Perkenalkan Sahabatku Sejati Di Dunia Dan Di Akhirat
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Gamabr anak lelaki keempat dan anak perempuan kedua ketika
di Kundasang Ranau, Sabah.
Bertemu lagi di udara maya yang sesungguhnya ada keseronokan yang tersendiri. Ada kegahirahan yang hanya pencinta infor sahaja yang mampu merungkainya.
Perkenalkan Sahabatku Sejati Di Dunia Dan Di Akhirat inilah tema pada artikal Etuza kali ini. Sebenarnya hendak perkenalkan kepada anda anak lelaki Etuza yang ke empat. Anak perempuan yang ke dua selalu masuk blog. Tetapi sejak berusia 14 tahun anak lelaki ke empat Etuza ini seakan malas dan segan hendak bergambar. Sampai tahap memujuk dia tetap tidak mahu dan menjauhkan diri atau masuk bilik jika di dalam rumah. Alamak apa jadi dengan dia kan.
2017 ini anak ni berusia 15 tahun. Tinggi dari ayahnya , badan pun besar gen dia ikut mana Etuza tidak tahu. Cuma alhamdulilah syukur kepada Allah diberi anugerah hebat berupa anak-anak yang sihat dan sempurna fizikal sifat mereka.
Tiba-tiba dapat juga tangkap gambar anak ini di percutian kami sebagai hadiah kepadanya selepas menduduki PT3 baru-baru ini. Ada sedikit berubah cara dia melayan ayahnya bila Etuza hadapkan kamera ke arah dia. Nama dia Ibnu Mustaqim merupakan anak lelaki ke empat Etuza, sebenarnya agak malu memperlihatkan wajahnya kerana ada sedikit jerewat dekat muka. Kesian juga nampak tetapi itu proses remaja bagi lelaki apa kan daya. Untuk pembaca blog Etuza diabadikan lagi gambar lain sebagai hiasan blog ini.
Ke mana ibu dia nak pergi dia mahu ikut sama..
jadilah mereka bagaikan Sahabat Sejati..
bahagianya tengok mereka ni. Alhamdulilah..

Bersama anak ke 3 dan kedua anak perempuan Etuza
di Desa Cattle Kundasang Ranau, Sabah
di Desa Cattle Kundasang Ranau, Sabah
Ha nilah live anak lelaki ke empat Etuza..Ibnu Mustaqim..
Ada ke iras Etuza ...Gurau saja ya...