Quantcast
Channel: PESONA ETUZA
Viewing all 1301 articles
Browse latest View live

Tuaran Sabah Ling-San-Pagoda

$
0
0
Update Imej Pagoda Di Tuaran Sabah
Asalamualaikum & salam Sejahtera

Hari ini awal pagi, tiba-tiba entri baru Etuza tentang sebuah Tokong Cina di Tuaran, Sabah. Gambar  imej itu cantik pada Etuza dan Etuza terfikir di Tuaran Sabah, daya tarikan pelancong adalah dengan adanya bangunan ini. Sebab itu Etuza yakin akan menarik perhatian ramai di blog jika imej Tokong Cina ini ke udara maya di blog milik Etuza. 

Wah ternyata sebagai orang Sabah, agak malu juga dengan seorang blogger ini, yang Etuza gelar Ustaz, kerana paparan blog dia membicarakan hal-hal ketuhanan dan memantapkan iman dan taqwa dalam agama Islam. Blog itu ialah milik blogger abuikhwan Klik. Blogger ni telah membuat komen di laman Etuza bahawa bangunan tu bangunan Ling- San  Pagoda di Tuaran Sabah. Segera Etuza search di google. Betullah namanya Pagoda di Tuaran menurut sumber commons.wikimedia.org.( Klik )

Etuza ucapkan terima kasih kepada Ustaz abuikhwan kerana memberi ilham agar Etuza kembang kan sedikit minda untuk mengenali Bangunan Pagoda yang di bina oleh orang Cina pada tahun 2014 di Tuaran Sabah.
Etuza save dan terbitkan dari Wikimedia.gambar lebih jelas untuk tatapan semua.

 Lokasi : Tample Ling - San Pagoda di Tuaran Sabah
Tempat ibadat orang Cina pengamal Agama Buddha/ Buddhist
Di bina pada : 2014
Etnik masyarakat Sabah memang terdiri dari pelbagai suku kaum. Kaum terbesar dan mojariti di Sabah ialah Masyarakat Kadazan - Dusun. Inilah suku Etuza Kadazan Dusun. Dan menariknya di Sabah ialah walaupun berbagai suku kaum dan anutan agama, kami hidup bersatu padu, saling menghormati agama dan budaya masing-masing. Jika ada perayaan seperti Hari Raya budaya menjemput dan menghadiri perayaan mengikut anutan masing-masing adalah menjadi kebiasaan masyarakat Sabah. Salam hormat kita Punya Malaysia.

Lokasi atau paparan kawasan Daerah Tuaran, Sabah..
Kepada blogger yang ada niat ke Sabah. kami ucapkan 
SELAMAT DATANG KE SABAH.


Memori Baju Purple

$
0
0
Memori baju Purple
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Semua yang digelar manusia memilik kenangan dalam kehidupan ini. Kenangan itu dalam situasi yang menggembirakan atau pun sebaliknya. Kenangan itu dalam keadaan berbagai situasi dan kita laksanakan sebagai khalifah di Bumi Allah ini, baik kenangan manis dalam ingatahn atau pahit untuk di kenang, semua terhimpun menjadi satu sebagai kenangan lalu.

Rupanya kenangan kami sedondon memakai pakaian tema purple masih lagi tersimpan dalam himpunan kenangan gambar di dalam folder komputer Etuza. Terasa gembira melihatnya dan terasa terubat rindu dengan anak-anak di kejauhan. Baju tema purple itu kami pakai sekeluarga sempena  menyambut Hari Raya
pada masa itu.Betul kah warna yang kita pakai itu mempengaruhi emosi atau pemikiran. Sejauh mana kebenarannya terpulang kepada tafsiran anda sendiri.

Tafsiran Etuza tentang Warna Purple.
  • Purple antara warna disukai ramai, pada Etuza purple atau unggu simbolnya ceria, segar dan ada kedamaian melihatnya. Terserah juga pada tafsiran individu sendiri. Jika begitu pakai lah purple apabila ada majlis nanti. 

  • * Merah - Berani DAN BERSEMANGAT
  • * Putih   - Bersih 
  • * Hijau - Segar dan damai,

Permata Hati Etuza dan Mama

Purple sempana hari raya 
Memori Baju Purple

Prrag!!! Dia Yang Langgar

$
0
0
Prrag!!! Dia Yang Langgar 
Asalamualaikum & salam Sejahtera semua.

Masih ada lagi gambar-gambar memori ini di folder rupanya. Nampak sahaja teringatlah satu kejadian yang menggerikan. Alamak menggerikan ke ?. Tak apa mari sini ramai-ramai dengar cerita, atau paling senang anda baca lah infor hal ini di blog Etuza ya.

Awal pagi sebagai cikgu kenalah kejar masa awal pagi sebelum 6.30 pagi kena tercegat dah depan pagar sekolah, sambut murid dan guru katakan ya, ha nak terap kan budaya penyayang katanyalah. Itu sebabnya kena awal ke sekolah. Dalam syok memandu dan kelajuan pun dalam tekanan 40 atau 50 ja angkanya, sebab lalu perkampungan tak boleh lah laju. 

Tiba-tiba PRAGG!!! hempas benda depan cermin depan mata, apa tu segera Etuza berhenti bahu jalan dan tengok cepat-cepat. Alamak burung URUAK  ( Bahasa Dusun ) atau burung panjang kaki paruh tajam panjang woi!!! mati lah burung tu. Etuza segara ambil dan belek mana luka ke berdarah, tak ada pun berdarah. Tiba-tiba burung tu bergerak macam nak terbang terkejut di pegang. Rupa-rupanya dia pengsan lah. Etuza patah balik dan letak dalam sangkar besi tu. Elok ja dia. 

Ha ini lah burung URUAK yang langgar kereta Etuza. Dia yang langgar tau!

 Dia yang langgar kereta Etuza, tak ada mata ke?. Baik lah ringkaskan cerita. Lepas balik dari sekolah Etuza segera lah bagi suspen kat anak-anak. Punyalah happy tiga orang tu, dalam lingkungan 6 tahun, 8 tahun dan 10 tahun mereka. Si bongsu 6 tahun lah masa tu. Mereka belai dan pegang bulu, paruh ja mereka takut nak pegang. Banyaknya tanya tak henti-henti. Nak pelihara lah dan sayang lah bagai.

Tapi apakan daya, burung ni Allah cipta, dia hidupan yang bernyawa. Tak larat lah nak jaga dan bagi makan, elok lah kita lepaskan bebas dia cari makan sendiri. kan bagus tu..kita pun tak susah begitulah. Etuza pun bagi lah anak-anak pengetahuan bagitau yang sebenar. Mereka faham dan mengerti.

Haiwan ni burung ni ada nyawa, dia hidup nak bebas macam kita. Kita tinggal dalam sangkar besi mati kita kata Etuza. Biarlah dia kita lepaskan agar dia bebas terbang dan mencari makan sendiri. Akhirnya anak 3 orang pun rela lepaskan burung tu. Apapun sebelum Etuza lepaskan burung ini, Etuza sempat nak minta maaf dengan burung tu, mohon doakan kami dan doakan kejayaan anak-anak kami. Carilah makan dan minum untuk kamu hidup dan membiaklah, dalam masa itu doakanlah kami ya wahai burung. Berakhirlah cerita si burung uruak,

Tengok happy kan anak Etuza 3 orang masa tu masih kanak-kanak.
Manja bukan main

Etuza ingat lagi masa lepaskan burung uruak di belakang rumah, burung tu tak terbang terus, tetapi dia perlahan-lahan melangkah dan memanjang kan leher tengok kami sambil bergerak perlahan menyelinap dalam rumput-rumput panjang. Lesap lah dia entah ke mana. Ya Allah itulah nikmat kami memegang burung yang Allah cipta itu. Semoga ada rahmatMu dan ampunilah kami ya Allah.

Di kurung dalam lingkunagn 6 jam..lepas tu di bebaskan.
Sebab bersalah langgar kereta Etuza. Dia pula pengsan.

Cantiknya burung URUAK ni..timbul juga rasa sayang pada dia.
Apakan daya dilepaskan juga.Kesalahannya telah Etuza ampuni.
Bebas lah engkau ya URUAK.

Apa Istimewa Belanjawan 2019

$
0
0
Apa Istimewa Belanjawan 2019
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.

BERIKUT ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Untuk infor full story Tentang Belanjawan Negara 2019 sila KLIK SUMBER MY METRO.Selamat mentelaah Baget 2019. Ada juga Istimewa kepada kita semua. Bye.

Best juga dapat Bonus, kita harus bersyukur  kepada semua bentuk rezeki yang 
Allah berikan kepada kita.
Sejarah Bonus Penjawat Awam di Malaysia
Ini adalah sejarah bonus penjawat awam untuk 6 tahun terakhir
  • Pembentangan bajet 2019 : saguhati RM500
  • Bajet 2018 : saguhati RM1500
  • Bajet 2017 : Saguhati RM500
  • Bajet 2016 : Saguhati RM500
  • Bajet 2015 : Saguhati RM500
  • Bajet 2014 : Saguhati RM500
  • Bajet 2013 : Saguhati RM500
Klik Sumber SINI untuk infor Belanjawan 2019.

4 Makanan Unik Di Sarawak

$
0
0
 4 Makanan Unik Di Sarawak
Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Setiap negeri ada keistimewaan masing-masing dalam berbagai perkara. Antara yang jelas kita lihat ialah keunikan bahan makanan di setiap negeri. Di Sarawak rasanya empat jenis makanan ini adalah unik di Sarawak, mungkin ada di negeri lain juga, cara menyediakannya adalah saling berbeza.Pada Etuza nampak depan mata empat bahan makanan yang di jual Di Pasar Niaga Satok, Kucing Sarawak ini kelihatan  unik sebagai makanan di Sarawak. Belum pernah merasainya tetapi di Sarawak Etuza berpeluang menikmati makanan ini dan ternyata Etuza menyukainya.

Kepada teman yang memperkenalkan bahan makanan unik di sarawak ini, Etuza ucapkan terima kasih banyak. Semoga kita ketemu di lain kali dan pasti bahan makanan ini Etuza akan cari di Sarawak. Bahan makanan itu ialah :-

PERTAMA : KEK BATIK LAPIS SARAWAK FRESH.
Lemak berkrim..


KEDUA : ? tak ingat nama buah ni.
Bukan salak yang banyak terdapat di Sabah. Sejenis buah salak..tapi kata teman tu
bukan buah salak ni..apa namya lupa.

KETIGA : PUCUK DAUN SABUNG 
Hummm!! sekali makan nak lagi..tapi tak jumpa lah daun ni di Sabah.
 Daun Sabung memang amat digemari oleh masyarakat di Sarawak khususnya kaum Iban. Jadi, tidak hairanlah ia banyak dijual di pasar-pasar tamu di sana. Antara masakan yang digemari ialah daun sabung  direbus bersama dengan ikan sungai,  digoreng bersama ikan bilis, masakan sup ikan salai dan pelbagai jenis lagi resepi. Di Semenanjung, sayur ini lebih popular dimasak air atau gulai lemak putih. Sumber SINI.
 KEEMPAT : JENIS HIDUPAN LAUT KUPANG.
Tengok saja di Pasar Niaga Satok. Di Sabah Lokan / Kerang..kelihatan kembis
Kupang tu gebu molek kelihatannya.

#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIA ZUMAL

$
0
0

#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIA ZUMAL

Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua
Klik SINI  untuk Join 

Nampaknya Etuza kena menyahut cabaran ikut serta program GIVEAWAY anjuaran Blogger Zumal dalam blog Dunia Zumal. Katanya sempena 7 tahun bergiat aktif dama dunia blog. Yang menariknya ialah Blogger Zumal menyediakan beberapa hadiah kepada blogger yang bertuah nanti. Kepada yang berminat sila klik laman Zumal dan lihat senarai hadiah yang menarik. Etuza memang tertarik dan menyokong GA Zumal ini. Selamat mencuba. Jom kita sama-sama mengikuti GA Zumal yang berakhir pada 30 Nov 2018.

Untuk menyertai GA dari blog Dunia Zumal, anda terus klik perkataan pada SINI di bawah gambar banner di atas. Sama-sama kita meramaikan GA Blogger Zumal.

Pastikan Milikmu

$
0
0
Pastikan Milikmu Promosi Kedai Buku Anda 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Kali ini Etuza hendak promosikan buku ini kepada anda semua. Membaca adalah salah satu terapi minda, dan sebaik-baik bacaan adalah yang menjurus kepada pembasahan jiwa dan rohani yakni buku-buku tentang keagamaan yang membicarakan perkara benar di dasari AlQuran dan Hadis Sahih. Insha Allah pastikan milik mu buku-buku menarik ini.

Klik sahaja KEDAI BUKU ANDA pada BookCafe.com.my Kedai buku online, mudan & jimat. harga sangat berpatutan. Ayuh sama - sama miliki buku terbaik ini. Atau terus KLIKDI SINI. Jumpa di sana.





Buku-buku bacaan yang sangat menarik untuk di miliki..Pastikan milikmu.
Anda boleh juga klik 72 Baget 2019. Kita mentelaah semula apa yng terkandung dalam Belanjawan Negara 2019. HA KENA BACA BAGET NI ADA 72 PERKARA.KLIK DI SINI

Baca Lah Dahulu

$
0
0
Baca Lah Dahulu
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Terklik bahan bacaan atau infor Etuza tahun 2015, berkaitan dengan cara dan tindakan menyebar maklumat menerusi laman sosial, facebook atau whatssup dan lain-lain laluan media.

Terundang semula mengkeudarakan infor ini di era 2019 bulan November dan hari ini. Rasanya sangat perlu sesiapa di luar sana terlebih dahulu membaca infor di mana-mana media agar informasi itu bukan tular dan akhirnya mengundang rasa kekecewaan kepada ramai orang malah melibatkan personaliti negara. 

Malaysia bertamadun, kini berpendidikan dan berpengetahuan tinggi setanding dengan pemikiran masyarakat di negara lain. Hai takkan lah tak membaca dahulu infor tersebut, baca lah dahulu baru sebarkan.Malu lah diri kita yang bersemangat salurkan infor tetapi akhirnya infor itu rupanya berita empat tahun yang lalu di viralkan semula semata-mata mahukan populariti mahu terkenal. Tak bestlah begitu.

KlikDI SINI  infor di blog Etuza

Untuk pengetahuan anda terbaru hampir tertipu Etuza dan beberapa kawan lain satu infor mengenai kemalangan atau nahas kapal terbang Lion Air 610 milik Indonesia. Kejadian kapal terbang terhempas tersebut memang lah benar, tetapi infor mengatakan ada seorang yang selamat dari 189 iaitu seorang bayi menurut infor tersebut.  Berita itu rupa-rupanya berita tahun 2014. Kata kawan tersebut dia dapat infor dari facebook. Tiba-tiba kawan yang seorang ini terdengar kami berbual-bual tengah rancak mengatakan infor tersebut ( bukan membawang kan orang ya) mendekati kami dan memberitahu infor dalam whatssup itu adalah infor tahun 2014. Siap dia zoom kan ..wah betul lah 2014 lagi berita tersebut. 

Alamak malu tul Etuza tumpang sekaki mengulas infor tersebut dengan penuh minat. Hai terkena lah Etuza. Malu juga sebenarnya. Ini semua angkara individu yang suka kenakan masyarakat Dunia. Henti kanlah berita palsu. Mohon kerjasama agar membaca dahulu infor tertentu baru sebarkan setelah diteliti dan dipastikan kebenarannya. 

Kata Madah 09

$
0
0
Kata Madah 09
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Fakta 1 Membaca :  Peranan Ibubapa
Jom Membaca setiap hari selama 30 minit! Ada tak yang nak cuba?

Membudayakan Membaca Setiap 30 minit setiap hari.


" Jadikanlah amalan membaca sebagai amalan yang wajib setiap hari,

pasti jiwa dan rohani tidak akan kosong dan terisi oleh kuasa pemikiran negatif. 
Kerana hati jiwa dan rohani sarat dengan ilmu pengetahuan hasil amalan membaca anda"
 
Kata Madah  09 : Etuza


Balik Kampung Jumpa Ibubapa

$
0
0
Balik Kampung Jumpa Ibubapa
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Sabtu lalu anak dari UNIMAS Sarawak selamat sampai di Keningau, Sabah bercuti seminggu sahaja untuk menemui ibubapa di kampung halaman. Memang sangat rindu dengan anak-anak yang berada di rantau, alhamdulillah syukur kepada Allah atas rahmat dan perlindungan kepada anak Etuza dan semua penumpang MAS dari Sarawak ke Sabah lewat petang sabtu kemarin.

Jangan lupa Klik SINI 

Seminggu cuti apa lah sangat yang dapat dibuat, hanya berehat di rumah bersama ibubapa. Dan hari ini anak Etuza tiba-tiba ambil kunci kereta dan hidupkan kereta lama kami. Katanya hendak jumpa atuk dan nenek  di rumah nenek, sambil nak membeli minuman air sejuk. Rindu jumpa nenek lah tu. Masa kanak-kanak dahulu atuk dia selalu bagi anak-anak Etuza duit belanja sekolah. 

Mungkin itu antara sebab semua anak Etuza tidak lupa menemui atuk nenek mereka apabila balik kampung. Alhamdulillah anak anak Etuza mengenang jasa atuk nenek. 

Selamat malam, jom beradu. Baru lepas menonton GV malam ini yang gempak sekali.Terhibur Etuza dengan lagu-lagu yang semua menarik disampaikan dengan cemerlang semua artis.

2018 Mitsubishi Triton 2.4 VGT Premium Pickup Truck Meletop Di Pasaran

$
0
0

2018 Mitsubishi Triton 2.4 VGT Premium Pickup Truck

Asalamualaikum & salam sejahtera semua


Tampilan hebat kereta baru keluaran Miysubishi Triton 2.4 memang menarik perhatian Etuza. Apa lagi dengan kuasanya yang dikatakan power di jalan bukit yang tinggi. Fizikal susuk tubuhnya yang MEMANG MELETOP amat menawan hati.

Ramai kawan sekerja telah menempah satu, hai apa lagi cuba-cuba lah loan sebiji. Baru saja submit apa keperluannya. Ada rezeki ada lah tu, jika tidak pun kena lah pakai Exora hingga dia ke penghabisan kekuasaannya di atas jalan raya. janji masih steady dan boleh bergerak boleh lah pakai lagi walau pun dah berusia. 

Baik lah mari tengok kehebatan kereta baru Triton Hiluck kuasa 2.4 power ini. Jom tengok.

POWER MEMANG MELETOP TRITON IDAMAN SEMUA








Etuza copy dari laman SINI. Bonus untuk sale kereta ini. Klik HOME juga ke laman CARLIST.MY

Adab Menumpang Di Homestay

$
0
0
Adab Menumpang Di Homestay
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Ke udara maya lagi petang ini. Dalam keadaan cuaca yang amat damai,tidak panas dan tidak sejuk keadaan cuaca yang menyegarkan jiwa dan badan di daerah Etuza. Mungkin kerana siraman hujan petang ahad lalu telah menjadikan cuaca segar udara di daerah Keningau, Sabah.

Cuaca begini sungguh timbul mood bagus untuk melayan blog kegemaran, klik dan lakukan blogwalking agar minda kita dapat bergerak, dapat dipandu ke arah aura positif. Syarat tengok yang baik-baik, baca yang baik-baik. Jangan pula minda macam tin kosong di pukul riuh sekampung tapi tak ada isi.Faham tak kiasan Etuza petang ini. 

Cerita dah ke laut biru, patah balik ke cerita asal, tema yang telah diatur yang harus direncanakan agar menjadi panduan kita semua. Ini lah garis panduan apabila datang menumpang di HOMESTAY di mana-mana yang anda hendak menginap.

Etuza di HOMESTAY di Putrajaya Julai 2018

* Baca doa ketika masuk homestay dan langkah kaki kanan.
* Tengok situasi rumah, selamat atau tidak, alat rumah teratur atau tidak.
* Gunakan semua alat dengan penuh hati-hati, ingat kita pinjam sementara, bukan milik kita.
* Tidak perlu alihkan prabot di dalam homestay tersebut. habis kita kena saman, manalah tahu. 
* Pastikan ada arah kiblat agar kita selesa hendak solat.
*Jimatkan air, jangan membazir.
* Tidak perlu bising dalam homestay kerana ada orang lain menumpang di bilik sebelah.
*Kunci homestay di letakkan semula di tempat asal.
* Pastikan tandas bersih dan semua dalam keadaan asal sebelum cek out di homestay.
* Alat dapur juga pastikan yang diguna dibersihkan dan di susu rapi ditempat asal.

Ingat budi bahasa budaya kita

Itulah dia sedikit panduan apabila kita menumpang di homestay ketika kita melancong di negeri orang atau di mana-mana di negara sendiri.

Terima kasih HOMESTAY ini di Putrajaya kerana memberi
peluang kepada kami tumpang di sini. 

Marilah Berdoa

$
0
0
Marilah Berdoa
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.

Marilah amalkan berdoa setiap selesai solat. Ada banyak doa yang ringkas disediakan di laman maya, hanya kemahuan kita sahaja untuk klik dan berkongsi ilmu dari teman-teman blogger lain. Hari ini dalam blog Etuza postkan Doa Untuk Keselamatan Dunia dan Akhirat. Mari sama-sama faham kan dan hayati serta hafal doa ringkas penuh bermakna ini. Doa itu bagaikan kepala dan solat kita. Insha Allah.

Copy dari laman blog Bonda.

Sebelum tekan off internet maya awal pagi ini, Etuza hendak memohon maaf, tak dapat lakukan blogwalking kerana masalah kelajuan internet. Sangat slow dan jika Etuza teruskan juga alamat akan ada MOODY malas, ha sebaik MODDY malas meresep masuk di nubari ini, disebabkan line tak lancar akan mula lah era SEPI di blog Etuza. Ha line tak lancar ja kita bertindak log out, agar MOODY jahat malas tu tak menyelinap masuk di nubari.

Sebelum tu Etuza nak kongsikan dapatan Etuza dalam satu pembacaan di buku berbentuk motivasi. Katanya, SABDA NABI 90 % REZEKI dari PERNIAGAAN dan hanya 10 % REZEKI dari sumber lain-lainnya.  Dia sambung lagi katanya, BUKAN SEBAB TAKDIR ATAU REZEKI TAPI IA ADALAH SEBAB " PILIHAN " Mari kita fikir-fikirkan. Apa bisnes nak mula. PILIHAN di tangan anda.

Di MataNya Tidak Ada Status Membezakan Kita ( Mesej , Baca Yang Merah )

$
0
0
Di MataNya Tidak Ada Status Membezakan Kita
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Suasana dalam KLCC, di tingkat atas..

 Sudah kedua kali hujan di Keningau, kerja-kerja pembersihan kawasan laman tidak dapat diteruskan. Menonton TV agak malas, minum secawan White Coffie terasa segar dan sedap makan roti yang lembut mama beli petang kemarin di Gimart Mall. Elok layan blog..tak juga membuang masa. Sebab andai ada ilmu kawan-kawan blogger pasti dapat juga kongsi ilmu itu.

Ada beribu gambar-gambar masih tersimpan di folder. Klik dan klik, ternampak moment indah Etuza, mama dan anak datang ke restoran Suria KLCC untuk makan tengahari pada suatu masa lalu dan pada tahun 2018. Rasa cantik jika nak letak di blog. Ok apa temanya atau tajuk nak buat berkaitan. Nak tulis perkara tentang gambar tu, rasa tak menarik. Asyik -asyik tunjukkan kat orang tempat kita visit di KLCC. Jika bloggers dari Kuala Lumpur rasanya MUAK tengok malas tengok gambar-gambar KLCC ni, tapi mohon maaf gambar - gambar ini di KLCC begitu manis dan penting bagi familiy Etuza. Kiranya hak Etuza lah nak kata apakan tentang gambar KLCC.


Tengok tu..terasa nak datang ke KLCC lagi bila nampak gambar ni.
Tapi nak buat apa ya ke sana? Ha kena betulkan niat.
.Mungin ada urusan pasti ke sini lagi.

 Pernah Etuza dengar kata-kata yang agak tak sedap didengar apabila kita ada niat nak masuk di gedung-gedung terkenal, bangunan-bangunan yang kelihatan besar dan gah di mana-mana tempat. Contoh nya KLCC Kuala Lumpur ni lah, tempat lain Kuantan Mall di Pahang, di Kota Kinabalu Sabah seperti Kompleks karamunsing, Center Point, Wawasan Plaza atau One Borneo.

Katanya " Buat apa ke sana HANYA ORANG KAYA SAJA MAMPU KE SANA TU..macam kita buat apa? tak ada pun menarik kat sana tu."

Ya Allah takkan lah orang tak berduit di haramkan pijak kaki ke KLCC, ke Center Point atau ke Gimart Mall ( Keningau ). Bukan kita nak ke gedung -gedung mewah nak berlagak macam orang kaya. Ya Allah, tak baik bersangka buruk kat orang, boleh tak berfikiran positif. Dengar kata-kata macam tu hilang motivasi, hilang mood bersiaran, bercuti atau perasaan hendak tengok kemajuan negara Malaysia dan melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Etuza tak kisah juga apa orang cakap, nak juga ke KLCC walaupun tak ada duit poket walaupun kami orang kampung, orang desa dari Sabah. Bukan kami nak buat onar di KLCC, setakat nak tengok bagaimana gahnya KLCC yang selalu terpamer di kaca TV. Nak tengok bangunan kembar tinggi yang Allah izinkan mendongak langit di Kuala Lumpur. Itu saja niat. Hajat pun tercapai tidaklah kecewa tak dapat ke KLCC andai tidak berkesempatan. 

Pada Etuza STATUS KAYA, MISKIN ORANG KAMPUNG, ORANG BANDAR, BERPANGKAT BESAR, KECIL, GAJI BESAR GAJI KECIL..APA ANUTAN DAN BANGSA KITA, KITA NI SAMA SAHAJA DI MATA ALLAH. HANYA YANG MEMBEZAKAN KITA IALAH HATI DAN KEIMANAN SERTA AMAL-AMAL YANG BAIK.JUSTRU KITA SEMUA BEBAS UNTUK DATANG MELIHAT KEINDAHAN ALAM DI TEMPAT LAIN. HANYA BETULKAN NIAT AGAR TIDAK BERBANGGA-BANGGA DIRI.

Penat berjalan..turun naik..kami rehat seketika di sofa ini..
Subahanallah indahnya dalam KLCC ni

KLCC jadi tumpuan pelancong..

Selesa ja berjalan di laluan ini..sebaik sampai di Restoran tu..wow!! full..ramai
orang sedang santap..

Di luar KLCC, gambar di ambil dalam kereta..

alamak ni gambar candid ..

Kejutan 1101

$
0
0
Kejutan 1101 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
1101 adalah ringkasan tarikh 11 hb Jan, setiap tahun pasti ada kejutan di luar jangkaan. Kadang kala apabila sibuk lupa akan tarikh indah dalam hidup seorang lelaki bernama Etuza. Insan di sekeliling memberikan kejutan yang meninggalkan kesan bahagia dalam hidupku. Kejutan itu ialah mereka tiba-tiba menyanyikan  Hari Lahir Etuza, sambil mereka memberi ucapan " Selamat Harijadi Cikgu....." Ya Allah terasa amat bahagia dan gembiranya. Sambil menatap Kek Istemewa. Alangkah gembira di raikan dan di hargai.

Sayang jika kenangan itu hanya berada di folder, tetapi alangkah bermaknanya jika kita kongsikan di laman ini, blog kesayangan Etuza dan semoga ada blogger lain yang merasa gembira melihat kegembiraan Etuza pada masa itu. Saksikan.







Semoga gembira melihat perkongsian
Etuza ini. Salam sayang semua.

Ingatan Penting SAPS - Ibubapa

$
0
0

Ingatan Penting SAPS - Ibubapa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
KLIKSAPS 
ATAU KLIK terusIBUBAPA
Tidak lama lagi keputusan peperiksaan akhir tahun 2018 akan keluar dalam laman web SAPS. Ibubapa seperti biasa boleh lah sedia klik SAPS mulai sekarang agar boleh tengok keputusan peperiksaan anak di sekolah.

Tengok senyuman bapa ni, pasti anak dia lulus 2018


Memang ada debaran yang kita rasai apabila klik portal SAPS kementerian Pendidikan Malaysia. Jika keputusan cemerlang atau lulus sederhana pastilah kita rasa gembira tidak terkira, kita bersyukur tarik nafas lega. Tapi jika sebaliknya keputusan membuat ibubapa kecewa, siapa agaknya yang pertama dipersalahkan ya?. Risau pula jika di kalangan guru-guru dipersalahkan. 
Buat perbincangan dengan guru anak anda jika ada masalah pelajaran ya

Kepada ibubapa seperti Etuza juga, marilah cari sebab ya, kenapa keputusan anak-anak kita merosot. Cuba ingat dan lihat anak lebih banyak bersama GAJET atau bagaimana, rajin tak datang sekolah dan apakah corak disiplin anak-anak di rumah. Semua apa yang berlaku ada sebabnya. Pokok bergoyang daun melambai-lambai pasti ada angin bertiup kan. 
Ambil iktibar, hela nafas panjang-panjang dan berastagfirullah lah jika nanti keputusan ditahap yang mengecewakan. Mohon usah marah kan anak-anak, tetapi selidiki apa dan dari mana titik kelemahan anak-anak di sekolah rendah. Buat perubahan membimbing anak dan curahkan kasih sayang kepada anak anda. Insha Allah pasti berjaya nanti di Dunia dan di Akhirat.


Ibubapa datang melihat prestasi anak di MAJLIS BERTEMU PELANGGAN..




 YDP PIBG EN. Sapin Bin Karim turut datang menandatangani
 REKOD KEMAJUAN ANAKNYA
Suasana Majlis Hari bertemu Pelanggana

Kata Madah 10

$
0
0
Kata Madah 10
Asalamualaikum & salam Sejahtera


" Menyayangi, menghargai, mengasihi, mensyukuri, menyintai adalah anugerah perasaan yang luhur dariNya yakni Allah" HARGAILAH ANUGERAH INI.Etuza.

AnugerahNya Ini Milik Bersama

$
0
0
AnugerahNya Ini Milik Bersama
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Asalamualaikum & Selamat sejahtera, ke udara lagi awal pagi ini, menanti azan subuh bergema dan menunaikan solat hadap dan menadah tangan kepadaNya. 

Ya Allah syukur atas kurniaMu memberikan kami pagi hari ini dan kesihatan serta kesempatan  dalam apa juga rezeki hari ini.

Pertamanya hendak sekali lagi BERSYUKUR kerana kini impian hendak memiliki kereta baru telahpun terkabul pada 08 Nov 2018. Kita merencanakannya tetapi Allah yang menentukannya. Setelah memilik memang ada perasaan amat gembira kerana tidak sangka begitu cepat kehadirannya. Dan kegembiraan itu kami seisi keluarga merasakannya, namun pada Etuza bukan mudah untuk setiap bulan menyelesaikan bayaran di Bank demi menyahut pembayaran selama 108 bulan. Hanya memohon pada Allah semoga ada sumber rezeki dan dapatlah menlaksanakan tanggungjawab melunaskan bayaran bulanan TRITON MITSUBISHI INI. 


Memang memiliki kereta ini hanyalah sandaran kepada kami tetapi sesungguhnya kereta ini milik bersama, kerana ada masa-masa dan keadaan tertentu akan ada orang lain selain keluarga yang akan menumpang dan manfaatkan kereta ini. Paling selalu ada kawan-kawan sebelajar anak-anak Etuza menumpang pergi balik ke asrama dan meminta tumpang semula apabila ada kepulangan dari asrama. Inilah dia keadaan kereta yang kita ada itu adalah milik bersama dengan orang lain. Kita adalah pemandunya sahaja buat semetara.


Bercakap tentang kuasa kehebatan kereta ini, memang banyak kelebihannya dari segi kuasa engin 2.4 dan memang power naik bukit yang tinggi. Terasa tidak penat memandu kereta ini kerana gear automatik, tidak bergoyang walaupun pada jalan berbatu disebabkan roda yang lebar dan tinggi. Dalam keadaan sangat baru memang semua dalam keadaan masih mantap, pit dan power. Jauh perjalanan kereta baru ini sudah pun mencapai 200 kilo metar dengan kuasa minyak Disel Hijau.

Inilah dia dalaman kereta baru ini..nampak semua cantik dan
masih berbalut plastik..

Gambar hiasan - Ya Allah syukur kepadaMu diberi anugerah ini
tetapi sesungguhnya anugerahMu ini milik bersama
dan kami pemiliknya buat semetara, semuanya nanti akan kembali padaMu jua.

Hargai Hadiah Istimewa

$
0
0
Hargai Hadiah Istimewa
Asalamualaikum & salam Sekjahtera 

Selamat petang semua, semoga sihat hari ini. Hari ini Etuza hendak kongsikan hadiah istimewa dari guru pelatih tempoh hari. Mereka latihan mengajar selama tiga bulan dan Etuza salah seorang PEMBIMBING mereka. Mencabar juga sebenarnya membimbing guru pelatih yang kita nampak masih baru dan lebih berkarisma sebagai seorang pelatih dan bakal sebagai guru di sekolah.

Di ringkaskan cerita, tiba masa Majlis Perpisahan dengan guru pelatih baru-baru ini. Etuza di beri hadiah istimewa seperti produk di bawah ini. Satu set produk iaitu LOTION, MANDIAN DAN PEWANGI yang wangi dan lembut tak menyusuk hidung kala menghidunya. Terima kasih kepada Guru Pelatih bernama LI LYANA dari IPGM kampus Keningau, Sabah. Dapat lah berjimat membeli sabun mandian dengan adanya hadiah istimewa ini.

Set produk kecantikan badan dan pewangi..
Inilah gambar guru pelatih tu, yang berbaju merah atau 
berbaju kebaya\ pakaian tradisional 

Tazkirah 16

$
0
0
Tazkirah 16

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Marilah menadah tangan jika pernah kita berbohong atau berdusta, sangat merbahaya perbuatan berdusta. Pernah kah anda di bohongi dan pernah kah pula kita berbohong dengan niat.  Dahsyatnya seksa atau hukuman Allah andai kita tidak bertaubat dan meninggalkan perbuatan berdusta. InshaAllah  kita semua boleh lakukannya.

" Sesiapa yang berdusta atas namaKu dengan sengaja, hendaklah dia menyediakan tempat duduknya di dalam neraka" ( Riwayat Muslim )
"Apabila seseorang berdustamaka malaikat menjauh daripadanya sejauh satu batu ( 1KM )kerana busuknya apa yang dibawanya" ( Riwayat Tramizi )
KLIK Juga SINI 

Kesali lah perbuatan berbohong, sesungguhnya amalan berbohong itu
perkara yang Allah murkai. Hentikan berbohong.
Berbohong atau GHIBAH
Viewing all 1301 articles
Browse latest View live