depan kami adik beradik. Kek yang ada terlalu besar makannya dan cukup memberikan rasa kegembiraan katanya. Tidak ada kek pun tidak apa baginya. Tetapi bagi ibubapa andai ada kemampuan dan mempunyai kesempatan meraikan hari gembira, pasti diadakan majlis hari lahir dengan lagi meriah. Meriah dengan kehadiran teman-temannya bersama menandah tangan agar anak diberikan olehNya tubuh badan yang sihat dan sentiasa dirahmatiNya. Kabulkan harapan dan cita-citanya serta berjaya mencapai apa yang dihajati dalam kehidupan masa depan dengan mendapat keredahaan Allah.


Potong kek cedok satu hiris terus makan..buat apa yang perlu
Usah membazir katanya..Kek ni sudah istemewa. 
Terima kasih mak ayah..tu ja diucapkan..
Semoga anak bujang Etuza ini dikurniakan oleh Allah kesihatan dan usia yang bermanfaat, dimurahkan rezeki dan di mudahkan apa juga urusan mendatanginya. Sentiasa menunaikan ibadah solat WAJIB dan sentiasa berbuat baik serta amalan yang baik walau di mana berada. Aamiin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Bujang ada topi pada gambar, dia lah pemilik kek 
istemewa hari kelahirannya...Syukur Alhamdulillah..

Klik SINI 

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang


Gambar bujang bertopi ..mudah saja kenal dia ni..suka pakai topi..
Gambar dia dan kawan-kawan time ke Tasik Lambaka Kelantan..masa kursus Farmasi

Aspek Disiplin Tinggi & Kerjasama Amat Diperlukan.

$
0
0
 Aspek Disiplin Tinggi & Kerjasama Amat Diperlukan.
 Pasukan kawad kaki SK. Penagtan Keningau 

Ketua Pasukan : Kenny Berni Faizal
Pemegang Bendera Kejohanan : Standjerrico Dominic
Bendera Jalur Gemilang : Deddyson Damianus
Bendera Sabah : Syafiq Ben
Ratu 1 : Grace Nur Bariya Samason
Ratu 2 : Balqis Qistina Fadhil
Maskot / Badut : Amril Rian & Fransisca Parson 

Segar dipandang pakaian pasukan sekolah dengan tema HIJAU.Nun di sana
kelihatan Nur Aliya ( anak bongsu Etuza )

Arena sukan memang acara yang sangat ditunggu - tunggu oleh sebilangan besar murid di sekolah. Sukan bertujuan untuk menyeimbangkan aspek JERI tiap murid. JERI ialah singkatan kepada Jasmani. Emosi, Rohani dan Inteliktual. Dengan itu aspek kemahiran sukan amat dititik beratkan di sekolah seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan genarasi sihat dan berpengetahuan dalam akademik dan sukan.

Aktiviti lain yang wajib dalam arena sukan ialah mengadakan pertandingan kawad kaki atau perbarisan setiap sekolah yang menyertainya. Justru itu sekolah Etuza telah menyahut cabaran untuk menghantar seramai 36 peserta dalam pertandingan kawad kaki atau acara perbarisan yang diwakili 10 buah sekolah di Zon Pegalan Keningau, Sabah baru-baru ini.

Ratu ( pemegang papan tanda sekolah) cantik berpakaian tradisional Sabah.

Ternyata bukan mudah dalam menyertai pertandingan ini, apa tah lagi jika sesi latihan amat suntuk. Selain itu aspek disiplin murid sangat di tuntut dalam menjayakan bersama kesepakatan ke arah kejayaan yang membanggakan. Disiplin dan kerjasama semua pihak harus bersatu. Tetapi andai ada segelintir peserta atau ahli yang sering gagal ke lokasi latihan dan disiplin juga amat rendah maka bersedialah menrima hakikat kekalahan.  Mungkin itu yang bakal diterima kiranya disiplin dan kerjasama yang dimaksudkan tidak dicapai. Berlakulah sekadar menyertai dan mencukupkan bilangan 10 buah sekolah yang bertanding.

Alhamdulilah Etuza turut menjayakan program kawad kaki pasukan sekolah.

Sekolah Etuza dalam acara ini, sedia menerima dan akur apa juga keputusan. Usaha sedari awal telah dibuat. Ketegasan dan usaha melatih bersungguh-sungguh sudah dijayakan, tinggal daya usaha dan kemahuan murid atau peserta beraksi di lorong perbarisan. Syabas dan tahniah kepada Rumah Sukan Merah sekolah Etuza yang terdiri dari Siti Kaidah, Ahini H, Dominic G, Hazlawati A, Salbiah N dan tiga orang guru pelatih IPGM kerana berjaya menyediakan pasukan perbarisan ini. Kalah dan menang adalah adat bertanding. Tahniah kepada sekolah SK. Pekan, Keningau, SK.Magatang, Keningau dan SK.Ansip kerana berjaya mendapat tempat 1,2 dan 3 dalam acara kawad kaki MSSS Zon Pegalan pada 10 dan 11 hb Oktober 2017.
Sabar dalam panas terik di padang Komples Sukan Keningau

Kenny Berni Faizal - Ketua Pasukan..

Kawad dimulai di garisan ini

Patutlah tidak mendapat tempat tengok tangan tu ketara betul lah..
nilah akibat bila disiplin murid itu sendiri tidak di jayakan oleh 
murid itu sendiri..

Antara guru-guru wanita sekolah yang bertungkus lumus 
menjayakan murid dalam acara kawad kaki pada 11hb Okt 2017

Intipati Bajet 2018

$
0
0
Intipati Bajet  2018

Lihat kehidupan ini penuh dengan warna warni ragam hidup..
Harus diteruskan dengan penuh ceria, kerana dengan bersedih mungkin 
anda akan mengalami banyak tekanan hidup. By Etuza

Asalamualaikum semua.

Bajet 2018 adalah informasi yang benar-benar ditunggu-tunggu sejak beberapa hari lalu. Ramai masyarakat  Malaysia memperkatakan hal Bajet 2018. Mereka amat teruja hendak mendengarkannya menerusi pengumuman Ketua Menteri Malaysia.  

Jumaat hari ini 27hb Okt 2017, pengumuman dari Perdana Menteri Datuk  Najib Tun Razak telah mengumumkan Bajet 2018 secara rasmi di kaca televisyen. Pengumuman Bajet 2018 kini telah meredakan sedikit impian para perkhidmat awam serta rakyat Malaysia.

Dapat di ringkaskan Intipati Bajet 2018 adalah seperti berikut di bawah:-
  1. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
  2. Kenaikan pangkat time- based kali 2  bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun.
  3. Memberi  faedah persaraan ( bersara atas sebab kesihatan )
  4. Nenbenarkan GCR melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
  5. Menaikkan CRK bagi Pegawai Perkhidmatan  Pendidikan daripada 7 ke 10 hari setahun.
  6. Kemudian 7 CTR sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
  7. Menambah waktu bekerja berperingkat iaitu bermula 9.00 pagi  - 6.00 petang.
  8. Pakar perubatan Gred UD 54 dan ke atas ( telah diwartakan 4 tahun ) diberi kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan waktu kerja fleksi.
  9. Pegawai wanita mengandung 5 bulan  ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam ( bekerja di lokasi yang sama)
  10. Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari ( max 90 hari ) setahun.
  11. Kursys sarjana dan PHD secara in -house.
  12. Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1000.
  13. Pe4rluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara.
  14. Bayaran khas RM1500 kepada pegawai penjawat awam. klik SINI infor Bajet lagi jelas.

Angka 502 Dalam Blog Anda. Mengapa ?

$
0
0
Angka 502 Dalam Blog Anda. Mengapa ?

Asalamualaikum & Sakam Sejahtera Semua.

Gambar sekadar hiasan .
( Perlakuan tersenyum dengan ikhlas akan 
menjauhkan kita dari tekanan. Senyumlah kerana seyuman 
itu juga satu SEDEKAH )

Bertemu lagi di arena blog ini. Terasa terpanggil hendak membuat catatan tentang keadaan di blog setiap laman blog milik bloggers di mana-mana di Malaysia. Ruangan followers yang Etuza suka tengok nampaknya hanya memaparkan angka 502. Kenapa dan mengapa terjadi begini? Adakah blogger lain yang mampu memberikan kenyataan jawapan dan penjelasan. Harap angka no 502 itu tidak mengganas harap segera di bendung khasnya oleh kuasa GOOGLE.

Angka 502 di blog anda seperti ini.
502. That’s an error.
( hanya pihak Google mampu merungkainya KENAPA? )
Jika ruangan followers dalam blog kita dinaik tarafkan agar lagi cantik menarik menawan, tidak apa lah juga. Tetapi andai ruangan followers old style itu di lumpuhkan maka seri wajah blog setiap individu kuranglah sudah. Kurang daya tarikan kepada para bloggers khasnya. Jika pembaca di luar sana yang sering dahagakan informasi  bahan bacaan mereka tidak kisah sebab pembaca biasanya hanya membaca dan tidak membuat tinjauan tentang template blog milik kita. Sebab itu mereka pasti tidak nampak apa itu ruangan follower. 

Terdapat beberapa blogger mulai bertanya hal angka 502, sebegitu juga Etuza kini merasa agak kehilangan ruangan followers tersebut. Pada yang telah berjaya merai followers juta itu pasti merasa agak kehilangan. Semoga ruangan itu nanti akan kembali pulih dan seperti biasa akan kelihatan di sisi blog milik kita. Baiklah sebelum undur diri klik lah JEMPUT REZIKI semoga menjadi milik anda. Salam sayang semua.BAJET lagi jelas.


Hotel Zara's Di Jalan Sambulan Kota Kinabalu, Sabah.

$
0
0
 Hotel Zara's Di Jalan Sambulan Kota Kinabalu, Sabah.

Bergambar di Bandaraya Kota Kinabalu..

Asalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Jika anda hendak bercuti di tempat yang jauh pastikan anda terlebih dahulu membuat booking tempat tinggal seperti di hotel atau homestay yang ada biasa dan tahu lokasi tempat berteduh sekitar satu malam atau dua malam. Jika tidak bertindak menghubungi tempat tersebut pasti anda dan keluarga akan mengalami kehabisan tempat tinggal yang anda harapkan.

Baru-baru ini Etuza suami isteri datang melawat anak di Universiti Malaysia Sabah. Kami memilih Hotel Zara's di Sambulan Kota Kinabalu sebagai tempat berteduh. Harga RM 165 satu malam memang sesuai dengan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan di Hotel Zara's ini. Alhamdulilah tanpa banyak soal kami terus ke tempat ini bersama anak ke tiga.

Tengok suasana dekat ruang Zara Hotel ini, memang ceria dan menarik.

Bilik yang kami dapat memiliki kelengkapan termasuk ruang bilik air yang lengkap dan bersih.Biasalah jika menginap di hotel yang mewah pasti dilengkapi keperluan yang sepatutnya dan berbaloi dengan harga yang diminta. Cuba lihat gambar dan suasana di Hotel Zara's. Menarik sekali sesungguhnya amat bersyukur apabila menginap di Zara's Hotel ini.

Antara sudut di Zara's Hotel yang menarik ..ambil kenangan di
ruang tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tempat tinggal di Zara's Hotel Kota Kinabalu cubalah klik link SINI.Dan dapatkan perkhidmatan yang terbaik dari Zara's Hotel. 
Cantk sekali kan...datanglah ke Zara's Hotel Kota Kinabalu..
Menarik tempat berteduh untuk pelancong..

Kenangan di Zaea's Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Selain tempat yang menarik, Zara's Hotel juga menyediakan pakej sarapan pagi kepada kami bertiga. Menu atau juadah sarapan pagi, humm!! semuanya sedap sekali. Tengoklah makanan anak dan isteri Etuza. Minum susu panas, tea dan sebagainya ada di sediakan. Biasanya tiap hotel terkenal pasti sebegini untuk pelanggan yang datang ke hotel tersebut.


Suasana tempat makan yang unik di Zara's Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Tatacara makan di ruang makan hotel terkenal, semoga sedikit membantu  kepada yang belum ada pengalaman menjamu sarapan pagi atau makan makan di hotel terkenal.


1. Tiket percuma makan sarapan pagi jangan lupa bawa ke ruangan makan hotel tersebut.
2. Hargai pelayan dengan senyuman dan ucapan salam selamat pagi.
3. Datang ke arah menu-menu sajian atau juadah yang disediakan dengan hati-hati kerana pelanggan lain juga turut ada di ruangan tersebut.
4. Ambil minuman terlebih dahulu, baru makanan utama sarapan anda dan buah-buahan.
5. Duduk dengan tertib jangan tarik kerusi hingga berbunyi akan menganggu tetamu lain.
6. Mulakan dengan bacaan doa dan makanlah dengan penuh syukur dan gembira dengan rezeki dariNya.
7. Alhamdulilah dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pelayan di Hotel terkenal tersebut.

Sebelum makan sarapan pagi..kami bergambar dahulu.
Jom sarapan pagi...Terima mkasih Hotel Zara's

Viewing all 1302 articles
Browse latest View live