Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Puisi Luahan Rasa

$
0
0

 Puisi Luahan Rasa

Lupakah aku ..
Kehidupan di hari muka..
Kehidupan yang akan di lalui..
Mengisi ruang waktu di usia senja..
Dalam keadaan bahagia sekali..
Melihat tawa,senyum dan kalibat mereka..
Mendengar tangisan, jeritan bertimpa..
Minta disayangi dan diperhatikan..
Meminta agar keperluan dipenuhi..
Sesaat tak ingin terpisah jauh..

Justru kesibukan melihat, mendengar..
Membesarkan mereka menjadi manusia..
Menjadikan aku lupa ...
Lupa bahawa suatu masa...
yang aku lihat ..
yang aku dengar..
yang aku perhati depan mata..
Yang aku sayangi dan kasihi..
Perlahan akan menjauh dariku..
Apabila mereka menuntut kehidupan hari muka..
Aku tidak akan bersama mereka..
Tetapi memintal rasa rindu ..
Menyulam rasa kesendirian..
Kerana semuanya beralih arah di rantau orang..
kala itu aku tidak terfikir hakikat ini..

Baru kini aku tersentak dari lena yang panjang..
Rupanya anugerah hebat itu..
Bukan di sampingku selalu..
Bukan di depan mataku selalu..
Hakikatnya perlahan -lahan mereka jauh di sisi
Hanya kerana menuntut kehidupan mereka..
Membentuk jati diri..agar tergapai impian..

Aku tidak brdaya menahan..
Aku tidak mampu menghentikan kedewasaan mereka..
Semuanya di luar batas upayaku..

Aku hanya mampu berdoa dan berdoa..
Rahmatilah mereka ..
Berkatilah kehidupan mereka..
Pelihara mereka dari semua derita..
Berilah mereka kehidupan di hari muka..
Lebih indah bahagia sesudah kehidupan ku ini..

Puisi Luahan Rasa : Etuza.





Kata Madah 06

$
0
0
Kata Madah 06
Salam Sejahtera Semua.

Gambar sekadar hiasan..

Dua antara banyak kunci kebahagaian rumahtangga.
Ikhlas 
Bertolak ansur

Laluilah alam rumah tangga dengan penuh IKHLAS menerima 
kelebihan atau kekurangan pasangan anda.

Dan BERTOLAK ANSUR  
dengan pasangan anda adalah satu amalan yang menjamin kebahagiaan 
rumah tangga anda. By Etuza

Pilih Murah Atau Berkualiti

$
0
0
Pilih Murah Atau Berkualiti
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Sebagai pengguna adakah kita tergolong dari golongan yang sentiasa berwaspada, tidak mudah terpengaruh atau tergolong dari golongan pengguna yang mudah terpengaruh. Sebagai rakyat biasa yang berpendapatan sederhana sebaiknya kita memilih untuk menjadi lebih bijak dalam berbelanja.Adakah kita pengguna yang benar-benar bijak atau bagaimana.

Sebagai contohnya, kita ternampak paparan banner besar semurah RM2.50, malah ada yang semurah RM 1.50 dalam pelbagai jenis barangan dapur. Kemudian kita terpedaya oleh promosi atau iklan yang besar sekali, kita masuk ke shoping dan membeli itu ini kerana terasa seronok dengan harga yang semurah dalam banner. Tipulah jika Etuza dan keluarga lain tidak membeli. Setelah berpuas hati datang ke kaunter dan bayar mencecah hampir RM200. Banyak juga tu walaupun dalam himpunan harga RM2.50 setiap satu set barangan yang dibeli.

 Sampai di rumah mulai lah menggunakan barangan RM2.50. Tanpa terduga sekali pakai ada yang rosak walaupun bukan semua. Mulaia rasa tertipu kesal dengan sikap mudah terpedaya. Apakan daya sudah membeli berbagai alat keperluan, ratusan ringgit sudah dibelanjakan tetapi akhirnya kualiti barangan dibeli kurang berbaloi dari segi ketahanannya. Namun bukan semua cepat rosak ada juga yang tahan hingga bertahun lamanya.

Sebagai pengguna, ada baiknya kita berdisiplin dalam membuat pembelian dalam berbagai produk masa kini. Di mana sebahagian dari produk tersebut tidak berkualiti. Nasihat dan pesan Etuza kepada diri sendiri, belilah barangan yang agak mahal tetapi kualitinya tinggi hingga anda menggunakannya merasa amat berpuas hati. Kata orang " MENANG MEMBELI MENANG MAMAKAI"
Bermaksud barangan yang mahal yang kita beli tetapi kita merasa amat berpuas hati terhadap kualiti barangan tersebut sehingga tidak lagi berulangkali membeli barangan yang sama apabila kualiti rendah dan cepat rosak.

Antara kegunaan barangan dapur yang kita beli, tempat juadah yang berbagai jenis.

Berbagai barangan alminium atau stil yang dijual dalam 
harga yang cukup murah.Memang kita terpedaya..

Di susun cantik menjadikan kita terpikat..
dan membeli, bijak lah menjadi pengguna...

Ruangan di lorong ini..selalunya menjadi kegemaran Etuza
membeli untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan..harap ada juga kualitinya..

Barangan stil yang murah..pastilah terbeli juga..
keperluan sehari-hari..kadang bila semua alat di dapur nampak baru
 seisi keluarga merasa gembira.

Awas Tak Kenal Maka Tak Cinta

$
0
0
Awas Tak Kenal Maka Tak Cinta

Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua.

Hari Sabtu malam ini akan berlabuh dan akan tutup tirai hari Sabtu, dan akan mun cul hari Ahad yang kita harap hujung minggu yang bermakna dalam kehidupan kita. Ada masa kesempatan Etuza klik blog melihat dan membaca paparan teman blogger lain. Kebetulan hujan di waktu petang di daerah Etuzam selain tunaikan solat Etuza pasti akan ke blog kesayangan ini.

Apabila aktif berblog akan hadir kehabisan idea mengisi halaman catatan pada blog. Etuza tidak nafikan. Dengan itu segera terlintas hendak lihat folder di komputer jika ada tersimpan gambar si miow yang kami namakan Kelabu Asap, Kelabu asap sudah acap kali masuk ke laman Etuza ini sejak kecil hingga sekarang kucing ini maintain, gebu, bersih dan bermata biru yang agak besar bulat. Untuk anda lihat beberapa aksi si Kelabu Asap.

Gambar full body Kelabu Asap..tengok matanya agak galak..

 Ciri-Ciri kelabu Asap.
1. Merupakan kucing betina yang sihat dan gebu, kucing betina.
2. Mata bulat dan warna biru, pada hujung telinga kelabu asap
3. Tidak suka disentuh, tetapi suka disentuh yang dirancang
4, Suka makan wiskes 
5. Suka bersendiri 
6. Rajin membersihkan dirinya..
7. Tidak suka berkongsi makanan.
8, Suka memanjat pokok
9. Sangat marah di dekati kucing jantan. Akan mengaum dan cakar kucing jantan.
10. Bersih dan tiada taik matanya. Sihat gebu dan menarik dipandang.

Jika ada yang tidak kenal Kelabu Asap, pasti akan keliru melihat telatahnya yang garang dan mengaum jika di ganggu khasnya  sesama kuching. Jika anda hendak membelai Si Kelabu Asap hendaklah membeli pada bahagian  bawah dagu Kelabu asap agar kucing ini mendapat kasih sayang dari manusia seperti kitA.

telatah si Kelabu  Asap

.)


Promotkan ARBA TRAVEL

$
0
0
Promotkan ARBA TRAVEL
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

ARBA TRAVEL terbaik lah..mari sokong Syarikat ini..

TEAM ARBA TRAVEL

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh graduan luar negara, ARBA Travel kini menjadi antara syarikat pelancongan yang berkembang secara pantas di Malaysia. 
Bermula dengan 3 orang, kini ARBA Travel berkembang kepada lebih 20 orang pekerja sepenuh masa.
Dari 1.2 juta SME di Malaysia, ARBA Travel telah dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia.
Untuk hubungi ARBA sila klik SINI. Sila juga Klik SINI untuk mengetahui siapa syarikat ARBA Travel.com.Jika mahu tengok PAKEJ travel ke negara  lain sila klik SINI. Pasti teruja. Jom travel bersama ARBA, dilindungi dan selamat. InshaAllah. Imoian Etuza ke KOREA dan TURKI. Semoga Allah berikan rezeki, aamiin.
Alamat dan no perhubungan ARBA ialah :-

NO TELEFON IBU PEJABAT

03-8957 7572

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat : 9.45am – 3.45pm 
(selain cuti umum)

10 Pukulan Simbol 10 Buah Pasukan MSSS Zon Pegalan Kali Ke 52. Saksikan

$
0
0
10 Pukulan Simbol 10 Buah Pasukan MSSS Zon Pegalan Kali Ke 52. Saksikan

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Saksikan bagaimana gimik pelancaran kejohanan Sukan MSSS Zon Pegalan kali ke 52 yang telah dilancarkan oleh En. Mohd Azlie Bin Mohd Tali, Penyelia Kokurkulum PPD Keningau, Sabah pada 18 Oktober 2018 di Kompleks Sukan Keningau. Dianjurkan oleh SK.Penagatan, Keningau selaku tuan rumah kejohanan ini.

 Saksikan..simbolik dan TRADISIONAL..


Vedio perarsmian MSSS Zon Pegalan kali ke 52 
Hebat dan penuh warna-warni

Kata Madah 07

$
0
0
Kata Madah 07
Asalamualaikum & Salam Sejahtera

" Setiap kali kita meminta tolong dan diberi pertolongan, ucapkanlah Alhamdulillah dan terima kasih" Etuza.

Tazkirah & Motivasi No 15

$
0
0
Tazkirah & Motivasi No 15
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Tazkirah Ringkas Pagi Isnin

Tradisi Masyarakat Sabah

$
0
0
Tradisi Masyarakat Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Bertemu lagi di arena blog, dan blog Etuza ini merupakan blog yang Etuza sayangi. Selagi ada kesempatan dan idea selagi tu ada kemasukan entri baru. Sokongan dan kemahuan berblog harus ada pada  skala tinggi, jika tidak kita tidak mampu menaikkan entri baru di blog. Apa tah lagi jika dalam keadaan terpaksa. Bukan mudah untuk kekal di persada blog, jika berblog suam-suam kuku seperti Etuza. Blogger yang sepenuh masa, tabik dan hormat dengan mereka. trafik blog mereka pasti MENCANAK NAIK.

Wah panjang pula intro Etuza. Terbaru sekolah Etuza menjadi tuan rumah ( pengerusi penganjur ) Majlis kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Zon Pegalan kali ke 52 2019. Antara yang menarik pada kejohanan ini mengikut pemerhatian Etuza ialah, sekolah kami telah berjaya mengadakan satu  tenda atau satu alat yang digunakan untuk Gimik Perasmian MSSS Zon Pegalan, iaitu alat menyangkut Gong yang sangat unik dan kreatif. Idea menghasilkan tenda atau alat unik ini ialah Cikgu Noratiqa Abdullah. Jika anda tengok memang kreatif dan di buat daripada alat yang tahan lama. Menggunakan kayu bulian dan di varnis sangat kemas.

Gimik ini di palu sebanyak 10 kali menunjukkan sebanyak 10 buah sekolah yang bertanding dalam MSSS Zon Pegalan ini. Ramai individu masa pelancaran MSSS Zon Pegalan merasa kagum dengan pengurusan sekolah Etuza sebagai penganjur kesukanan ini. Syabas dan tahniah Etuza ucapkan kepada sekolah Etuza sendiri. Gog di palu dengan pemukul yang disimpan di dalam sikutan yang dibuat daripada rotan itu. Gong pula kelihatan ada ukiran yang menarik.

 Tradisi Masyarakat Sabah ini sebenarnya tetap terjaga dan selalunya diadaptasi atau diguna pakai apabila ada acara atau keramaian tertentu sambil di iringi alunan muzik paluan gong dengan di iringi tarian SUMAZAU oleh orang Kadazan Dusun.

Unik hasil cipta Pn. Noratiqa Abdullah 

Ambil gambar kenangan JOHAN acara perbarisan 

Etuza bersama ibubapa.berehat sambil menyaksikan persembahan Silat dan Tarian Rampaian
di padang Kompleks Keningau.


Penghargaan & Kawan Baru

$
0
0
Penghargaan &  Kawan Baru
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Pihak sekolah Etuza telah memanggil saudara Mohd Hafizi Abdullah ke perhimpunan rasmi sekolah pada 22 Oktober 2018 bersamaan hari Isnin tepat jam 7.20 pagi. Tujuan di jemput adalah untuk diberi anugerah atas usaha sama membantu pihak sekolah dalam pengurusan dan memberikan latihan intensif kepada peserta Perbarisan Pasukan sekolah Etuza.

Ilmu yang diperturunkan oleh beliau itu sangat dihargai oleh seluruh warga sekolah. Dan Etuza selaku guru yang diberi arahan menjadi ketua pengurus perbarisan dan juga selaku pembantu jurulatih perbarisan amat berbangga dengan kesungguhan dan keilhlasan saudara Hafizi Abdullah yang bertugas sebagai salah seorang Pegawai Di Jabatan Penjara, Keningau, Sabah.

Penghargaan telah di sampaikan oleh Tuan Guru Besar. hadiah yang telah diperolehi oleh Saudara Hafizi Abdullah ialah antaranya Sijil dalam fram, hamper dalam bakul, Kek Istemewa dan wang Saguhati dalam sampul surat. kami warga sekolah cukup berterima kasih kepada saudara Hafizi kerana sekolah Etuza bagi tahun ini telah di nobatkan sebagai JUARA perbarisan di MSSS Zon Pegalan kali ke 52.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada En. Hafizi A

Etuza sedang menemani Saudara Hafizi di kantin Sekolah

Etuza ambil kesempatan bergambar dengan orang berilmu.

Ilmu dalam seni gerakan badan. Banyak pergerakan baru yang kini Etuza pelajari dari saudara Hafizi Abdullah. Sekali gus kami menjadi rapat dan jadilah saudara  Hafizi Abdullah kawan baru Etuza. Semoga kami menjadi sahabat yang saling bekerjasama apabila diperlukan.

Lion Air JT-610 ( 189 Penumpang ) Takziah Kepada Keluarga Mangsa

$
0
0
Lion Air JT-610 ( 189 Penumpang ) Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Asalamualaikum & salam Sejahtera Semuanya.

Hari ini kita mendapat berita yang tidak baik tentang Lion Air JT-610 Kapal terbang dari jakarta, milik Indonesia jatuh terhempas ke laut yang sepatutnya  menuju ke Pankal Pinang.

Apabila membaca paparan dari whatsup terasa bergetar hati nurani ini. Ya Allah dariMu kami datang dan kepadaMu kami akan kembali. Ampuni dosa kami yang masih hidup dan ampuni dosa oarang yang telah meninggal dunia.

Berita atau informasoi dari web SAYS klik SINI 

Gambar dari laman SAYS Takziah kepada keluarga mangsa.

" melaporkan bahawa kesemua 189 penumpang termasuk krew kapal di dalam pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas pagi tadi telah terkorban" Al fatihah 
Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat ini di Indonesia.Reda dan serahkan semuanya kepada Allah. Allah lebih sayang mereka.

Bunga Jenis Setawar Kekal Di Laman

$
0
0
Bunga Setawar Kekal Di Laman
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Nama Bunga : Bunga jenis setawar


Jika berniat hendak menanam bunga jenis daun setawar berdaun maron dan berjalur seperti dalam gambar, anda haruslah tahu serba sedikit asas penjagaan bunga ini agar tidak lupus di laman anda.

Tips penjagaan jenis Bunga Setawar ini antaranya ialah :-
1. Tanam di kawasan yang agak teduh, tidak terlalu terdedah pada kepanasan cahaya matahari.
2. Siram kala pagi dan petang atau paling kurang siram sekali sehari.
3. Letak dedaun yang masih hijau ke tepian pasu pada tanaman bunga setawar akan tumbuh anak-anak bunga setawar, justru itu kepupusan bunga ini tidak akan berlaku.
4. Jika hendak subur boleh letak baja subur dan baja bunga, kerana bunga setawar ini sebenarnya mengeluarkan bunga yang unik.
5. Ambil pucuk untuk kurangkan batang bunga tanam pada bayung agar sentiasa ada bunga setawar baru.
6. Guna tanah hitam yang gambut, pasti subur si bunga setawar anda.
7. Buang ranting daun setawar yang mulai tua dan kering.

Selamat mencuba. Bunga setawar tahan di laman dan kekal di laman anda hanya dengan usaha yang berterusan menjaganya, memeliharanya.



Bunga Setawar di laman Etuza

Kereta Idaman IRIZ

$
0
0
Kereta Idaman IRIZ
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.

Kereta idaman IRIZ. Ini wajahnya, ini corak dan modelnya. Cantik juga kereta yang awal tahun 2018 di promosikan. InshaAllah akan beri kupasan dapatan pembacaan Etuza tentang IRIZ. Dah mula sibuk mengawas peperiksaan dahulu. Bye.
Akan update balik ya.




  • 5 Mil Safety Tinted (RM1088)
  • Full Tank Petrol
    (RM70 and above)
  • SmartTag and Touch n Go (RM150)
  • Ambi Pur
    (RM15)
  • Sun Visor Decal
    (RM30)
  • Steering Lock
    (RM40)
  • Umbrella
    (RM40)
  • Mystery Gift

Berkenalan Dengan Blog Baru Dijumpai.

$
0
0
Berkenalan Dengan Blog Baru Dijumpai.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Terlebih dahulu mohon maaf kepada Blogger RRAI..

Petang hari ini Etuza update blog dengan paparan gambar banner ini. Memaparkan segmen dari blog baru yang Etuza jumpai, iaitu blog milik RRAI. Etuza berminat hendak perkenalkan blog ini kerana hari ini blog ini telah menyiarkan banyak url blog yang berjaya mengikuti segmen RRAI. Oleh yang demikian marilah kita ramai-ramai ikut blogger RRAI blogwalking hari ini, semoga kita bertambah kenalan dan followers blog kita turut meningkat. Jom terjah sekarang.

About Me
Jika hendak kenal blogger RRAI sila lah KLIKSINI
Selamat berkenalan sesama bloggers.

RRAI, 24 TAHUN
Mula berblog sejak tahun 2012. 

18 March 1994.
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Peranan Guru

$
0
0
Peranan Guru
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu Slide tentang Peranan Guru.

5 P ( Perancang, Pengawal, Pembimbing, Pendorong dan Penilai )

Kata Madah 08

$
0
0

Kata Madah 08
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.


" Setiap kali kita bersedih, mengenang nasib diri, akan ada suara dari belakang memberi semangat, kekuatan,menyokong dan bangga dengan kita, suara itu adalah suara dari isteri anda sendiri" Hargailah wanita. Etuza.

9th Borneo Young Performers Festival 2018

$
0
0
9th Borneo Young Performers Festival 2018
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Nur Syaiera Zahra atau nama ringkasnya Eza sahaja merupakan anak pertama adik Etuza yang ke 5. Suaminya orang Sook Keningau dan bertugas di Jabatan Penjara. Adik seorang guru agama di sekolah rendah di Daerah Sook.

Sejak kecil Eza di hantar belajar Muzik di satu pusat belajar Muzik di kawasan Taman Perumahan Ar Rahim, di sinilah Eza belajar muzik dengan kos berbayar setiap bulan. Kini Eza sudah menjangkau 9 tahun dan kami sekeluarga terkejut apabila Eza baru-baru ini Oktober 2018 telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke 3 pertandingan bermain piona yang diadakan di Hotel  Sangri La Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah. Wow!! segera Etuza klik vedio Eza bermain muzik ( Piano) memang hebat dan tanpa sumbang atau terhenti. Syabas dan tahniah kepada Eza serta ibubapa Eza yang memberi sokongan kepada bidang yang anak gemari. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada Eza untuk terus berjuang dalam bidang ini hingga menggapai segulung Ijazah Sarjana Muzik.

 Tropi kemenangan tempat ke 3
milik Nur Syaiera Zahra Sahlan.
barisan pemenang 1,2 dan Eza ke 3

Salah seorang guru pembimbing Eza memberi semangat
mengiringi Eza ke pusat pertandiungan

Live Eza bertudung hitam baju style jubah bercorak..

Best kata Eza

Itulah adik Etuza yang ke 5 bersama 3 anak tersayang nya.

Keluarga Eza datang memberi sokongan moral pada Eza.

Ambillah Sarapan Dulu

$
0
0
Ambillah Sarapan Dulu
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera. 
Hendak pergi kemana hari ini? Hendak pergi kerja pastinya ke pejabat dan di gedung-gedung kerajaan atau swasta yang bekerja makan gaji. Yang bekerja sendiri demikian juga, biar kemana pun kita ingatkan diri bahawa AMBIL LAH SARAPAN DULU
Ada pembacaan Etuza bahawa hal sarapan itu jangan sekali di remahkan usah acuh tak acuh. Pernah diri ini begitu sibuk nak cepat ke tempat kerja. Lupa ambil sarapan, tiba-tiba badan bergetar pedih dekat perut, maknanya tiada apa-apa tenaga lagi dalam usus Etuza. masa itu baru sedar rupanya dah jam 10 pagi belum sarapan.

makanan free hadui lazatnya. Terima kasih nikmatMu ya Allah

Lalu Etuza meninggalkan kerja dengan cara berhemah, meminta izin keluar dan menuju ke kantin yang ada di luar tempat kerja. Alhamdulillah badan bergegar beransur hilang, tenaga perlahan kembali dan tubuh badan terasa amat segar. Kawan-kawan, awal pagi minumlah air suam jika ada madu ambillah sesudu teh baca Bissmillah minumlah inshaAllah badan akan sentiasa bertenaga. Selain itu ambillah sepotong roti makan untuk alas perut seketika. Sibuk macamana sekalipun kita harus AMBIL LAH SARAPAN DULU YA.

makanan free hai dua jenis sekali ambil  mama seorang ni..hehehe
Baiklah ni nak pesan AMBIL LAH SARAPAN DULU!!!

Bilakah Blog Terkenal

$
0
0
Bilakah Blog Terkenal

سْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Adakah blogger di alam maya berniat hendak terkenal dalam berblog? Pasti ada niat tersebut di hati anda semua. teringin juga hendak terkenal sebagaimana blog bolgger otai yang sangat consistent  atau sangat mantap dan pantas merebut peluang keemasan menambahkan ilmu pengetahuan, menyalur ilmu pengetahuan dan mewangkan blog. 

Sebagaimana yang kita ketahui ramai blogger yang mengaut keuntungan dengan berblog. Antara yang kita nampak menyinar dalam berblog dan memiliki ADSEN ialah blogger Hasrul Hasan. rasanya semua blogger sangat sinonim dengan blog hebat milik Blogger Hasrul Hasan dan ramai lagi sebenarnya.

Lihat prestasi pencapaian blog Etuza..sekadar menjadi penghias
tepi jalan Internet maya di awang-awangan. Prestasi setakat Oktober 2018

 Prestasi pencapaian blog Etuza setakat Oktober 2018 adalah seperti dalam gambar di atas. Followers 495, pengikut Google Plus 706 dan kemasukan entri baru 1543.Ruangan komentar juga ala kadar sahaja, dimana hanya mereka yang suka dan sudi berinteraksi dengan Etuza sahaja yang datang membaca dan meninggalkan jejak seperti menjatuhkan komen yang baik. terima kasih kepada yang datang ke laman ini.

Terfikir Etuza BILA agaknya blog ini akan terkenal ? Saban hari setiap hari dan ada masa bertubi-tubi memasukkan entri yang segar, yang orang tidak terfikir hendak muatkan di wall blog, ada dalam blog Etuza ini. Jawapan kenapa tidak juga terkenal sebenarnya ada pada Etuza sendiri. Mana mungkin blog terkenal jika banyak entri yang biasa-biasa sahaja, mengarut entri pun ada dalam blog Etuza yang mungkin ada pembaca ketawa lucu. 

Ternyata untuk mencapai blog yang terkenal BUKAN MUDAH dan jika sekadar blog di pinggiran PADAM kan niat hendak TERKENAL kan blog seperti blog Etuza ini. 

Blog yang pasti  terkenal perlu ada ciri seperti berikut :-

1. Blog diusahakan oleh blogger secara SEPENUH MASA, Ini pasti pada pandangan Etuza.

2, Seorang blogger yang BERANI melontarkan idea, teguran membina dan mampu memberi kesan motivasi kepada masyarakat.

3. Meletakkan banyak iklan, promosi itu dan ini, pasti ramai klik dan statistik grafik blog akan mencanak naik.

4.Mewangkan blog, ada mendaftar adsen. Memiliki tapak blog yang kemas dan tersusun atur, hingga mudah memberikan informasi kepada masyarakat di luar sana.

5. Pantas dan cepat menyiarkan  berita-berita Dunia yang terkini, berita sensasi dan pelbagai isu yang digemari ramai.

6. Blog memaparkan pengalaman pelancongan yang menarik dikongsikan kepada umum.

Itulah dia antara ciri blog yang pasti akan TERKENAL di persada maya atau di dunia blog.Cuba anda fikirkan apakah blog anda ada ciri-ciri 6 perkara di atas. Jika ada akan mulai terkenal dan usahakan usaha putus asa. Good Night.Lelapkan matamu, esok bangun segar Allah beri rahmat.

Blog terkenal antaranya ialah blog ramai followers.

Menarik Di Tuaran, Sabah

$
0
0
Menarik Di Tuaran, Sabah
Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua

Teringat Etuza tentang pengalaman pertama kali ke Daerah Tuaran, Sabah. Agak sesak jalan raya ketika itu, kebetulan ada acara Tamu di Pekan Tuaran ini. Pekan kecil Tuaran rupanya penuh sesak dengan masyarakat yang datang dari berbagai pelusuk tempat, Etuza yakin mereka ada program di Tuaran atau sekadar hendak ke Tamu Tuaran. Terfikir juga Etuza Tuaran ini adalah laluan kenderaan menuju ke Ranau, Sabah dan ke Kota Kinabalu. Sudah pastilah kesibukan sangat terasa dan jelas sekali.

Bila di Tamu Tuaran, huuu!!! ramainya orang bersesak-sesak, hinggakan Etuza tak tahu nak jalan mana. Perlahan-lahan melangkah kerana begitulah rentaknya. Tujuan Etuza hanya lah hendak melihat situasi Tamu di Tuaran. Berbagai jualan, berbagai suku kaum dan memang ada beza Budaya di Tuaran dan Budaya Tamu di Keningau, Sabah daerah Etuza. 

( Ada episod Tamu Tuaran dan Gambar nanti Tunggu!! ) Masjid di Tuaran juga besar, sempat Etuza masuk dan solat-Alhamdulillah.

Baiklah kita terus kepada gambar yang Etuza ambil kerana Etuza tertarik pada bentuk dan seni binanya itu. Itu lah dia satu mercu tanda di Daerah Tuaran, iaitu sebuah tempat ibadat orang Cina. Tokong yang di bina secara bertingkat-tingkat hingga nampak Tokong Cina ini nampak jelas kedudukan strategik di tengah Pekan Tuaran. Melihat seni bina ini Etuza teringat akan bangunan atau seni bina Menara KLCC di Kuala Lumpur. kelihatan seolah KLCC tetapi Tokong Cina ini hanya megah berdiri satu tegak mendongk langit. Tidak salah jika Etuza katakan seni bina Tokong Cina ini satu bangunan yang menarik di Tuaran, Sabah. Buktinya ramai kawan-kawan Etuza datang ke Tuaran pasti mengambil gambar Tokong Cina yang tinggi ini sebagai kenangan pijak Pekan Tuaran, Sabah. Sesiapa ke Tuaran sila ambil gambar Tokong ini nanti kerana unik dan berseni binaannya. 

 Gambar dari jauh..ambil gambar dalam kereta saja..

Gambar dari jarak dekat..hanya bangunan tinggi dapat..
bangunan sebuah Tokong tak sempat ambil ..

Menara kembar KLCC Etuza ambil Julai 2018..
juga dalam kereta saja..


Viewing all 1332 articles
Browse latest View live